:::ORANG-ORANG MANIS:::

Monday, February 16, 2009

::Salah Siapa??? Sorry:::

{ Lata Iskandar-one of PGL scene}


Bukan senang agaknya nak memuaskan hati semua pihak bila kita dalam keadaan tersepit. Kadang2 bila kita buat macam ni, si A suka..si B tak suka...si C lak duk masam muka tanda tak puas hati...yang kita ni..bingung seribu bangla....tak tahu nak buat apa. Kaku. Kadang2 ada orang boleh terima ini semua sebagai lumrah hidup. Ujian agaknya. tapi, ada juga yang sebaliknya. Kadang2 orang kata bila terlampau layan perasaan, ini lah akibatya. Suka fikir yang bukan2 dan berprasangka buruk terhadap orang lain. {Astaghfirullah..}


Jiwa muda yang belum matang gamaknya gini la ye...belum cukup makan garam agaknya. Macam mana agaknya kita nak jadi seseorang yang dapat memuaskan hati semua pihak dan tiada seorang pun yang terasa or berdendam dengan tindakan kita?? Kita fikir ini sudah cukup baik untuk kita, tapi kita tak sedar ada orang lain yang terasa dan berduka lara dengan tindakan kita. Aduhai...biar sejuta kali kita said 'sorry'..mungkin susah agaknya nak melupakan apa yang telah berlaku. { Easy to Forgive, Hard to Forget}

Wednesday, February 11, 2009

::Status ** Ku Serba SalaH:::

Assalamualaikum n salam sejahtera...hidup ini penuh dengan ketidakpastian( uncertainty) ...aha!! Why ha? Kenapa? Aduhai...hidup...hidup..kadang2 kita tak tahu sama ada benda itu baik untuk kita atau tak. Kita main ikut suka hati kita je nak ke tak nak ke. Pe?? Ingat barang mainan ke?? Adehh...tapi,memang barang mainan pun yang aku maksudkan tadii....aha!!~

::Ku serba Salah:::

Apekah?? Apa la sizuka ni....apa yang kamu rasa gundah gulana ni..serba x kena ni...aduhai..aku suka dengar masalah orang kdg2...kekadang??? Yup la..kekadang...depends on my mood...kalau aku pun ada masalah jugak..nanti nak dengar masalah orang lagi, masalah kita lagi...nanti leh jadi biul kepala otak sampai tak tahu mana satu nak fikir..masalah kita sendiri or masalah orang...aduhai...


Umur aku kira-kira sudah menjangkau 20 an...tapi, aku sendiri tak dapat decide apa yang terbaik untuk aku. Apa yang aku buat kadang2 aku ikut kata hati, kadang2 aku ikut kata orang n kadang2 aku ikut suka aku ja..sedangkan kadang2 aku sendiri tak tahu sama ada benda itu baik atau tak untuk aku. Aku kadang2 pandai nasihat kat orang...tapi,bila time kat aku punya hal...aku sendiri tak tahu nak nasihat diri sendiri. Itu lah aku. Tak perfect. Ya. Memang. Nobody is perfect except Rasulullah S.A.W.

Kadang2 kan kita rasa benda itu buruk bagi kita, tapi orang nampak benda itu amat baik untuk kita. Aku musykil la. Yang merasai dan yang alaminya adalah kita, tapi kenapa orang lain nampak itu amat baik untuk kita sedangkan mereka-mereka itu tidak merasai apa yang dirasai oleh kita...aduhai...apekah??? Aku belum matang lagi kah...adehhh...


At the end of this entry, aku nak tanya pendapat2 korang la...

"Kalau korang ada masalah dalam hidup in personal case la, korang akan decide ikut kata hati or ikut pandangan orang sekeliling??"

Contoh permasalahan :

Andaikan kamu dilamar oleh seorang lelaki. Pada waktu itu, kamu single. Namun, sebelum ini anda sudah pernah bercinta dan putus di tengah jalan. So, bila lelaki ini muncul, anda cuba bagi peluang kepada dia. Namun, anda dapati hubungan anda dan dia hanya setakat kawan rapat. OK? Tetapi, rakan baik anda menyuruh anda menerima lelaki itu kerana rakan anda nampak bahawa lelaki itu benar2 mencintai anda.

Apakah yang akan anda lakukan??

p/s : Leave a comment if u have any opinion. Kalau ada yang tersengih2 baca entry ini, xkisahlah. Ini blog sizuka manis...ikut suka dia la dia nak tulis apa...hahha.;p

Sekian..selamat sambung study differential equation...sok ada kuiz!!! huuuu...

Monday, February 9, 2009

::sweet liFe::

Assalamualaikum n salam sejahtera..slideshow ini hanya untuk suka2..masa tengah bosan study, teringatkan orang itu la, orang ini la...aishh!! semua orang yang aku sayang aku ingat..adehh..rindu kah?? Bila bosan, aku suka usha slideshow ini. Walaupun simple,tapi aku suka tengok..teringat kenangan bagi setiap pic..huuu..:)





edited by : sizuka

Thursday, February 5, 2009

::Lelaki memang pandai berkata-kata::

{ Hobi saya tidur..miauw..miauw..}


Assalamualaikum n salam sejahtera...ni hou ma?? Wa ai ni..waklew!!~ Orang tanya lain, dia jawab lain..huu... Ahha!! Entry kali ini ingin membincangkan mengenai sikap lelaki yang sangat pandai bermain kata..Hahaha...lelaki oh lelaki...[ tajuk rancangan di astro]...;p

Apa yang ingin diperkatakan dalam entry kali ini mengenai sikap lelaki ketika mahu mengambil hati perempuan yang diminatinya selama ini. Pelbagai cara agaknya yang dilakukan semata-mata mahu menambat hati perempuan itu. Seperti biasa lah, of course akan memberikan janji2 manis semanis madu yang aku sendiri pun xtahu la berapa banyak kandungan gula dalam janji2 tersebut. Ayat-ayat cinta yang biasa diperdengarkan seperti :

"Saya tidak akan sia-siakan hidup awak"
"Awak lah perempuan baik yang saya pernah jumpa selama saya hidup di dunia ini"
"Saya janji tidak akan kecewakan hidup awak dan saya janji akan jadi yang terbaik untuk awak"
"Awaklah segala-galanya untuk saya. Saya tidak dapat hidup tanpa awak"
"Saya akan berusaha menjaga awak sebaik mungkin"
"Awaklah satu-satunya perempuan cantik yang akan berkekalan dalam hati saya"

Adehh...cair habis perempuan kalau lelaki cakap manis macam ini..kalau tanya aku, of course aku garu kepala bila baca ayat2 macam ni..haha...naik sengal otak aku..bagi aku, lelaki memang pandai berkata-kata..aku fikir mesti masa SPM bahasa Melayu mereka-mereka ini dapat A1 kan?? x pun A2..hoho.. Aku pun tidak pandai nak mengarang ayat2 macam ini..lol..;p


Wahai insan yang bergelar lelaki...jika anda hanya pandai untuk berkata-kata..tetapi tidak dapat mengotakan janji2 anda.. sedarlah...bahawasanya dan sesungguhnya anda hanya membuang karen sahaja..dan bagi perempuan..jangan mudah terpedaya dengan omong2 lelaki...memang bukan semua lelaki seperti ini, tapi berjaga-jagalah..takut nanti merana di hari tua...haha...;p

p/s : idea ini mencurah2 keluar selepas terjaga dari tidur petang tadi..huhu...ini hanya pendapat lahiriah dari hati aku..tidak berniat untuk tuju kepada sesiapa pun..baik yang hidup atau sebaliknya..ini hanyalah sekadar mengisi masa lapang..aku in blur dari petang tadi lagi...apakah?? uit2..bangun la...!!~

Tuesday, February 3, 2009

:::Why teacher feel stress?????:::

Assalamualaikum n salam sejahtera...aha..entry kali ni just nak kongsikan some pic yang quite funny bagi aku..[hahhaa]...kenapa cikgu rasa tertekan????? Sila hayati gambar2 di bawah dengan betul..baru anda akan faham apa yang berlaku...waklew!!!~










Funny rite?? hahha...lol...tapi, ada ke student yg jawab soalan mcm ni...huhu...;p
Related Posts with Thumbnails