:::ORANG-ORANG MANIS:::

Showing posts with label ::FRIENDS::. Show all posts
Showing posts with label ::FRIENDS::. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

::Dalam Kenangan::

Salam,

Hari ni bila aku bangun pagi, aku masih terasa arwah Afif Asyraf ada lagi di sini. Walaupun aku tidak begitu rapat dengan arwah, tapi aku tak dapat nak sembunyikan kesedihan aku bila mengenang dia sudah tiada. Allah ambil dia awal dari kami semua. Satu kerja aku buat pun tak jadi hari ni. Bila tengah buat kerja, teringat arwah. Terbayang muka dia pakai baju sekolah dan lalu depan kelas aku dulu. Buka Facebook lagi sedih. Bila ada member yang post macam-macam cerita sepanjang berkawan dengan arwah. Di sini, aku selitkan gambar mereka yang telah pergi. Arwah Azmir Syazwan yang pulang ke rahmatullah pada 22 Februari 2009 akibat kemalangan. Dan, arwah Muhammad Afif Asyraf yang juga pulang ke rahmatullah pada 30 Januari 2010 akibat infection. Al Fatihah~


Maaf pada ahli keluarga arwah. Sebab aku ambil gambar mereka dari Facebook since aku takde koleksi gambar mereka dalam letop. Aku simpan gambar ini buat kenangan. Aku pernah cakap pada arwah Afif Asyraf yang aku suka tengok gambar dia tengah minum ni. Sebab unik. Dia buat-buat gelak besar dan kata balik kat aku..

"kalau tengok gambar we <3 math tu, takde orang lain dah. Mesti hang jiha.."

Bagi member yang lebih rapat dengan arwah, pasti lebih merasai kehilangannya. Apapun, kita harus redha akan pemergiannya dan sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin banyak-banyak. Sebab itu yang kita mampu buat. Kita sedar bahawa mati itu pasti dan bakal menjemput kita kelak. Cuma, kita tak tahu bila waktu ia tiba. Bagi yang masih hidup di muka bumi Allah ni, seharusnya kita menambahkan amal ibadat kita dan bersedia untuk kembali kepadaNya sebagai bekalan.Memang benar bahawa mengingati MATI itu adalah tazkirah yang baik. (pesanan buat diri sendiri jua)

P/S : Maaf pada blogger lain sebab entry yang beremosi di post lately. Tuan punya blog ni masih sedih. Kadang-kadang terusik dek terkenangkan kedua-dua arwah. (kawan masa di Saina)

Monday, November 2, 2009

::Tetiba je ni..::

Salam,

Lately, aku banyak baca blog kawan-kawan yang kebanyakannya menulis tentang orang ketiga lah, skandal lah, pasal BF and GF kawan dia and seumpamanya. Huhu. Bila aku baca kesemua kisah tu, aku rasa penat! Aiyo..Baca pun penat ka? Haha. Penat membaca kisah cinta. Hati ni sudah sesak nafas bila berbicara tentang cinta. Terasa macam dah jauh bebeno lari dari dunia cinta sesama manusia ni.

Dulu, sungguhlah..masa zaman jahiliah, perasaan bergolak sana sini mahu disayangi lah, dicintailah...aiyo..kelakar bila fikir zaman dulu-dulu. Apa pun sanggup buat demi yang tersayang. Mak cakap NO, i said YES. Sekarang baru tahu apa yang mak larang itu adalah benar sebenar-benarnya. Aku je tak pandai nak buka mata tengok itu ini dan dengar cakap. Ok la. Stop talking about that.

Cakap pasal kawan pulak. Kawan penting kan? (angguk la) Hee. Penting penting! Kalau takda boyfriend, takpa. Kalau takda kawan, takleh. Setengah orang boleh stand without friends, maybe memang dia jenis yang boleh independent dalam semua hal la kot kan. Tapi, sejak minggu exam ni, aku lebih terasa KEPENTINGAN kawan. Dulu dah rasa sejak mula-mula ada kawan, tapi sekarang TERlebih rasa pulak. Haha. But, dalam berkawan pun, kita kena pandai pilih kawan. Sometimes ada jugak kawan yang tak boleh pakai. Means, suka tikam dari belakang. Spesies jenis ni HARUS dijauhi. Ada juga spesies yang belakangkan kita bila dah ada BF/GF. Dulu masa single, bukan main berkepit dengan kita ke hulu ke hilir. Now, dah ada BF/GF, kita pun dia dah tak endah. Sudahlah kau. Berbahagialah sekarang. Jangan kelak cari kami di sini sudahlah. (marah sedikit)

[ "Friends are the most important ingredients in the recipe of life"]

Pendek kata, aku sangat sayang semua kawan-kawan aku. Entah la kenapa lately aku selalu teringat kat kawan-kawan ni bila tengok satu benda. Contoh, bila tengok PETAI, aku teringat BLINK2. Bila tengok DURIAN, teringat WANA. Bila tengok RUBIK, teringat FAHMY. Bila tengok TEDDY BEAR, teringat YANI. Bila tengok drama ada kisah pasal mak tiri GARANG ni, teringat kat ZAHID. Bila cakap pasal TUNANG ni, teringat FAKHRUS. Hee..And banyak lagi la..(takkan nak tulis semua..kawan saya ramai ni. haha). Thanks kawan sebab sudi anggap aku sebagai kawan kamu! Sunggo aku bahagia kerna dapat kawan macam kamu semua~ (^_^)

P/S : Penatlah tulis panjang-panjang. Mesti penat membaca gak kan. Dahla boring. Agagag~

Thursday, April 9, 2009

::Love You All::


Salam,

Entry kali ini just nak ucapkan thanks a lots kepada kawan-kawan aku yang banyak support aku time aku tengah serabut, susah, sedih, pening and bla...bla...bla...Tetibe aku tersedar yang ramai juga sayang aku rupanya. Ahaks!! Peristiwa yang lalu jadikan pengajaran. Hope tidak berulang lagi. Aku sudah penat melayan perasaan sedih!

Kini aku gembira.
Namun, dalam kegembiraan ada juga ketakutan! F.I.N.A.L E.X.A.M! Huh!
12 days left!^^
P/S : Terima kasih kerna menyayangi aku! Aku jua sayang kamu semua. (^~^)
Related Posts with Thumbnails