:::ORANG-ORANG MANIS:::

Friday, February 19, 2010

::Turkmenistan=Turkmenia, tau ka?::

Salam,

Alhamdulillah. Ada jugak yang sudi teman aku keluar semalam. Hehe. Hilang boring seharian duk kampus ni. Malam-malam memang sunyi la. So, jam pukul 11 je aku dah lightoff. Cuma malam tadi, disebabkan kakak aku yang tiba-tiba datang mengejut ni, ada la geng teman aku semalam. TERstay up plak. Yohaaa~

 TURKMENISTAN. Baru tahu kewujudan negara ni.

Semalam terasa nak ke SOGO. Tapi, takde tujuan pun. Saja nak jalan-jalan. Awat tah. Bajet tak ramai orang guna komuter. Tapi, sangkaan aku meleset gila. Ramai plak dah orang. Tambah-tambah warga asing. Rimas gila kot bau-bau mereka ni. Mau pening jugak kot bau badan orang-orang tu. Mujur aku tak pengsan. Haha. Bukan nak kata aku ni wangi semerbak seharum sesangat. Tapi sendiri mau ingatlah bro..oooww~

Orang dewasa selalu cakap baik-baik kan bila depan budak-budak. Berlakon baik-baik. Walaupun benda tu sebenarnya buruk. Kan? Semalam dalam komuter, ada sepasang couple ni duduk depan aku. Tepi mereka, ada budak-budak kecil pakai baju sekolah ala-ala macam geng Nabila je aku tengok. Riuh bebenor. Bercerita itu ini. Aku pun nak tergelak tengok telatah budak-budak tu. Before sampai KL Sentral, tiba-tiba je couple tadi tu kissing depan budak-budak sekolah tadi. Oh no la! Aku ternampak. Tapi, buat-buat macam tak nampak apa-apa la. Budak-budak sekolah tadi pun dah mula diam-diam.  Sambil tunduk-tunduk. Aish. tak tau la dalam fikiran mereka itu apa yang mereka fikir. Mengong gila kot couple tu. Mujur dah lesap masa kat MidValley. Dalam komuter dah terang-terang letak sign 'no kissing'. Galak gak nak buat. Kalau sayang sangat pon, tak perlu kot tayang satu dunia yang 'Oh, kamilah pasangan paling bahagia kat dunia ni'. EUhhh~  Loya tekak hamba tau~.

P/S : Dah submit segala jenis borang. Lega! Yuhuuu..(erk, bukan borang nikah tau!)

Wednesday, February 17, 2010

::A.L.O.N.E::

Salam,

Dah cukup seminggu aku cuti. Awal dari orang lain. Gedik ambil cuti 2 3 hari awal dari orang lain. Awat tah. Haha. Balik pun awal. Erk. Aku kat kampus dah sekarang. Bosan plak. ;(

Cuti seminggu sudah cukup buat aku betul-betul girang duk rumah. Haha. Tak payah masak, makanan semua sedap-sedap, goyang kaki, tengok tv, main dengan Zaquan, jalan-jalan dengan kak aku..uh..lots! Best! Hilang semua masalah rasa. Enjoy gila. Balik kampus je, waa..pening-pening. Khamis depan ada midsem dah. Tahniah!

Balik cuti hari tu sempat aku p 2 3 buah kenduri kahwin. Meriah betul la orang zaman sekarang kahwin. Plus, segak-segak pengantin sekarang. Berseri-seri. Suka la tengok! Waaaaaaa..macam mana la time aku nanti. tak sabar la nak tunggu nasi minyak kawan-kawan lain! Terutama yang tengah rancak bahagia kini disulam kemanisan tahap 10! Haha.;)

 
Dear my hero:  Zaquan Naim ;)

 
Suka hisap jari masa tido. Habit!

Sok baru Khamis. Then, Jumaat, Sabtu, Ahad. 4 hari aku duk kat kampus tanpa rumet. Aiyo. Sape free, mai teman aku la. Ayuh! :)

P/S : Rasa sakit hati bila baca berita pasal bayi kena bakar dalam tong kat Kuala Krai. Sunggoh takde hati perut langsung la!

Monday, February 8, 2010

::M.O.O.D::

Salam,

Mid exam dah habis. Ada lagi 1 paper. 25 Februari ni. Fuhhh! Kencang jawab law, hancur jawab isu. Susah betul soalan Dr R. Tatau la macam mana yang dikatakan senang oleh beliau.Hoho. Bagi aku, its quite hard. Tatau la kalau member lain rasa senang. Aaa..~

Dah lama tak update blog. Sebab fokus study konon punya pasal. Kalau nak blogging, rasa tak aman selagi belum jawab mid exam. Gila punya jujur perasaan itu datang dari mana pun tatau la. Aaa...last sem ni kena la skor. Jangan main-main lagi. Aku rindu zaman kegemilangan masa sekolah dulu. Tambah-tambah Add Math! Kalau sekarang ni aku leh jawab Isu macam aku jawab Add Math dulu-dulu kala, alangkah....ouhhh~

Khamis ni balik KEDAH. Tak sabar nak jumpa Zaquan Naim. Wah wah wah...~

P/S : Entry ni takde motif. Cuma luahan perasaan gembira tatkala selesai jawab 2 paper exam today. Lega!

Tuesday, February 2, 2010

::Limau Purut::

Salam,


Sebiji limau purut = RM1. Melampau tak? Aa.

Kalau beli 5 biji, dah RM5. Lari bajet aa. RM5 boleh beli Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah tau. Mahal biar berpada-pada. Hidup di kawasan bandar ginilah agaknya. Ouh~ Geleng kepala tak sudah-sudah.

P/S : Isnin depan ada mid exam. (Environment law and Isu Pilihan). Aaaa..nak balik KEDAH!!

Monday, February 1, 2010

::Gopoh Bebenor::

Salam,

Hari ni, masuk hari pertama dalam bulan Februari 2010. Alhamdulillah. Aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah tatkala ini. Walaupun  masih sedih dengan pemergian arwah, tapi aku tahu aku perlu kuat dan hidup perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi. Hari ni, mungkin sesuatu yang agak luar biasa telah berlaku pada aku. Masa aku menjengah ke SHELL pagi tadi, ada pakcik sebelah aku ni. Dia tengah isi minyak. Sambil isi minyak motor dia, sambil tu dia tengok aku. Satu-satu dia tengok aku isi minyak. Aku plak buat-buat tengok orang kat kaunter tu. Tapi, jeling-jeling jugak la kat pakcik ni. Aku bajet dia mungkin baru nak p kerja kot. Umur lebih kurang 50-an. Lepas aku siap isi minyak, tiba-tiba dia bersuara :

"Anak..lain kali jangan gopoh sangat. Nampak anak ni macam kalut sangat. Buat kerja satu-satu la"

"aa? Kalut ke saya pakcik? Aa..biasa je. Mana ada kalut.." balas aku.

"Iye..pakcik nampak anak ni jenis yang kalut. Gopoh sunggoh.."

Muka aku dah pelik dah. Erk. Tang mana la aku nampak kalut ni. Orang leh perasan ke? aa..

Lantas, aku balas..

"Aa..baiklah pakcik. Lepas ni saya tak kalut dah.."

Sebelum aku pergi, sempat aku tanya dia :

"Pakcik..tolong tengok sat tayar motor saya ni. Ada angin tak aa?? Ke kurang angin??"

Pakcik tu pun picit la tayar belakang aku dan dia kata ok. Masih boleh gerak. Sambil sengih-sengih.

"Terima kasih pakcik. Saya ni tau naik motor je, nak cek angin tak reti."..sengih sambil gigit jari.

Pakcik tu pon gelak kat aku dan masing-masing terus gerak. Sampai kat traffic light, dia dok belakang aku je. Hee. Cuak plak rasa.


Masa tengah bawa motor tiba-tiba terasa mahu pergi ke Guardian since shower foam dah nak habis. Means, kalau nak ke Guardian, kena amik roundbout jam 9. Aku cukup risau kalau sampai kat roundbout yang takde traffic light ni. Sebab keta banyak lalu lalang dan aku takut aku langgar kereta orang atau orang yang langgar aku. Aa. fobia katakan.

Aku pecut macam biasa je. 70km/jam. Tapi, bila tengok side mirror, pakcik tu jauh ketinggalan di belakang. Dalam hati, tatau la sama ada aku yang bawa laju atau pakcik tu yang slow. Aaa..Tiba-tiba, tah macam mana ada sebuah kereta depan aku. Dia stop at roundbout sebab nak beri laluan pada kereta dari arah kanan. Aku yang dari tadi mengusha pakcik kat side mirror, tiba-tiba brek mengejut! MasyaAllah..at that time, motor aku sudah ke kanan dan ke kiri. Melelong. Lantaran brek mengejut tiba-tiba. Tayar senget kiri kanan dan mujur nyawa aku masih panjang. Sempat aku belok ke kiri. Means, langgar rumput tanah semua tepi tu. Terkejut gila masa tu. Astaghfirullahala'zim..mengucap panjang tak terkata. Kalau ada kereta belakang aku masa tu, free-free kena langgar. Ya Allah..

P/S : Aku dah lupa muka pakcik tu macam mana. Tapi, dialog dia tadi aku ingat lagi. erk.
Related Posts with Thumbnails