:::ORANG-ORANG MANIS:::

Sunday, January 31, 2010

::Dalam Kenangan::

Salam,

Hari ni bila aku bangun pagi, aku masih terasa arwah Afif Asyraf ada lagi di sini. Walaupun aku tidak begitu rapat dengan arwah, tapi aku tak dapat nak sembunyikan kesedihan aku bila mengenang dia sudah tiada. Allah ambil dia awal dari kami semua. Satu kerja aku buat pun tak jadi hari ni. Bila tengah buat kerja, teringat arwah. Terbayang muka dia pakai baju sekolah dan lalu depan kelas aku dulu. Buka Facebook lagi sedih. Bila ada member yang post macam-macam cerita sepanjang berkawan dengan arwah. Di sini, aku selitkan gambar mereka yang telah pergi. Arwah Azmir Syazwan yang pulang ke rahmatullah pada 22 Februari 2009 akibat kemalangan. Dan, arwah Muhammad Afif Asyraf yang juga pulang ke rahmatullah pada 30 Januari 2010 akibat infection. Al Fatihah~


Maaf pada ahli keluarga arwah. Sebab aku ambil gambar mereka dari Facebook since aku takde koleksi gambar mereka dalam letop. Aku simpan gambar ini buat kenangan. Aku pernah cakap pada arwah Afif Asyraf yang aku suka tengok gambar dia tengah minum ni. Sebab unik. Dia buat-buat gelak besar dan kata balik kat aku..

"kalau tengok gambar we <3 math tu, takde orang lain dah. Mesti hang jiha.."

Bagi member yang lebih rapat dengan arwah, pasti lebih merasai kehilangannya. Apapun, kita harus redha akan pemergiannya dan sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin banyak-banyak. Sebab itu yang kita mampu buat. Kita sedar bahawa mati itu pasti dan bakal menjemput kita kelak. Cuma, kita tak tahu bila waktu ia tiba. Bagi yang masih hidup di muka bumi Allah ni, seharusnya kita menambahkan amal ibadat kita dan bersedia untuk kembali kepadaNya sebagai bekalan.Memang benar bahawa mengingati MATI itu adalah tazkirah yang baik. (pesanan buat diri sendiri jua)

P/S : Maaf pada blogger lain sebab entry yang beremosi di post lately. Tuan punya blog ni masih sedih. Kadang-kadang terusik dek terkenangkan kedua-dua arwah. (kawan masa di Saina)

14 comments:

Fráhÿnx Rõsè :) said...

salam kak jiha,

farah kenal lagi kak jiha..

air mata tak dapat ditahan lagi tatkala baca entry berkaitan abg acap n juga abg ayan..

Jejak Hamba said...

salam
semoga Allah mencucuri rahmat buat mereka...

::SizuKa:: said...

Farah :

Salam farah..terima kasih masih ingat pada akak..=)

lap air mata tu Farah..b strong k! walaupun sedih, kita harus redha.

Fakhrul :

Salam..
amin..

Misz SeroJa said...

moga tabah..
chayok2..u can do it..;p

deus X machina said...

al-fatihah
moga roh mereka berdua dicucuri rahmat

::SizuKa:: said...

Misz Seroja :

sedih lagi zahid. masih terasa kehilangan mereka tambah-tambah arwah acap. hope tomorrow aku boleh atasi perasaan sedih ni. kerja masih banyak perlu aku buat. aku taknak layan sangat emosi sedih ni. nanti kerja aku banyak tertangguh. Ya Allah..

Deus :

amin ya rabbal 'alamin..

Misz SeroJa said...

aku pon rasa jika one day aku kehilangan kawan2 yg rapat n yang aku kenali..
mesti aku akan rasa sedih..huu

matacoklatbiru said...

memang tak dapat kita tahan perasaan sedih jiha...
:)
tak pe jiha, awak luahkan lar kat blog ni perasaan awak..
biarkan emosi awak mengalir dalam medium yang digelar BLOG ni...
matacoklatbiru pun sedih bile bace kisah korang dgn arwah...
ape2 pun, kuatkan semangat untuk menghadapi hari2 berikutnya...
saya pasti, pasti arwah mahu awak dan kawan2 awak berjaya dalam kehidupan kalian semua. :)

::SizuKa:: said...

Misz Seroja :

sedih zahid..sebab insan yg bergelar KAWAN pernah hadir dalam hidup kita. pernah buat kita tertawa. once dia hilang dari hidup kita, memang kita sedih. coz hadirnya hanya sekali. dan tiada pengganti.

Matacoklatbiru :

Thanks kerna memahami..sesungguhnya kehilangan seorang kawan membuatkan kita akan lebih menghargai rakan-rakan yang masih ada di sekeliling..

acHap~ said...

innalillah.

aku pon pernah ada pengalaman,
wpon tak rapat, tp pemergiannya sgt dirasai.
semoga roh mereka dicucuri rahmat Yang ESA.
insyaALLAH~

Firol said...

entri sizuka buat aku terkedu membaca....mengenangkan tahun lepas berturut2 kehilangan

dari 4 ahli keluarga, kawan sampai ke sorg budak yg aku cuba selamtkn dalam kemalangan...

::SizuKa:: said...

Achap :

Kami semua masih terasa kehilangannya..mungkin kesedihan ini akan mengambil masa untuk pulihkan perasaan kami semua..hanya iringan doa kami dapat kalungkan pada arwah..

Firol :

Ya Allah...[4 ahli keluarga, kawan dan seorang budak yang cuba diselamatkan dalam kemalangan]...YA Allah..sunggoh berat ujian tu. Al Fatihah buat mereka..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka..amin..~

Nurul Ayu said...

takziah buat keluarga mangsa..

Anonymous said...

This is really interesting, You're a very skilled blogger. I've joined your feed and look forward to seeking
more of your excellent post. Also, I've shared your website in my social networks!

Review my web-site :: jocuri online cu carti

Related Posts with Thumbnails