:::ORANG-ORANG MANIS:::

Tuesday, July 27, 2010

Ok. Saya terkena lagi!

Salam,

Semalam dalam pukul 5pm lebih, lepak bilik Nisah. Borak macam-macam sambil makan kerepek. Ditemani Wana, memang riuh satu bilik. Hehe. Hp tinggal kat bilik mimi. Balik bilik, tengok-tengok ada misscall from +60125..... Cuak plak rasa. Mana la tau kot-kot urgent call ke. i call back, tapi takde sape angkat. Terus mesej tanya ni sape and minta maaf sebab tak sempat angkat fon. Then, 1st mesej :

" Najiha? Rite?"

reply back. 

"Yup. sape ni?"

Then,

"Secret..."

bla bla bla..layan mesej budak stranger ni. Seronok gak melayan. Haha. Nasib mesej 1sen je. Leh la layan gila-gila. Sebelum ni, kalau ada unknown yang mesej tetiba macam ni, dia kenal kita, but then kita tak kenal dia sapa, rasa malas gila ah nak layan. Selalu buat taktau je. Semalam excited terlebih nak tau sape, layan je la. Siap Pluto, Alien semua keluar. Haha.

Last-last, awal pagi tadi hp dah bunyi-bunyi. From Mr Alien :

"Nak buat pengakuan boleh? ke dah tau sape?"

Oh oh oh Mr Alien ni mesej aku pagi-pagi buta lak. Bila dia bagi mesej :

"Assalamualaikum cik Jiha. Haha..malas dah nak main. penat eden gelak ni haha =p"

Cis. dah agak dah. 

"Fakhrus?"

Suka hati pekena aku. Wat malu jeee tau~

**Fakhrus ni kawan satu pusat tusyen dulu dengan aku. Dia dapat sambung study di Jepun. Tapi ku di UK..M je. Huhu . Now dia balik Malaysia  cuti sebulan. Hobi pekena kawan-kawan bila balik Malaysia. ayayyaii~**

P/S : Ramai betul nak ambil jubah sabtu ni. Uwuuwuwuwu~

Monday, July 26, 2010

::Masing-masing punya rezeki::

Salam,

Pagi ni kerja masuk lewat. Memang dah niat nak masuk lambat. Huhu. Sorry bos. Semua pekerja kat situ jadi ramah tamah lak. Tanya itu ini kat aku. Sebelum ni, asyik buat muka serius je. Tapi saya dah nak tinggalkan korang. Sampai Jumaat ni je kita bertemu. Pastu bye-bye. ;(

Sekarang ni macam-macam event ada kat UKM. Konsert Kami Prihatin apa bagai. Pusanika asyik ramai orang je. Dengan promotion persatuan apa bagai. Memang ramai. Ada muka-muka yang cam muka aku, ada yang muka pelik bila nampak aku. Haha. Junior rajin betul menegur aku. Aih..ada junior yang tegur, tapi aku tak tau pulak dia junior aku. Ayayayyai. Ada jugak yang berkeras kata aku budak 1st year. aih. penat aku bertekak yang aku dah habis belajar. dia tetap kata aku budak 1st year, tak pon 2nd year. I said 'saya dah habis belajar, tunggu konvo." penat ulang ayat yang sama.

Bila hal ini berlaku, tetiba terasa saya begitu muda. Haha .Tapi, bila nampak muda, orang pulak susah nak letak kepercayaan pada diri kita. "eh, boleh ke budak ni buat kerja?" sume nak pandang serong. Aih. see the leg la..erk, bukan nak riak. tapi tak elok la judge orang by physical only. Test la dulu ma..tengok la budak ni pandai bercakap ke tak, confident ke tak. baru la boleh buat evaluation. hmm.

Hari ni, aku gembira dan sedih untuk 2 orang kawan rapat aku kat UKM ni. Sedih sebab dia akan ditinggalkan. Gembira sebab lagi sorang akan bekerja . Seorang meninggalkan lagi seorang. Aku? Hanya mampu merasai apa yang mereka rasa. Memang setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hidup mesti diteruskan. Walaupun jauh di mata, pastikan selalu tetap di hati. =)


masa 1st year. sangat kelakar muka semua kanak-kanak ni.


sedih untuk dia. b strong dear! ;)


gembira untuk kamu. belanja kami semua tau. wajib bila dapat gaji kelak! =)

P/S : Allah Maha Adil. Pasti ada rezeki untuk semua hamba-hambaNya yang berusaha. Cuma cepat atau  lambat je. Yang penting, sob ba ro ;)

Saturday, July 24, 2010

::Tagged by Fathi Adha::

Salam,

mood rajin nak jawab tag. aneh je rasa. maybe sebab bosan barangkali malam ni. haih. Mr Fathi Adha, kini cik Sizuka Manis mahu jawab tag dari kamu since kamu cakap kamu tag saya bukan? hehe. saya bajet tag ini betul la. from ur latest post. Konfius sikit sebab takde pon nama link saya. hihi. layan sudah.

syarat 1 : mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda

ok. i use 'S' which stands for Sizuka ;)

syarat 2 : jawapan tak boleh berulang

ok. tak kisah.

1. Nama anda
SizukaManis ( in blog only) ;p

2. Perkataan 4 huruf
Solo

3. Nama budak laki
Shahrizal Jaafar

4. Nama budak perempuan
Siti Sara

5. Pekerjaan
Super Senior Grape's Farmer. Haha.

6. Warna
So purple ;p

7. Sesuatu yang anda pakai
Selendang

8. Makanan
Sweet Corn

9. Sesuatu yang boleh dijumpai di tandas
Sabun

10. Tempat
Sydney..olahaiii~

11. Alasan bila terlewat.
Sorry gila weyh!

12. Sesuatu yang anda jeritkan
Subhanallah

13. Tajuk filem
Sepi

14. Minuman
Strawberry Milkshake

15. Kumpulan Muzik
Slam

16. Haiwan
Semut

17. Nama jalan
Salah

18. Jenis kereta
Suzuki Swift

19. Mereka yang bakal ditag.
Nobody. senang cita.. hehe

best,
S.I.Z.U.K.A

P/S : mood : agak meluat tengok pasangan couple yang over react at salah satu laman sosial ni. aih. annoying gila sikit. harap cepat-cepatlah sedar diri tu ok. zassssssss~ baik la kawin cepat-cepat. ayayyayaiii~

Friday, July 23, 2010

::20 days more Jiha!::

Salam,

Lagi 20 hari dah nak konvo. Masa tu dapat jumpa semua kawan-kawan satu fac dulu, satu kelas, satu batch, satu kolej. Gembira mungkin. Mungkin juga kurang. Nanti masing-masing akan kepoh bercerita nak tau itu ini. Maklumlah, macam dah lama tak jumpa barangkali. Surely ada banyak benda nak borak. Kalau ada mami jarum, alahai..lagilah meriah gitu. Gosip sana sini sudah tentu. Erm. aku masih feelingless bila talk about convo. ;(



saja nak tayang gambar kek dari Mr Google ;p

Keja part time memang penat. Even part time sekalipun. Bak kata akak satu tempat keje dengan aku, bila dah sebut pasal keja, memang penat. Sume keje penat. Tapi aku fikir at least ada benda aku nak buat sementara tunggu konvo ni. Takkan nak duk melangut je dalam bilik ngadap letop. Mati kutu dibuatnya. Biarlah semua orang nak pandang rendah dengan apa yang aku buat sekarang, janji aku tau apa yang aku buat and aku mau buat. Takde sapa paksa. Yang penting, aku dapat pengalaman  cari duit. Bukan senang. Lainlah kalau jadi anak orang kaya. Mak bapak ada syarikat sendiri. Business sendiri. Kerja dengan parents, macam makan gaji buta pon ada. Erk. Tak bermaksud pada semua yang bergelar anak berada ok. Cuma apa yang nampak dari pandangan mata kasar saje. 

Bila dah makin dewasa ni, aku terfikir kalau kita rasa kitalah orang yang paling susah, sebenarnya ada lagi orang lebih susah dari kita. Kalau kita rasa kitalah orang yang paling senang, ada lagi orang yang lebih senang dari kita. Erm..betul kan. Proven by me. Haha. Ni cakap based on hidup sendiri and hidup orang lain sama.

P/S : Semakin hari, semakin tabah rasanya diri aku ni. Hidup hidup..aih..semangatlah kamu wahai Sizuka!

Wednesday, July 21, 2010

::New day::

Salam,


A very new day for me.
21st July 2010.
Tired, but i'm happy!
Thanks Allah ;)

P/S : Selalu memotivasikan diri sendiri. B strong Sizuka! ;)
Related Posts with Thumbnails