:::ORANG-ORANG MANIS:::

Friday, November 13, 2009

::Tidak Ku Duga::

Salam,

Hati ini begitu excited keriangan tatkala aku baru mendapat panggilan telefon dari abang yang menyatakan bahawa (fuh, ayat!) aku sudah layak bergelar seorang MAKSU. Hehe. Baru ku tahu bagaimana perasaan bila dapat anak buah. Pendek kata, sukar digambarkan! Acewah..(ni baru first time dapat anak buah dalam family, sebab tu excited sangat-sangat!)

Tak ku duga akak ipar aku SUDAH bersalin pada hari ini since kalau ikutkan, akak ipar aku bakal bersalin pada 28 November 2009 ni. Anyway, syukur kerna segalanya selamat. Anak saudara aku itu lelaki ( nama belum diberi), berat 2.7kg dan selamat dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani Kedah tepat jam 1155pm pada 12 November 2009. Syukur alhamdulillah..(^_^)

Tiada gambar untuk diupload kerna aku pun belum sempat tengok si comel! Hee. Yang pasti, kena shoping baju baby nie before aku sampai ke rumah abang. Wah, excited nak masuk kedai baby ni! Agaga~

P/S : Tak sabar rasanya mahu pulang ke rumah ni. Ya Allah, selamatkan perjalananku nanti. Amin~

Thursday, November 12, 2009

::Nangis Tanpa Sebab::

Salam,

Bila hati berkecamuk sangat-sangat, apa patut buat?

-->Terjun bangunan?

-->Kelar tangan sendiri?

-->Makan racun tikus?

-->Tido sepanjang masa sampai 2 3 hari?

-->Jerit kuat-kuat kat puncak Genting?

-->Drive laju-laju sampai kena saman?

Kalau nangis tanpa sebab, adakah..kita lemah? Some girl mudah nangis. Kecewa sikit, nangis. Hati sedih sikit, nangis. Kena marah sikit, nangis. Maklumlah, hati some girl ada yang sensitif. So, kalau hati kecamuk sangat-sangat, rasa macam ada rerama dalam perut tu, cepat-cepat la ambil wuduk dan baca Quran. That is the best solution.!

P/S : Hanya dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang. Great treatment!

::Jangan Pernah Beri 'H'::

Salam,

'H' stands for HARAPAN. Senang cerita, HARAPAN dalam PERCINTAAN.

Jangan Pernah Beri HARAPAN pada orang if kita tak bersedia untuk itu. Sebab kesannya nanti akan memburukkan diri kita juga. Dulu pernah TERberi HARAPAN pada orang, tapi at last TERcepat sedar. Even niat kita bukan untuk itu, tapi KELAKUAN kita mungkin menampakkan seolah-olah kita memberi HARAPAN pada orang. Kalau kita niat untuk main-mainkan perasaan seseorang, lupakan je la. Hati orang yang kita mainkan itu pasti pedih terluka macam kena siat-siat dengan pisau lipat dua kupang. Bukan main kepalang. Hanya Tuhan yang tahu. Sebab aku pernah rasa sebegitu.

P/S : Pening kepala bila cakap pasal hati dan perasaan. Alahai~

Tuesday, November 10, 2009

::Blushing muka i::

Salam,

Alhamdulillah. Akhirnya, tamat sudah exam untuk sem ni. Sem 5. Syukran. Ada yang boleh jawab, ada yang hantam. Biasalah, adat exam. Thanks to kawan-kawan yang rajin membantu study sesama sepanjang study week. Harap-harap semua usaha kita diberkati olehNya. Result? Tunggu dan lihatlah. T.A.W.A.K.A.L kepadaNya. (^_^)

Dah lama tak online. Means, dah lama jugak aku tak jenguk blog kawan-kawan. Macam-macam cerita ada. Kelmarin, aku singgah makan di BB Tomyam Bangi. Tempat ni famous among students UKM. Di sana je, aku lihat berlonggok-longgok budak UKM yang satu batch dengan aku terutamanya budak silat gayung Malaysia. Terasa macam gathering budak-budak silat pulak. Hehe.

suka tengok awan masa study. Leka!

Lepas makan, of course la kena bayar kan. Insiden yang memalukan aku je masa ni. Mak pesan, kalau tak tau, kita kena tanya. Pepatah pun ada cakap kalau malu bertanya, sesat jalan. Aku berpegang teguh la konon pada pepatah itu dan dengar cakap mak aku. Dengan muka konfiden, aku pergi ke kaunter dan kelihatan seorang lelaki tough sedang berdiri di luar kaunter. Aku mati-mati bajet dia adalah cashier. Siap aku bertanya lagi :

" Dah boleh bayar sekarang ke?"

Dia sekadar tersenyum dan buat muka seposen. Aku tanya lagi :

" Erk..saya nak bayar sekarang ni cik.."

Dia buat muka selamba pulak dan sengih macam kerang busuk, then keluar la suara garau beliau :

"Saya pun nak bayar jugak ni"

Ler..cis. Kan dah malu! Ouh..blushing muka saya tau Mr X~

P/S : Orang lain pulun balik umah awal-awal, tapi aku sebaliknya. Pelik kah?

Friday, November 6, 2009

::Polis 'Sayang' Saya::

Salam,

Selasa lepas, aku pergi pasar malam kat Bangi shell. Gara-gara mau cari rubik. 550pm. Jalan sesak. Standard la kan. Time orang balik kerja. Tapi ni sesak luar biasa. Sebab ada road-block. Aishh! Lain kali buatlah road-block time lain. Tak sesuai langsung buat time ni. Bertambah sesak lagi ada. Aku pun jadi kecut perut mau selit selit tepi kereta ni. Tengah mencelah kereta ni, tak tau la napa aku ni gatal pergi mencelah kiri sekali. Kalau duk tengah, mungkin tak kena tahan. Ni kes macam p serah diri ja mau kena tahan.

Ok la. Polis/ JPJ (not sure) tahan aku. Dia minta lesen and roadtax. Leceh betul sebab kena buka seat pulak. Roadtax pun letak bawah seat, sapa suruh kan. Em..lepas cek roadtax, ambil lesen pulak. Tengah belek lesen tu, aku usha je orang lain yang kena tahan. Ada yang lepas, ada yang tak. Tiba-tiba orang tu tanya :

"Cuba awak senyum sikit.."

Ish. Bakpo le nak suh aku senyum lak. Aku pun senyum la dalam keadaan terpaksa sambil pening-pening lalat. Then :

"haa..baru sama muka awak dengan dalam lesen ni"

Cis. Dalam hati, aku dah gelak-gelak dah. Haha. Apa la orang tu. Itu gambar lama la. Masa aku Form 4. Memanglah terlebih ceria sikit. Renyeh sampai ke telinga. Agaga~





My Rubics Collection..luv it!!(walaupun beli kat pasar malam ja)

P/S : Sejak dapat lesen lagi, polis suka tahan aku. Leceh sunggo~
P/P/S : 1 more paper to go. Killer. Uh. Cuak!

Thursday, November 5, 2009

::TARAPPAPA. ABAIKAN.::

Salam,

Apa perasaan korang if masa kita tengah sibuk bercerita itu ini kat someone tu, tetiba je dia cakap dengan orang lain? Seolah-olah macam dia tak fokus je apa kita cerita. Dia dengar, tapi tak fokus. Penat je kan bercerita? Uh~

Some said orang yang tak berapa fokus apa yang kita cerita ini mostly from kaum ADAM. Fakta or Auta? Yuhuuu~SUMBER

Semalam this things happened to me. Ok la. I buat-buat merajuk. Lepas tu, i cakap "TARAPPAPA. ABAIKAN.". Kau pulak buat muka tak puas hati kat aku. Oh no. Aku jugak yang salah. Aishh..kawan..kawan..janganlah begitu~

P/S : Seringkali kita menjaga hati orang, hati kita sapa nak jaga? Takkan pak guard pulak kan. ;p

Tuesday, November 3, 2009

::Jelaskan::

Salam,

Lately, ramai yang berkata aku rajin pergi ke library. Struggle. Kaki library la. Agaga. Aku tak marah, cuma nak tergelak. Lantas terkesima. Haha. Mana ada rajin pun weyh. Hakikatnya, aku pergi ke library memang untuk study. Sebab kalau aku duk kat bilik, konfem-konfem aku susah gila nak study. Study boleh, tapi tak masyuk macam kat library. Hee. Nak tau sebab apa?
Sebab :

1. Internet.
2. Katil puteri yang ada tilam ala-ala spring lah kononnya.

Dua benda ni la buat aku jadi malas gila nak study kalau duk kat bilik. Tumpuan kurang. Setengah orang boleh, tapi aku tidak. Hoho. Lebih suka study kat library sebab bila tengok orang study, aku pun pulun gak nak study. But, sometime ada jugak yang bertanya :

" tak ngantuk ke duk kat library? dah la sejuk. ngee~"
" tak bosan ke duk kat library? dahla orang ramai sejak minggu exam ni, tak bising ke?"

Hee. Jawapan aku :

--> Kalau ngantuk, pergilah baca paper cepat-cepat. Tak pon, p tengok tv.
-->Bosan? Bosan wujud pada aku bila mood aku dah pudar. Means, bila dah masuk Asar, memang aku dah bosan and tak boleh concentrate.
-->Bising? Ada jugak la bising tu. Normal. Jeling je sikit, nanti mesti mereka diam. Haha.

Pendek kata, aku lebih suka study kat library daripada study kat bilik. Cuma sometime je teraligh sebab tengok orang sana sini kat library tu. Huhu. So, lepas ni janganlah kata aku ni rajin gila study, ulat buku la..hee. Bukan marah, tapi takut dengan kata-kata itu sebab aku bukanlah seperti yang anda katakan. Hee~ **PEACE**

P/S : Berusaha nak kumpul koleksi rubik. Waduh! (^_^)

Monday, November 2, 2009

::Tetiba je ni..::

Salam,

Lately, aku banyak baca blog kawan-kawan yang kebanyakannya menulis tentang orang ketiga lah, skandal lah, pasal BF and GF kawan dia and seumpamanya. Huhu. Bila aku baca kesemua kisah tu, aku rasa penat! Aiyo..Baca pun penat ka? Haha. Penat membaca kisah cinta. Hati ni sudah sesak nafas bila berbicara tentang cinta. Terasa macam dah jauh bebeno lari dari dunia cinta sesama manusia ni.

Dulu, sungguhlah..masa zaman jahiliah, perasaan bergolak sana sini mahu disayangi lah, dicintailah...aiyo..kelakar bila fikir zaman dulu-dulu. Apa pun sanggup buat demi yang tersayang. Mak cakap NO, i said YES. Sekarang baru tahu apa yang mak larang itu adalah benar sebenar-benarnya. Aku je tak pandai nak buka mata tengok itu ini dan dengar cakap. Ok la. Stop talking about that.

Cakap pasal kawan pulak. Kawan penting kan? (angguk la) Hee. Penting penting! Kalau takda boyfriend, takpa. Kalau takda kawan, takleh. Setengah orang boleh stand without friends, maybe memang dia jenis yang boleh independent dalam semua hal la kot kan. Tapi, sejak minggu exam ni, aku lebih terasa KEPENTINGAN kawan. Dulu dah rasa sejak mula-mula ada kawan, tapi sekarang TERlebih rasa pulak. Haha. But, dalam berkawan pun, kita kena pandai pilih kawan. Sometimes ada jugak kawan yang tak boleh pakai. Means, suka tikam dari belakang. Spesies jenis ni HARUS dijauhi. Ada juga spesies yang belakangkan kita bila dah ada BF/GF. Dulu masa single, bukan main berkepit dengan kita ke hulu ke hilir. Now, dah ada BF/GF, kita pun dia dah tak endah. Sudahlah kau. Berbahagialah sekarang. Jangan kelak cari kami di sini sudahlah. (marah sedikit)

[ "Friends are the most important ingredients in the recipe of life"]

Pendek kata, aku sangat sayang semua kawan-kawan aku. Entah la kenapa lately aku selalu teringat kat kawan-kawan ni bila tengok satu benda. Contoh, bila tengok PETAI, aku teringat BLINK2. Bila tengok DURIAN, teringat WANA. Bila tengok RUBIK, teringat FAHMY. Bila tengok TEDDY BEAR, teringat YANI. Bila tengok drama ada kisah pasal mak tiri GARANG ni, teringat kat ZAHID. Bila cakap pasal TUNANG ni, teringat FAKHRUS. Hee..And banyak lagi la..(takkan nak tulis semua..kawan saya ramai ni. haha). Thanks kawan sebab sudi anggap aku sebagai kawan kamu! Sunggo aku bahagia kerna dapat kawan macam kamu semua~ (^_^)

P/S : Penatlah tulis panjang-panjang. Mesti penat membaca gak kan. Dahla boring. Agagag~

Sunday, November 1, 2009

::Awas! Sila Ambil Perhatian::

Salam,

Info ini saya dapat daripada seseorang yang menghantar emel kepada saya. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin jua belum. Silalah baca untuk maklumat bersama.

***************************************************************************
Salam semua. Kali ini saya nak sentuh tentang minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia . Pernahkah anda dengar tentang keluaran produk minuman YHS yang terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.




Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........


Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, dari mana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS??? Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekadar berkongsi info dan diharap sesiapa yang teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kepada anak-anak kita yang mungkin kurang arif ttg perkara ini.

**********************************************************************

P/S : Penat main kejar-kejar dengan rabbit siang tadi. Hampir luruh jantung saya. Uh!
Related Posts with Thumbnails