:::ORANG-ORANG MANIS:::

Wednesday, September 30, 2009

::Industrial Trip to MAS Academy::

Salam,

Hari ni aku dan coursemate yang lain mengunjungi MAS Academy sempena lawatan industri untuk students Math final year. Thanks to them yang bekerja keras menjayakan program ini. Pendek kata, banyak ilmu yang aku dapat pada hari ni pasal MAS dan apa yang students Math boleh sumbangkan pada MAS. Rupanya ada juga peluang pekerjaan bagi students MATH untuk berkhidmat di MAS. Bila cakap pasal MAS, selalunya hanya terbayang steward, pilot and stewardess je. Haha. Mathematicians pon diperlukan sebenarnya. Kalau takde mathematicians, mungkin ada sebahagian kerja MAS tergendala dan penerbangan MAS tak de lah semaju seperti sekarang. Contohnya, nak estimate masa penerbangan, selang masa untuk penerbangan berlepas dan sebagainya. Jom layan gambar.

[ Entrance of MAS Academy ]



[ Sebahagian aircraft model yang MAS guna. Antaranya, Airbus A330-300, Boeing 737-400 dan Fokker F27]


[ penerbangan untuk seat economic class]

Secara tak langsung, dapat juga aku tahu macam mana steward and stewardess training before diterap masuk untuk berkhidmat. Cara nak berjalan, nak serve makanan, nak mekap dan safety training sekali pon kena belajar. And they have to pass all these things. Kalau tak, kena repeat. Agaga. Macam exam kat universiti la.

P/S : Teringin nak travel somewhere dengan seat business class. Ouhh~

Tuesday, September 29, 2009

::Mainan Budak Tadika::

Salam,

Dah agak ketinggalan kot nak cerita pasal rubik ni kan. Yang aku ni lak baru terkedek-kedek nak main rubik ni. Haha. Dulu tengok orang main je. Langsung tak pernah rasa nak ambik tau. Sekarang bukan main lagi. Pergi beraya rumah orang pon bawa rubik. Free free kena cop dengan kak and abang aku. Macam budak-budak. Pergi rumah orang pon bawa 'mainan'. Sunggo tak sangka rubik ni memang seronok main. Tambah-tambah kalau dapat solve dengan pantas. Agaga. Tapi kalau tak dapat solve, tension bukan main. Ngada je kan? Tunggu lepas exam, rasa macam mau beli rubik yang macam-macam bentuk ni. Kedai mana ha nak cari rubik banyak-banyak ni? Ada sesapa yang tau? (semangat mau cari!)


(rubik 3x3- satu satunya koleksi yang baru ada)


(rubik 4x4)

( rubik 5x5)


(rubik pentagon 12x12)


(rubik ball)


Yang ni tak tau nama. Apakah? Erk.

P/S : Ada orang kata rubik ni mainan budak tadika. Haiya.

:::Doa Untuk Menghindari Penyakit Angin Ahmar::

Salam,

Mungkin ada yang dah tahu tentang penyakit angin ahmar. Ringkasnya, penyakit ini merupakan penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya, maka melalui Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Amalkan membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. InsyaAllah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.






[klik pada picture untuk zoom]

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin..

P/S : Terpanggil untuk menyebarkan doa ini selepas tahu keadaan kawan arwah abah yang menghidap penyakit ini. Mohon dijauhkan.


Monday, September 28, 2009

::Raya Raya::

Salam,

Ramai yang upload gambar raya dalam Facebook sejak masuk bulan Syawal ni. Aku pun sama je. Agaga. Upload tapi tak publish. Sama jugak. Orang selak page, nampak jugak album raya. (kalau ada yang tekun membelek la). Haha.

By the way, raya kali ni agak seronok la bagi aku walau dah 5 tahun tak sambut raya bersama yang tersayang. Tahun ni abang balik Malaysia. Dapatlah pau dia apa yang patut. Secara tak langsung, dapat lagi duit raya. Walaupun tak sebanyak macam masa kecil-kecil dulu, tapi syukur. Berkat Syawal. Ada juga yang sudi memberi kan? (^_^)

Raya tahun ni banyak pergi menziarahi sanak saudara dan kawan-kawan sahaja. Even cuti seminggu sahaja, tapi manfaat gila sehari demi sehari. Beraya sana sini. Isi perut dengan Mee Goreng, Nasi dagang, Laksa, Bihun Sup, Ketupat, rendang, Ayam Goreng..banyak lagi. Tak tersenarai. Betapa tongnya perut aku. Haha.


[ rabbit ni bernama MARI ]

P/S : Tak upload gambar raya dalam blog sebab nanti takut orang jemu tengok. Sana sini mau upload. Agagaga. Demam sudah tiada. Alhamdulillah~

::No boyfriend, Career No 1!::

Salam,

Pengalaman lampau buat Naj makin lali dengan sikap lelaki. Kini, segala-galanya dah berubah. Dengan hanya satu tindakan, Naj akan ingat sampai bila-bila apa yang telah berlaku. Maybe today is bad day for her. Patut dapat MC dari doktor. Sebab demam.

Naj tanya kawan pagi tadi :

"Kenapa orang yang kita suka tak suka kat kita and kenapa kita tak suka pada orang yang suka kat kita?"

Nak tau apa dia jawab?

"erm...LUMRAH HIDUP"..

Naj tanya dia lagi :

Kenapa kita selalu dipertemukan dengan orang yang bukan jodoh kita sebelum kita benar-benar dipertemukan dengan orang yang sememangnya jodoh dalam hidup kita?

Nak tau apa dia jawab lagi?

"erm...Jodoh di tangan Allah"..

Naj dah tekad, sekarang, istilah "No BF, Career No 1!" memang terpampang depan study board!
Cepatlah berakhir segalanya..tak sabar nak tahu kisah akhir hidup Naj.

P/S : Naj tu seorang hamba Allah. (Kaum Hawa)

betul kata kawan aku

Salam,

Ternyata segalanya benar. Tahniah. Segala yang dibincangkan masa raya hari tu benar belaka.

::BUDAK LAKI UNIVERSITI KEBANYAKANNYA TAK GUNA::

Naj dah benci lelaki itu. Kerna setitik nila, rosak susu sebelanga. Habis madu sepah dibuang. Betul kata kawan aku. Bila nak kita, seluas lautan sanggup diredah. Setinggi gunung sanggup didaki. Bila tak nak, layan macam kita ni tong sampah!

P/S : Boleh tak Naj nak benci lelaki itu?? Selamanya?

Tuesday, September 15, 2009

::Jemput datang::

Salam,

Esok aku bakal pulang ke kampung. Harap semuanya selamat sampai. Amin. Since kelmarin segala mid term exam dah tamat, syukur tak terkata. Fikiran ni teringat nak raya je, jumpa member, nak p rumah sape nanti, duit raya, kuih raya, baju raya and of course dalam mood raya cenggini, aku asyik ulang lagu raya je. Ekeke. The most repeated :

i. Mamat-Ku pohon restu ayah bonda
ii. Anuar Zain & Elina- Suasana Hari Raya
iii. Dj Dave- Menjelang hari raya
iv. Hail Amir & Uji rashid- Selamat hari raya

**Lagu raya yang lama-lama juga syok dengarkan**

By the way, buat sesapa yang rajin dan ada masa terluang tu, jemputlah datang rumah aku sempena hari raya ni. Starting from 20-26 September 2009. Hehe. Coz 27 September dah pulang ke UKM. Jemput datang.


[ peta nak ke rumah sizuka , klik pada gambar untuk zoom]

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada semua bloggers and pembaca yang sudi dan rajin singgah ke blog yang tak seberapa ni. Juga pada yang mengenali aku, minta maaf banyak-banyak atas segala salah dan silap. 0-0 ya! Sucikan hati pada Syawal yang mulia ini. (^_^)

P/S : OFF blogging from tomorrow till cuti Hari Raya.

Sunday, September 13, 2009

::Minah Purple::


koleksi kad-kad raya tahun-tahun lepas [ada yang menarik di situ!]

Salam,

Purple..purple..purple..itulah yang sering kawan-kawan aku cakap bila nampak aku serba purple. Apa boleh buat? Mata aku ni attrack pada colour purple. Aku pun tak tau napa la purple itu seringkali berada di sekeliling aku.

Dulu..masa kat Saina..cadar colour purple, sekarang lagi advance. Bumbung sekolah pun colour purple. Pagar sekolah pun warna purple. Satu blok dicat purple. Aku pun tak tau napa. Pengetua pun sama taste dengan aku agaknya.

Masuk matrik, penyakit purple ni berjangkit-jangkit. Makin menjadi-jadi pulak. Boleh dikatakan most koleksi blouse and Tshirt aku warna purple. Sikat rambut pun colour purple. Mujur selipar jamban tak warna purple kan?

Masuk UKM, hidup aku lagi related dengan purple. Secara tak langsung. Haha. Dapat duduk Kolej Ungku Omar. Masuk kolej ni, Tshirt pun colour purple. Tali matrik pun purple. And, fakulti kesayangan pun warna purple. Fail, pen semuanya purple. Hidup aku penuh dengan purple. Waaahhhaaaaa~

Now, everyone no wonder la if everyday aku pakai baju serba purple. Ada yang cakap mengalahkan Dekan FST lagi. Haha. Hampir 3 tahun bersama, semuanya dah mangli dengan perangai aku. Ada orang tu kan..siap buat FACTS and STPROVE lagi tau nak kukuhkan statement yang aku ni Minah Purple. Ahha. Tapi, tak kisahlah. Dah memang aku cenggitu. Apa boleh buat.

P/S : Korang mesti dah boleh agak kan baju raya aku warna apa tahun ni. Mak aku dah geleng kepala tau dengan perangai anak dia sorang ni~

Friday, September 11, 2009

::Sana Sini::

Salam,

Lama tak update blog. Sibuk. By the way, Ramadhan kian menghampiri penghujung. So fast! Tak sangka minggu depan dah nak masuk Syawal. Ramadhan kali ini cukup best bagi aku walau tanpa insan tersayang, walau tak dapat berbuka tiap-tiap hari kat rumah, walau tak dapat sahur di rumah, tapi pengalaman berbuka sana sini, dengan orang itu orang ini, tarawih sana sini..semuanya cukup bagi aku. Alhamdulillah~

The latest, petang tadi aku, Zahid, Anes, Fatin dan Blink2 berkesempatan pergi berbuka puasa di Surau Mawaddah di Bandar Baru Bangi. Pendek kata, segalanya selesa di situ. Dari segi makanan, toilet, bacaan imam, tempat solat semuanya bagus! Tak kurang juga makcik-makcik yang rajin bebeno 'menegur' kami. Haha. Ragam orang tua. Macam-macam ada.

And, 3 papers mid sem dah lepas. [Strategi dan Kawalan, Real Analysis and Basic of Food Science.] Alhamdulillah. Coming soon is Struktur Aljabar on Monday. By Wednesday, InsyaAllah dah berangkat pulang ke Kedah. Alamatnya Khamis skip kelas ler. Takut jalan sesak. Itu pasal balik awal. Maaf Dr Roslinda and Dr Wan Aida. Rumah jauh. Kena balik awal. Hehe.


ketika berbuka bersama ex rumet di KLCC..love them much!~

And, on Sunday ni, my bro balik Malaysia. Uh. Suka tapi takut. Apsal ea. Adoi. (garu-garu kepala). Harap segalanya dipermudahkan olehNya. Kena bagi tahu big secret to him. Tabah cik Jiha!

P/S : Kad raya dah beli, tapi tak tau nak bagi kat sapa.

Friday, September 4, 2009

::Salah ke Senyum?:

Salam,

Entah apsal la sem ni begitu giat bergerak ke PTSL(library) bersama geng-geng seperjuangan. Dulu tak pernah pernah 1200am terpacak depan library. Kini, segalanya biasa. (cewah!). Kes study last minit. Cenggini la kan.

Kes semalam : Tekun pergi melepak kat PTSL till 1240am. Since aku sorang je sesat pendatang UO, kena la balik sorang-sorang. Sampai je kat parking motor, tetiba tak semena-mena, muncul seorang lelaki dari celah kegelapan alam malam dengan pakai helmet lagi. Uh. Terkejut den! (dahla muncul kat tempat parking blok perempuan lewat-lewat malam ni.)

Aku just senyum je kat dia. Dia boleh pulak tanya aku ' Kenapa awak senyum kat saya?'..erk. salah ke senyum?? 1st time jumpa orang tanya soalan cenggini kat aku. Uh. Orang terkejut la. Bukan syok kat anda. Tolonglah jangan perasan alam. Lepas dia tegur, langsung aku dah tak toleh ke belakang lagi sampailah aku masuk bilik untuk tidur.

Sebelum tidur, baru aku terfikir..yang tadi tu betul ke orang yang aku jumpa..erk? (Nasib sekarang bulan Ramadhan. **Ignore ignore** )

P/S : Sapelah manusia bertuah yang nak bagi kad raya kat aku tahun ni. Nak kad raya! Nak nak!

Tuesday, September 1, 2009

::Tiga Sekawan::

Salam,

Mana nampak lagi pelik?

a) Seorang perempuan berkawan dengan 2 orang lelaki.

atau

b) Seorang lelaki berkawan dengan 2 orang perempuan.


Ke tiada kepelikan di situ?

P/S : Selamat tinggal Ogos. Selamat datang September! (banyak birthday member September ni)~
Related Posts with Thumbnails