:::ORANG-ORANG MANIS:::

Saturday, May 2, 2009

::Benar tindakan ini::

Salam,

Sekarang aku berada di Banting, rumah kak aku. Even lagi 2 hari paper last tiba, aku masih merayau-rayau ke sana sini. Bukan pe..gara-gara tak dapat study dekat bilik la ni. Terlupa betul PTSL tutup 2 hari berturut-turut. Takpe. (abaikan).

On the way ke rumah kak aku, mujur KTM tak wat 'hal' (delay) even hari ni hari sabtu. Aku terlupa lagi yang hari ni hari sabtu. Aish...maybe sebab dah lewat tengah hari, jadi kurang la orang nak naik KTM. Selamat! Sampai di Salak Tinggi, kak aku tiba dan terdecide nak pergi Bukit Jugra. Tengok paragliding accuracy world cup! Seronok! Mungkin sebab cuaca tak mengizinkan dan aku pun tiba lewat, hanya seorang peserta sahaja yang aku dapat tengok. Itupun dia terbabas. Memang tak accurate la. Ini first time tengok real, memang excited! Hoho^^

Ok la. Lately, aku baru sedar something happen to me. Tapi, takpe. Ada hikmahnya. Benar kata pendapat orang sekeliling aku. Lebih baik kikis rasa kesian daripada terus memberi harapan palsu kepada 'orang' itu. Even kita tak berniat untuk mempermainkan 'dia', tapi tindakan kita selama ini rupanya telah disalah erti. Kita tak nak hubungan kawan putus macam tu je kan, tapi apa daya..sometime orang tak dapat ngerti apa niat kita sebenarnya. Mungkin juga 'dia' tidak dapat buang 'perasaan' itu. Kita tak nak apa yang kita buat kat seseorang itu akan ada orang buat balik dekat kita someday. Huh. Minta simpang la. Bukan kita minta, but some said like that. Aku pun tak faham. Allah je faham apa yang aku rasa dan apa aku fikir ketika ini. Hmm..kalau 'dia' dah tak nak contact aku lagi, its ok. Mungkin itu yang terbaik buat dia. Cuma hope dia tahu yang sekali kita kawan, sampai bila-bila pun kita tetap akan jadi kawan. ^^

P/S : Gembira ketika ini kerna Rabbit Mika dan Rabbit Koko menemani aku. ^^

Friday, May 1, 2009

::Why WOMEN are so special?::

Salam,

Mengapa WANITA sangat Istimewa???

****************************************************************

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.
"..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pergi dapur nak tutup tingkap dapur. Nanti masuk pulak lipas. Leceh pulak nanti. Dah tu, ada pulak rice cooker dalam sink. Rendam lepas makan tadi. Basuh jap. Susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi. Check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti. Malam anak nak susu. Memang dah kering pun flusk ni, jerang la air.

Sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong. Salin la gula. Check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok. Nasib baik ada lagi. Ishh..ni lauk bila ni.? semalam? Dah beku dah. Basuh la kejap. Pergi yard. Masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Penat dah ni. Esok je la basuh. Sidai kain lap je lah. Tik...bunyi air dah masak. Salin air dalam flusk. Ok. Settle.

Baru teringat tak solat lagi. On the way nak g bilik, papa tengok tv lagi. Nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska. Check. Baju 2 pasang, towel. Towel kecik untuk selsema. Calamine lotion untuk sapu ruam. Pampers 4 keping. Alamak! Terlupa pulak masukkan botol. Basuh botol jap. Ok, Settle.

Ternampak pulak beg pergi keje. Emm..esok nak pakai beg polo coklat lah, asyik-asyik pakai beg hitam ni je. Salin jap barang-barang masuk dalam beg
coklat. Cek semua 6 poket beg. Takut la tertinggal apa-apa. Leceh pulak. Selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti. Ishhh..sempit la beg ni. Hangin je. Nak kena beli beg baru ni. Rasanya 25 hb ni Sogo sale nih. Mana flyers tadi ek...ha ni dia. Ok. Catit jap kat yellow sticker. Nanti lupa. Ok. Settle.

Tetiba dengar suara papa...
"U buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."
"Yelah nak tido la ni..nak solat jap..."
Masuk toilet. Buat apa-apa yang patut. Cuci muka dulu. 2 jenis lak tu. Adoi..gosok gigi. Solat. Pakai toner. Pakai treatment cream. Nak lawa and maintain punya pasal lah ni. Nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4
pulak...huhuhuhu...Buka almari. Emmm...pakai baju ungu ni lah esok. Gosok
kejap. Check baju papa. Baju papa pun kena gosok jugak
ni.

Kat bilik belakang. La..napa komputer ni tak tutup ni. Gelas kopi pun ada lagi.
Dah bersemut dah. Ishhh . Pergi dapur, basuh, sambung gosok baju. Gantung elok-elok. Kemaskan baju gantung-gantung. Masukkan seluar papa yang
dah kotor dalam tempat kotor. Ok. Settle. Dengar suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..Dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha. Lupa dah 3 hari tak siram. Ok, siram jap. Check jap pintu ni. Sah tak kunci lagi. Grill pun tak tutup. Ni kalau tak check ni, senang-senang je mat indon masuk rompak umah aku. Buka lampu luar. Ni mainan ni sepah-sepah. Masukkan la dalam bakul mainan budak ni. Banyaknya...sampai bawah meja makan pun ada. Adoi....ok dah. Settle.

Ok. Dah boleh baring. Adoi sakitnya pinggang. Cium si comel ni kejap. Selimutkan dia. La..napa basah ni. Emm, tukar la pampers ni. Tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la. Nanti pergi Sogo 25 hb ni beli la skali. Ok sayang tido k. Kalau boleh jangan la bangun tengah malam ni eh. Tido sampai pagi k. Good nite. Sweet dreams. ^^
Aaahh...sedapnya dapat baring. Mana pulak lotion sapu kurus aku nih. Ha, ni dia ..sambil sapu lotion kurus. Setkan alarm. Setkan program kerja esok. Pagi pukul 9.30 ade meeting. Ahh...boring...panas pulak lotion nih. Dah la...emm..sedapnya lelapkan
mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezeki MU hari ini...mohon keberkatan dari mu Ya Allah...

Papa pun bangun tutup tv.....
"...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...
selang seminit. Dengar suara papa berkeruh. Dah agak dah....

***************************************************************

So? Apa yang peliknya??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama? SEBAB ADA BANYAK KERJA NAK KENA BUAT. Tak kira la wanita berkerjaya atau suri rumah. Setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri. Kalau lelaki mengakui kebenaran ini. Hormat dah hargailah mereka. Untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari.

P/S : Cerita ini bukan rekaan aku. Somebody sent to me through emel. Pendek kata, copy paste^^

::Cerita 'Expired'::

Salam,

Cerita expired!

3 hingga 5 April yang lalu,,,tahun 2009, aku pergi Sg Sedim under Seketriat Rakan Muda Ukm. Sg Sedim ni terletak kat Kulim, Kedah. Even rumah aku pun kat Kedah, tapi ni first time aku pergi sg Sedim tu. Tempatnya best! cantik dan menarik juga la..tapi, tempat tu agak bahaya dan telah banyak meragut nyawa manusia..so, kalau pergi sana, pandai-pandai la jaga diri. InsyaAllah..Allah ada dengan kita.^^
Banyak aktiviti yang dijalankan. Antaranya, water rafting, tubing, water confident, flying fox, abseiling, nyte walk dan jungle tracking. Semuanya aku suka!


::Air terjun masa Jungle Tracking::


::Abseiling::

::Water Rafting::

::Before Water Confident::


::Peserta yang menyertai kem ini::

Cukuplah 5 picture diupload untuk entry pasal ini. [5/100+]..huhu. Cerita ini dah expired. Tapi, dah berjanji dengan kawan aku nak buat entry pasal ini. Hehe. Kepada yang berkenaan, harap anda tahu saya bukan kacang lupakan kulit. Tapi,sorry coz lambat. ;p

P/S : Aktiviti seterusnya ke pulau. Kalau ada peluang, planning sem depan.^^

Thursday, April 30, 2009

::Suka benar jika begini::

Salam,

Entry lepas pasal benci bila begini. Kali ini suka benar jika begini :

---> Kalau sudah tamat exam, semua orang pasti suka, bukan? Hahaha. Me too. Tak sabar rasanya nak tunggu exam habis. Lagi 5 hari menanti. Sabar-sabar.^^

---> Disayangi oleh orang yang kita sayang. Bahagia rasanya dan rasa dihargai! Semua orang suka macam ni, kan? Hehe. One more, kalau tiada orang yang kongkong hidup kita..pun best, kan?

---> Ada orang belanja makan. Ini lagi suka! Haha. Tak lupa juga kalau ada orang selalu bagi hadiah kat kita tanpa kita minta. Hobinya bagi hadiah kat orang. Hoho..wujud ke hobi macam tu? [Memandai aku je..]..but, i like!^^

---> Mood study sentiasa ada. Sentiasa hadir dalam diri dia walaupun bukan musim exam! Ish..sukar untuk aku capai tahap mood yang stabil setiap masa..tapi, ada kawan aku yang macam tu..betul! Hobinya study!

---> Hang out bersama member-member. Masa aku muda dan single ni la, masa yang terbaik untuk hang out. Esok-esok dah kahwin dan ada anak, payah dah nak keluar ramai-ramai, kan? Suka juga kalau semua orang suka kawan dengan kita.^^

---> Balik kampung! Semua orang suka balik kampung, kan? Haha. Berjalan-jalan di negeri orang pun suka! Tambah pengalaman di negeri orang. ^^

---> Kita dapat lupakan kisah lama yang pahit dan menyedihkan! No more sadness! Penat melayan jiwa sedih kan? Sunggo menyakitkan! Berlubang hati memikirkan perkara yang sedih. Baling bola pingpong pun lepas taw! Betapa besarnya lubang itu membiak, kan?

---> Apa yang kita nak, kita dapat. Tapi, benda ini macam mustahil semua orang boleh dapat. Tapi, yang pasti, semua orang suka kalau apa yang dia nak, dia dapat!


P/S : Cukuplah setakat ini yang dapat aku kongsikan. Yang pasti banyak lagi peristiwa yang buat aku suka benar jika begini.^^

Monday, April 27, 2009

::Benci Bila Begini::

Salam,



[ ini namanya 'Croqutte' ]

Benci bila begini :

Kes 1 : Bila exam dah lepas, masih ingat-ingat lagi apa yang dijawab tadi. Bila cek semula dalam nota, kita salah jawab rupanya. Geram betul. Sedangkan sebelum exam, dah banyak kali study bab tu. Siap hafal-hafal lagi. Bila exam, putus fius kejap. Jadi konfius. Jawab yang salah. Apa nak jadi la?!

Kes 2 : Hidup dalam kepura-puraan untuk kebaikan orang lain. Diri sendiri terkial-kial menanggung perasaan hipokrit semata-mata untuk menenangkan hati pihak lain. Pendek kata, akibat kesian kat orang lain, hati sendiri yang merana. Ini kes ikhlas atau tidak? Diri sendiri perlu bijak handle if it happen. Tepuk dada tanya la diri sendiri, kan?

Kes 3 : Barang hilang, jenuh(puas) cari! Tapi, tak jumpa-jumpa. Sedangkan baru je pegang sat-sat(sebentar) tadi. Bila nak ingat balik flow what we'd done tadi, boleh pula lupa part tu..aiseh...akhirnya, tension sebab nak cari barang je. Bila dah jumpa, ketuk kepala sendiri sambil berkata ' nyanyuk betul aku ni'! Aishhh..

Kes 4 : Kes ini selalu aku alami. Lenguh seluruh badan! Sampai tak boleh study dibuatnya. Geram betul. Part-part yang selalunya lenguh ={ leher, jari, lengan, pinggang, lutut dan kaki.} Macam dah berusia pula rasanya. Kawan-kawan yang seiring sejalan dengan aku tahu la apa yang selalu terjadi each time badan aku lenguh especially part 'lengan'. Satu condition yang sunyi macam PTSL bergegar dengan 'kruk krap' tulang aku. ( 'Eh, iye?')

Kes 5 : Dipulaukan oleh kawan baik hanya kerana seorang lelaki. Apa kes? Lumrah manusia kan (kot). Kadang-kadang kawan sendiri pun nak tikam kita hanya kerna cemburu buta yang kronik. Tak boleh diubati oleh Doktor Pakar Mata lagi rasanya. Kita jadi mangsa keadaan. Perempuan tak perlu bergaduh sesama sendiri hanya kerana seorang lelaki. Itu namanya hanya membuang karen sahaja, ok?

Kesimpulan : Kelima-lima kes di atas pernah terjadi ke atas diri aku. ( agak poyo je )


P/S : Semalam dapat makan 'Croquette' buatan Mr M. Sedap even quite oily! Tak sangka kamu pandai masak ^^.
Related Posts with Thumbnails