:::ORANG-ORANG MANIS:::

Saturday, August 21, 2010

::tulang makin rapuh::

Salam,

Tulang makin kerap bunyi sekarang.
Rasa macam kena banyak minum susu
But sadly, aku tak suka minum susu
Staff dah tegur bunyi tulang ni.
Mereka tak percaya
Sedikit kagum plak kelihatan di muka mereka
Aku yang geleng kepala taktau nak jawab apa
Dah penat repeat story benda yang sama


Hari ni aku ditinggalkan keseorangan dalam bahagian management
Manager suruh aku buat kerja sorang-sorang and handle staff
Kebetulan stok sampai petang tadi
Kelam kabut aku dibuatnya
Rasa macam nak nangis pon ada
Aku kan cepat panik dan kalut semacam ja kan
Tak tau la apa nak jadi esok
Takut woo bos marah tak tentu hala
Mai pulak dia badmood
Mati aku sok
Tapi consider la
Pekerja baru memang banyak benda nak kena belajar
I'm not robotic
Bukan pendrive
Bukan boleh absorb semua benda dalam satu masa
I'm human being..NORMAL..
It would take time to learn and expert on all these things
Fuhhh~

Dugaan hari ni
Menakutkan jantung aku
Harap sangat esok semuanya ok
Macam tak leh tido pulak malam ni rasanya
haihh~

P/S : Life cycle has changed!

Tuesday, August 17, 2010

::New post di bulan puasa::

Salam,

Hari ni baru ada kesempatan nak update blog. Lots to story, but biasalah..bila dah buka page NEW POST, terus blur nak tulis apa. Dah masuk hari ke-8 aku kerja. Balik dari cuti konvo hari tu, banyak gila perkara baru yang aku belajar. Especially bab paper work. Macam nak gila. Penat. Satu satu masuk dalam otak. Semua kena tau. Itu. Ini. Tapi alhamdulilah, dalam tempoh ni, aku dah boleh handle sikit-sikit, cuma kurang confident. Sebab takut silap buat. Huhu. Biasalah..orang baru memang kena banyak diberi tunjuk ajar. =)

Staff semua ok. Ada yang muda dari aku. panggil KAK JIHA. haha. pelik sikit sebab mereka semua besar-besar dan tinggi tinggi dari aku. Huhu. Manager so far ok. But sometime kalau apa yang dia suruh kita buat, tapi kita tak buat..memang kita cari nahas la tu. So aku dah paham la sikit-sikit perangai manager aku ni. Hehe. Assistant lak lagi sempoi. Kelakar. Gelong pon ada kadang-kadang. Haha. Kecoh kalau kerja dengan dia.

Pendek kata, kerja seronok, tapi penat. Same goes to learning process. Study seronok, tapi penat. Satu je aku suka kat tempat kerja sekarang, dekat dengan rumah. So, sahur memang dapat la sahur kat rumah. tak yah fikir nak masak atau nak makan apa. Sume mak dah masak. Hehe. Kalau kerja pagi, memang buka pose kat rumah la. tapi kalau kerja petang, buka puasa kat tempat kerja la. Nanti raya pon kena kerja. huhu. tatau la rasa apa. raya ke4 or ke5 baru aku cuti. huhu. nasib dekat dengan umah. =)

Nak tunjuk 1 gambar je ni..



Tadaaa~~~~~~~~~~~~~




Congrates all! masing-masing dah bawa haluan masing-masing. Hope success always on your side, friends!


Konvo day hari tu sangat seronok! Seronok teramat sangat! Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar =)

P/S : Tak sabar nak tunggu hari Khamis ni. [wink*wink]

Friday, August 6, 2010

::Friday 06 Ogos 2010::

Salam,

1st day kerja. Shift pagi. Masuk 830am. Balik 530pm.
Hari ni tak banyak sangat lagi kerja. Kenal staff, kenal department, kenal barang jualan kat store.
Ramah mesra dengan customer.

and..1 more..

kena belajar mekap. ouh, menci. geli geli. malas la mekap-mekap ni. tak reti.

teruk kan perempuan ni. haha. yala. minah rempit mana reti mekap-mekap

P/S : 3 alat mekap pun dah nak cecah RM100. pheww~

Thursday, August 5, 2010

::Mulanya Di Sini::

Salam,

Pilihan yang datang. Dua-dua aku suka. Tapi masa sangat singkat untuk aku buat pilihan. At last, i choose MT. I have my own reason why i choose this. For those friends yang support me dalam FB, i appreciate your advices. Really appreciate! Thanks. ;)

Sok bermula hari baru untuk aku. Semoga Allah memberkati jalan yang ku pilih ini ;)

Dah lama idam nak keje kat tempat ni. Tak sangka dapat jugak akhirnya. Alhamdulillah.

P/S : Isnin, Selasa, Rabu depan cuti sebab konvo. Selamat dapat, yeay!~

Tuesday, August 3, 2010

::Hampir Dipinang::

Salam,

Heh. Kejutan pagi semalam. Terkesima. Heh. Ini kisah benar ya. Bukan main-main.

Kawan sekolah lama merangkap jiran satu kampung. "Jauh"nya dari rumah si gadis. Nasib family sana tak datang lagi. Parents si jejaka dah beria-ia nak hantar rombongan. Tapi si jejaka tak berani izinkan. Takut si gadis ada calon pilihan lain. Hoo. Nasib baik si jejaka berfikiran begitu. Selamat si gadis~



Si gadis muda lagi. Tak terfikir pun ada makcik-makcik usha dari jauh. Siap list dalam top bakal menantu lagi. Aih. Dup dap dup dap jantung si gadis bila tahu akan hal semua ni. Segalanya diperhatikan selama ni. Tanpa disedari. Tak sangka~

Ciri-ciri pilihan lelaki idaman si gadis ni seboleh-bolehnya :

1) Beriman. jaga solat, puasa semua. pandai bagi nasihat berlandaskan Islam.
2) Sedap mata memandang bagi pandangan si gadis. Orang lain kata tak hensem, tapi bagi si gadis hensem. cukuplah~
3) Bekerjaya. senang nak sara hidup si gadis nanti. ada 2 kunci ( rumah, kereta) pun alhamdulilah~
4) Hormat orang tua, bertanggungjawab dan penyayang.

Semua orang nakkan yang terbaik kan? Uwu. mana ada orang nak bini/laki jahat. Sejahat-jahat laki yang suka flirt ni pun last-last cari pompuan yang baik-baik gak. Heh. Based on pengalaman orang lain la.

Apapun, berdoalah yang terbaik. Sesungguhnya perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.

P/S : Lately, kat umah selalu ada usrah JODOH by mother. ohhh~
Related Posts with Thumbnails