:::ORANG-ORANG MANIS:::

Wednesday, July 29, 2009

::K9B104::

Salam,

Sudah lama rasa nak post entry ni, tapi postponed. Sebab tak tau apa motif nak post entry ini. Kisahnya pasal bilik K9B 104 ni je. ( Kolej Ungku Omar:: Konon-konon sayang kolej la). Jom layan gambar.


[ kamar indah..teka mana satu katil hamba]

[ balkoni pintu depan a.k.a pintu laluan bagi kera ]

[ meja study hamba (yang banyak barang tu la) ]

[ all notes+gambar family 'tempek' here ]

3 tahun berturut-turut aku dapat stay kat UO. Syukur alhamdulillah. Kolej ini dekat je dengan faculty aku. Turun tangga golek-golek pun dah sampai. Dekat dengan pusanika, DECTAR dan masjid (agak la). Masa 1st year aku dapat stay at flatlet (8D), then K7A. Masuk 2nd year, stay at K9C kejap. Pastu 'move' to K7B. ( ada sejarah di sebalik 'move' tu). Kini, bahagia ditempatkan di K9B 104. =)

*Apsal ha idea berblogging lagi banyak daripada idea assignment CPR aku? Huh. Otak, cepat la gerak! Aiyo*

P/S : Tak sabar nak tunggu Ramadhan. Buka puasa beramai-ramai. Pasti meriah!

Saturday, July 25, 2009

::Suka Duka Test JPJ::


Salam,

Lately, ramai di kalangan kawan-kawan perempuan aku ambil lesen kereta. Macam-macam cerita ada. Teringat kisah seorang minah ini masa dia amek lesen dulu-dulu kala. Minah ini ambek lesen since dia tamat SPM. First time dia pergi kelas memandu, itulah juga first time dia pegang stereng kereta. Mamat yang jadi cikgu dia itu Indian. Bro Manual. (nama dia).

Kisah yang paling kelakar berlaku masa dekat T junction. Bro manual suruh dia pegang gear without seeing tombol gear tu. (maksudnya, mata tengok depan, tangan pegang gear).Minah ini yang konon-konon tere katakan buat la macam yang bro tu suruh. Sekali nak pegang tombol gear, dia terpegang PAHA mamat tu. Oh no! Gler ke minah tu...dush..dush..! Bro tu pun satu kan. Duduk terkangkang tu apsal..Huh. Tak pasal-pasal kekecohan berlaku sebentar. Ahaks! Mesti korang rasa minah tu gatal gler. Tapi, aku rasa minah tu tak sengaja. Al maklumlah ini first time dia bawa kereta kan..kan?

2nd time lak minah ni wat hal masa belajar parking. Keadaan cuaca yang panas dan terik petang tu menyebabkan minah tu berpeluh-peluh pusing stereng. Pusing punya pusing, at last terhantuk siku ke pintu kereta. (Gedebuk!). Kuat betul bunyinya. Ahaks. Kali ini bapak manual yang ajar. Tergelak-gelak dia tengok minah tu. Sian minah tu..menanggung malu tak terkira. 2 kali peristiwa ini buat dia ingat sampai bila-bila.

At last, masa FIRST test JPJ, dia fail! Sebabnya :

Mati enjin 3 kali kat traffic light.
Tak buka wiper and lampu before gerak ( JPJ tu skema la)
Langgar lampu isyarat ( ini kes mati enjin, itu pasal TERlanggar)

2nd test, dia lulus dengan cemerlang. Agaga. Alhamdulillah. Tapi, sekarang dia ada lesen agung. Tau pasal pa? Sebab keta manual dia dah tak reti bawa. Keta auto laju je dia bawa. Analisis yang dibuat mengatakan sebab kawalan ketat dari mak dia. Sikit-sikit tak bagi bawa keta. Takut langgar orang la. Masuk longkang la. Oh..how come la..so, sekarang dia memang penakut nak bawa keta manual. Itu pasal abang dia kata dia ada lesen agung. Haha.

Jadi, buat kawan-kawan yang bakal amek lesen kereta, belajarlah sebaik mungkin dan janganlah buat kerja 2 kali macam minah tu. Harap korang dapat pegawai JPJ yang ramah mesra alam tahap cipan. Konfem bahagia dan lulus dengan jayanya. Ahaks!

P/S : Minah yang diceritakan dalam entry ni adalah aku la..haha. (malas nak ngaku awal-awal.)

Wednesday, July 22, 2009

::Apa boleh buat::

[ Reference untuk peminat Mr. Integration ]
Salam,

Hari ini cuaca agak baik berbanding semalam. Baju yang dibasuh semalam lembap. Hari ini aku basuh balik. Rajin buat kerja 2 kali kan minah ini. Apa boleh buat. Hobi basuh baju agaknya. ;p

Hari ini juga hari terakhir dalam bulan Rejab. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Boleh kira dengan jari berapa hari je aku dapat puasa dalam bulan rejab. Teruknya..( agak jujur di sini). Tapi, at least aku berpuasa juga kan. (nak sedapkan hati sendiri la konon).

Semalam, sahabat baik call aku. Sebab kredit dia banyak sangat sampai tak tau nak call sapa lagi katanya ( kredit free sebab besday beliau hari ini). Jadi bergayut la sampai panas telinga kami berdua. Dia kata dia sedih sangat. (Bukan sebab dia dah tua dari aku.) Tapi, sebab orang yang ditunggu-tunggu wish kat dia tak wish-wish lagi. Boleh pulak buat telinga kera banyak-banyak dalam otak tu bila ditanya hari ini hari apa. Aish. Sangat tak patut. Tapi, apa boleh buat. Manusia ni mudah lupa akan janji-janji manis yang ditabur. Today said cenggini. Sok lusa said cenggitu pulak. Itu belum kira tahun lepas punya janji. Kesian kawan aku. Mujur sizuka yang berperanan ala-ala doktor cinta ini menasihati dia apa yang patut. =)

Semalam juga akibat tidur lambat, ada la aku mimpi pelik-pelik. Mimpi ada amoi cina accident depan gate UKM sebab kena langgar dengan kereta warna oren. Lepas tu, mimpi kawan aku kahwin. Selalu mimpi kawan yang kahwin. Apsal ha? Aku rasa macam nak p cari buku tentang tafsir mimpi lak.

P/S : Membebel again. Jangan buat muka seposen ok kalau anda dah habis baca. ;p

Monday, July 20, 2009

::Muhasabah Cinta::

Salam, entry ke 100.

This night, dunno why la. Many times i listen to this song. A great song from Edcaustic. Maybe ada yang dah pernah dengar lagu ini. First time aku dengar, terkedu. Great meaning and melody. Sangat best for me~



Here, i put the lyrics of this song. Hope you all faham apa mesej yang ingin disampaikan dalam lagu 'Muhasabah Cinta' ni.

Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dari-Mu

Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff: Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku dengan-Mu

Back to Reff:

P/S : Allah itu indah dan cinta pada keindahan (riwayat Muslim)

::Hijrah dan Cinta::

Salam,
[ Milik Sizuka ]

Hari ini angin Sumatera melanda. Tak tau kenapa rajin nak p tukar background baru untuk blog sizuka manis ni. Dah jemu tengok yang background lama (kot). Lately, emosi terganggu sedikit. Mudah terpedaya. Other words, fool again.
Siang tadi, terasa nak baca buku yang pinjam dari angah. Tajuk dia ' Tentang Cinta'. Lots bout love talking here. Kalau nak explain dalam ini, quite lots! Ringkasnya, cinta itu tidak salah. Memang Allah jadikan cinta itu fitrah dalam hidup manusia. Cuma terletak pada diri kita macam mana kita defined cinta dalam hidup kita. Manusia harus bijak menangani soal cinta. Kita harus tahu Allah dah jadikan manusia itu berpasang-pasangan (lelaki dan perempuan). Hati manusia ini memang rasa ingin dicintai dan mencintai, disayangi dan menyayangi. But, kita perlu tahu cinta juga ada peraturannya. (Bukan jalan raya je ada rules). Seharusnya, cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.
Cukuplah touch bout this topic sikit-sikit. Bukan agensi mencari jodoh here. Cumanya, aku rasa kagum melihat orang yang pandai menjaga hubungan dari awal perkenalan sehingga ke jinjang pelamin dan beranak cucu cicit serta diredhai Allah. So sweet. =)
P/S : Kata hukama, 'Untuk bahagia, cintailah orang yang mencintai kita, bukan mencintai orang yang tidak mencintai kita'.
Related Posts with Thumbnails