:::ORANG-ORANG MANIS:::

Monday, July 19, 2010

::Convo 10th August 2010::

Salam,

Setelah sekian lama tak blogwalking ke blog IJE, sekarang baru ku tahu dia dah kahwin. Tahniah IJE! Kisah IJE and ALONG masa couple dulu akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Seronok tengok korang! Hee..over lak aku ni. Hmm..IJE ni aku kenal dalam blog je. Best baca blog dia. Tak sangka dah jadi isteri orang sekarang. Makin sweet tengok lepas kahwin ni. Hope kekal bahagia sampai ke syurga kelak =)

Yap! By the way, lately asyik tidur lewat. Now dah 129am, tapi terasa macam 11pm. Cis. Tak sedar diri. Anak dara tak elok tidur lewat, tapi tah. Tertidur lewat jugak. Mata degil tak nak pejam. Lagipun, sekarang ni kan status penumpang. Haha. Budak-budak bilik 112 ni semua tidur lewat sebab sibuk siapkan assignment. Seronok tengok diorang study, p library sama-sama cari buku, buat assignment sesama, run program, perah otak sama-sama..hoho. Good! Tough budak-budak 1st year master ni. Kagum!! =) aku?? lepak sambil online je memanjang. haih. bahagia tol laaa~

Hari ni 19 July. 10 Ogos is my convocation day. Tak rasa excited pon. Sebab tatau sape yang dapat datang masa convo aku nanti. Sound sad rite? uu. Disebabkan 10 Ogos tepat-tepat jatuh hari Selasa and keesokannya maybe hari puasa (1 ramadhan), maka agak sedikit sukar orang yang dah bekerja untuk menghadiri konvoku tahun ni. 1st time kot ku nak naik pentas amik skrol ni. 3 tahun belajar susah senang, tapi tak sampai 5 minit pon berlegar atas pentas. Takpela. janji lulus dengan flying colours. Huhu. =)

my sister's convocation. arwah abah pon masih ada. time aku je arwah abah dah tak sempat. ;(

Congrates all!

P/S : Sape free 10 Ogos 2010 nanti? jemput datang konvo daku =)

Saturday, July 17, 2010

::Sembang Petang::

Salam,

Ya ya ya ya ya~
Tengah sibuk-sibuk online, ada pulak member sekolah lama (again) tegur kat FB. Nick name as JIHA LEE dipertikaikan lagi. Dia bajet ku ada hubungan dengan Lee Chong Wei. Ayayayai. No no no la. Again i said.. JIHA LEE comes from the combination of my name and my late father's name. nor naJIHA ramLEE. ok? hehe. tu la. ngada letak nama aneh-aneh. orang pon fikir macam-macam. ;p

Lately, apsal la ramai sangat kawan-kawan lama datang tegur ku di FB. Hehe. Sounds good rite? But, the bad one when they keep asking me about my personal life. Kawin, boyfriend, tunang, anak...hey! u takde soalan lain ke nak tanya saya? ayayayai..dulu kat sekolah tak pernah cakap pon, kalau ada pon, boleh kira dengan jari je berapa kali bercakap. now dalam fb bukan main lagi. tanya itu tanya ini, ramah bebenor. transformasi betul manusia sekarang ni. kawan-kawan korang yang lain cemana? ada tak yang semakin ramah dalam fb? haha. manusia manusia including me. ;p


sahabat kamceng gila masa kat matrik.

Dalam fb ni, macam-macamlah nak tanya itu ini. Kang sekali jumpa face to face, terdiam seribu bahasa pulak. haha. Petang-petang yang boring macam ni, macam-macam cite borak dengan si rumet Seroja ni. Yuhuuu~ Antara banyak-banyak perkara yang borak tu, satu ayat dia yang aku sangat suka :

" Kalau couple sebab tengok orang lain couple, baik tak payah couple." See?

Ngeh ngeh ngeh. Tatau la napa aku suka. But, it really gives me a great and deep meaning. Kalau borak pasal couple/love sesama manusia ni, buat pening je. Lebih suka hidup macam ni. Kawan-kawan jangan risau. Walaupun ku single, tapi ku tetap bahagia. haha. Sebab kerjaya lebih penting daripada love. Acecececeh.. ;p
Mungkin jua istikharah belum cukup lagi. Tunggu Allah beri petunjuk, sampai seru, insyaAllah..jejaklah daku ke jinjang pelamin bersama yang tersayang ;)

But, for those yang dah berazam nak kahwin tu, cepat-cepatlah. Aku doa korang bahagia selamanya. Jaga hubungan sampai ke akhir hayat. Semoga Allah merahmati korang selalu hendaknya =)

P/S : Bukan senang nak cari pasangan hidup sekarang ni. Macam-macam dugaan. Harap Allah permudahkan segalanya.

::Melaka 16 July 2010::

Salam,

Terasa nak update blog plak malam ni. Jam dah 135am. Mata masih segar. Dunno y. Actually just back from Malacca. Seronok sangat p Melaka walaupun sekejap. Rasa macam nak p sana lagi nanti. ;)

Banyak lagi tempat yang tak p lagi. Maybe semua tu nanti-nanti la kot. If ada rezeki..insyaAllah.


indahnya bermain layang-layang. suka sangat! ;)

ok. dah nak tidur. cuma malam ni terasa kelakar pulak when i got surprising request from my old friend! Not expected at all. Suddenly he come. Just hope he understand what i meant. Long time journey we have to go through ok.

P/S : Semakin hari, terasa seperti makin mengenali perangai manusia yang bergelar kaum Adam ni. Sungguh!

Saturday, July 10, 2010

::UPDATED::

Salam,

Dah lama tak blogwalking. Seronok baca blog some of members yang rajin update blog. Aku rasa macam dah mau pencen je dari blogging ni. Huhu. Dah lama tak merapu gaban kat blog ni. Ilmiah pun takde. Blog kosong je rasa. Hmm..

Now aku kat Kedah. Lastweek turun Bangi. Tak sampai 1 minggu stay there, rasa nak balik je. Sebab bosan dengan keadaan kat sana. Rasa macam banyak masalah je nak sambung belajar ni. Aku pun tak faham dengan diri sendiri. Kesian rasa sebab tak dapat bantu diri sendiri. Susah sangat nak buat keputusan. Istikharah dah buat, but then hati ni kejap rasa nak, kejap rasa tak. Memang dari dulu lagi aku jenis yang susah sangat nak buat keputusan walaupun pernah ambil subjek Kemahiran Membuat Keputusan. Huhu.

Mesti ada yang tak faham dengan apa yang aku merepek ni. Huhu. Pendekkan cerita, sekarang ni aku tak tau sama ada nak sambung master ke tak. Master USM dapat statistik. So, memang dah reject awal-awal sebab tak minat and hairan lah apsal aku minta Maths, but i got Stats. Ehm..UKM dapat Maths. Dapat apa yang aku minta, but then aku sendiri rasa berat nak sambung. Dulu masa apply, saja je apply sebab fikir once dapat, memang nak sambung. Tapi bila dah dapat, looks chaos dengan keadaan yang berlaku. Sebab tu rasa macam malas sangat nak sambung sekarang.

Sekarang..most said sambung. Ada beberapa orang je kata tak yah sebab diorang dalam dunia kerjaya. Memang diorang suh keje. Aku fikir kalau ada offer job depan mata, dah lama aku keje. Erm..cita-cita tinggi melangit, usahanya tak setinggi mana. Memang la..kerja takkan datang bergolek depan mata. Satu je aku fikir...rezeki ada di mana-mana je. So for those yang dah kerja, tahniah la yea. Rezeki korang memang cepat. Semoga Allah merahmati korang selalu di dunia ni.

Kerja atau belajar?? Dua-dua ada baik buruknya bagi aku. Hmm..

P/S : Doakan yang terbaik.

Wednesday, June 30, 2010

::R.I.N.D.U pada SEMUA::

Salam semua,

Alhamdulillah. Masih ada orang yang sudi baca blog ni walaupun dah lama gila-gila tak updated. Huhu. After UPIC programme, aku dan family pergi mengerjakan umrah dari 5 Jun till 19 Jun 2010. Alhamdulillah. Segalanya selamat dan sihat walafiat. Lots of stories there. I went to Istanbul first, then Madinah and lastly Mekah. Just a short story for each places.

ISTANBUL

Tempat-tempat yang menarik here like Blue Mosque, Topkapi Palace, Bosphorus Cruise, Camlica Hill, Grand Bazaar and Spice Bazaar. 1st day and 2nd day boleh la survive menghadap food at Istanbul, but masuk hari ketiga, keempat dan seterusnya..masyaAllah..jenuh nak telan. Quite bad here. Not like Malaysian food. Most of them makan roti, sayur like tomato, timun, carrot plus cuka masam, sup rempah and lastly nasi yang seakan macam pulut rupanya. Uh. Kadang-kadang tengok food diorang pon, kite dah rasa kenyang. Hehe. Itu dari segi food. If dari segi orang-orang Istanbul ni, boys hensem-hensem belaka. Even pakguard sekalipon. Wowow. Kening lebat, hidung mancung, mata biru, kulit putih, uhh..sangat hensem. Tapi mujur takde sape yang ku TERbawa balik ke Malaysia. Hehehe. Girls sume segak-segak. Kulit cerah putih gebu and hidung mancung. But, kalau nak diceritakan tentang ISLAM di sana, from 97% muslims, only 67% yang really muslim. (This fact based on our tourist guide there). I stayed here for 5days.


with Pilot from Ataturk Airport, Istanbul.


sup yang sangat meloyakan tekak. sorry to say, tapi tak lalu. uwu..

foods at Istanbul, sayur belambak-lambak.



at Bosphorus cruise, tudung kerdut 1000 gila-gila.

MADINAH

1st time sampai Madinah, sangat seronok! Dari segi keadaan and facilities there, Madinah sangat selesa. I just stayed for 3 days only here. Sempat masuk Raudah, alhamdulillah. But, now nak masuk Raudah agak sukar sedikit sebab ada pengawal yang jaga di setiap pintu di sana. Terharu and sayu bila sampai di Masjid Nabawi. Masih ingat lagi macam mana keadaan di sana tiap kali nak bersolat. Ada aja ibu-ibu yang berpakaian hitam akan jaga di setiap pintu. Mereka akan cek tiap beg kita. Either bawa handphone or camera, they will take it out. But alhamdulillah segalanya selamat di sana. Cuma my shoes almost lost when i was there. Mujur sempat nampak and orang tu pun letak balik my shoes at rak when she saw me. (ayat tunggang terbalik daa). Then at Madinah also, kami sempat pergi Bukit Terbakar, Bukit Magnet and Kilang Percetakan Al-Quran and ladang kurma [ but this place ku tak sempat pergi sebab kena tinggal..huhu..;(]


at Masjid Nabawi

 
Bukit Terbakar : bukit ni terbakar dengan kuasa Allah. Now apa yang tinggal di sana adalah serpihan batu-batu. Ku sempat memegang beberapa batu di situ. Ada yang ringan and ada yang berat sedikit.

at Bukit Terbakar with my mum


Bukit Magnet : SubhanAllah. Tempat ni sangat menarik perhatianku. Bayangkan bus boleh bergerak sendiri tanpa menekan pedal minyak dan boleh mencapai kelajuan sehingga 130km/j. MasyaAllah. Aku benar-benar kagum. Bayangkan betapa kuatnya tarikan magnet tersebut. Driver hanya perlu control stereng and brek. Tapi jarak perjalanan yang benar-benar kuat tarikan magnet adalah sepanjang 8km.


environment sekeliling Bukit Magnet

Kilang Percetakan AL-Quran : Di sini pulak, ku hanya duduk dalam bus. Sebab orang perempuan tak dibenarkan masuk ke dalam kilang tersebut. Sekadar dapat masuk kedainya sahaja. Tapi kebetulan pada masa tersebut, kedai tu tutup. Si aku just stay dalam bus sahaja. Orang laki yang turun ke kilang tersebut akan mendapat Al-Quran percuma seorang satu. Bestnyer...

MEKAH

Pertama kali ku sampai depan Kaabah. Melihat dengan mata sendiri. Suatu kenangan yang tak dapat dilupakan. Macam tak percaya pon ada. Sebelum ni ku hanya lihat di gambar dan tv, but alhamdulillah aku dapat melihat Kaabah dengan mataku sendiri akhirnya. Syukur sangat. Sampai di Mekah, terus mengerjakan umrah setelah bermiqat di Masjid Bir Ali. Ku tinggal di Mekah selama 7 hari 6 malam. Seronok sangat dapat masuk Masjidil Haram. Macam-macam pengalamanku di sini. Kasut hilang, jumpa ramai kanak-kanak comel, dapat lihat Kaabah dari pandangan atas. Orang sentiasa ramai di sana. Cuaca agak panas di Mekah masa itu. Walaupun kulit jadi kering, tapi itu tak menghalang aku untuk beribadah. Farmasi banyak di sana. Shopping complex pon ada and also KFC. Hohoo.

KFC..see there? surprising sikit plak.

Di Mekah, ku sempat menziarahi Perkuburan Saidatina Maimunah r.a, Maqam Siti Khadijah r.a, Jabal Thur, Jabal Rahmah, Ladang Tenusu Unta and Muzium Purba. Di ladang tenusu unta, aku berpeluang minum susu unta yang fresh gila without heat first. Huhu. Seriau gak nak minum, but tawakal je la. Bayangkan susu yang baru diperah tu kita terus minum. Huhu. Kalau ikut cara yang sepatutnya, susu perlu heat untuk matikan bakteria terlebih dahulu. Di sana, orang Arab Badwi yang mengembala unta. Mereka tak faham English. Hanya tahu Arab. Tapi ku pulak tak pandai sangat cakap Arab. So, serupa ayam itik la kami bercakap. Hoho.

at Jabal Rahmah ;)

susu unta fresh sampai berbuih-buih

Sampai hari terakhir, alhamdulillah aku berpeluang mengerjakan tawaf wida' dengan sempurna. Syukur sangat-sangat. Tapi ditakdirkan ALLAH, di hari terakhir ku di sana, aku terserempak dengan 3 orang jenazah yang sedang diusung. Innalillah..insaf..

Then, back to Malaysia. Kenangan dari awal perjalanan till the end sangat banyak memories. Ramai kenalan yang ku jumpa tak kira tua or muda. Benar kata sesetengah orang, better pergi ke sana sementara masih muda. Percayalah..seronok beribadah dalam keadaan yang sihat. Kalau mampu, ayuh ke sana. InsyaALLAH..doakan yang terbaik supaya ALLAH buka hati dan murahkan rezeki kita untuk ke sana. ;)

P/S : Malas nak upload banyak-banyak. Ada 800+ keping gambar. yuyuyuyu~ (dalam facebook pun ada 40 pics sahaja..ngee)

Related Posts with Thumbnails