:::ORANG-ORANG MANIS:::

Thursday, October 14, 2010

::enjoy lagi!::

Salam,

Blog ni kena block ke? Sebab ada orang cakap tak boleh buka blog ni. "This blog will harmful your computer". Napa jadi macam ni plak. Patotlah aku rasa macam aku syok sendiri buat entry lepas. Haha. whatever.!

Now, ada blog, or takde blog, sama je. Update or tak, takde kisah dah pon. Dulu masa time belajar, selalu je update blog. Dulu-dulu punya zaman. Haha Tension belajar, buang masa update blog and rasa satisfied bila dah update cerita itu cerita ini! Haha. Gelong je rasa.

Now, time kerja, tak sama dengan belajar. tapi, tahap ketensionan lebih kurang je. Huhu. Kalau masa belajar, time exam la paling tension. sebab nak kena buat revision. Study pulun gila. Sebab nak skor kaw-kaw. Now bila dah kerja, perasaan tension tu timbul bila kerja terlalu banyak sampai tak dapat siap, pastu siap tekanan lagi dari bos, pastu kalau ada buat salah plak, pastu bila ada shortages or excesses, staff buat hal lagi! Kalau semua tu datang serentak, memang aku tension gila-gila sampai rasa macam nak nangis je! huh. tapi watpe nangis? buang masa je. no solution at all. maybe cuma rasa puas je!

Semalam, memang tension gila-gila. Fail tak siap updated, pastu bos call remind pasal void credict card, pastu email lak problem, pastu barang x-dock lak sampai, customer ramai, management yang lain semua dah balik! macam nak gila je semalam. but try my best as well. balik kerja, memang rasa lembik je. tapi bila ingat nak makan sushi hari ni, semangat sikit. hoho. tak leh biar badan lemah sangat. tak larat pon buat larat je. sebab today rest day for me! yezzaaa!


last day offer makan dengan member sushi king ni


Sainarian in <3

Kalau rest day, memang selalu kuar dengan geng-geng ni. Huhu. Susah nak lekat kat rumah. Sebab bosan gila duk rumah kalau cuti. Bila keluar dengan member-member, hilang la sikit bosan tu. Happy pon happy :D

P/S : Esok BOS BESAR lagi nak mai. Aih Mr Teoh yang comel, semoga ZTL checklist M154 lebih baik pada bulan ini yea :)

Tuesday, October 12, 2010

::tak tau la apa kena telinga ni::

Salam,

Minggu lepas, memang 'pekak' betul la rasa. Orang cakap lain, aku dengar lain. Tah le. Tiap-tiap hari cuci telinga, mustahil la tak dengar sedahsyat-dahsyatnya. Huu..

Well, nak dijadikan cerita, malam tu ada sorang customer ni, lelaki tengah dukung baby. melilau dekat floor. so, just usha je la. anak dia comel! hehe. usha anak saja ok, not bapak. :D
time aku tengah jalan nak ke backroom, tetiba dia tegur.

"dik, nak tanya ni..ada jual panadol tak?"

aku balas balik.."aaa..apa? mende pe cik?"

he said back " panadol "

haa...ape?? aku tanya lagi.

"panadol " dia balas lagi.

aku jawab dengan lantangnya.."hah! dadah????!!!"

gelak besaq orang tu depan aku. masyaAllah..malu gila la. merah muka. apsal la pekak sangat tah malam tu. haha. buat malu je.

tak tau la something wrong apa aku malam tu. haha. bila ingat balik, memang kelakar je.

Lepas sudah sesi gelak menggelak ni, dia tanya aku lagi. tanya kedudukan rumah kat mana. aih..satu-satu dia tanya, semua betul! aiyo..means, dia tau  umah aku kat mana la. memalukan lagi. yeuww!

Malam tu memang malu besaq la. Aish..sumpah kalau nampak lagi muka dia kat mana-mana, cepat-cepat aku lari. Mim Alif Lam Wau.

P/S : Dah habis claim hours! Lega.~

Monday, October 11, 2010

::work..work..work::

Salam,

Dah 2 minggu tak update blog. Ada yang riuh-riuh suruh update. Thanks dear for concern about SIZUKA MANIS' blog. Ahaks~

yer, saya dah lama tak update. last updated on 24th Sept 2010. today dah masuk 11 october dah. well, lots happened. But, no need to story all la kan. Nanti kalau beli stokin pun nak cerita, haru la kan. Haha.

Life kerja just ok ok aje. Not heavy tension so far. But, esok ada mgmt baru akan masuk. We'll see. so, bila dah ada 4 orang mgmt, lega la sikit. Kalau satu shift pun berdua, takde la kelam kabut sangat. And kerja pun reduce la sikit kan. hehe. Tapi, bos kata dia macam berkira sikit kalau bab kerja ni. Kerja dalam retailer field takdenya nak balik awal selalu. Kalau dapat balik awal, kira bertuah la. Selalu kerja lebih masa. Sigh!

Jumaat lepas, i went to Taiping. Watsons TEsco Taiping. Ada assessment dengan area trainer. Hu..really terrible la. Kena brainwash saja. Haha. In terms of attitude. Yerla, susah lah nak marah orang ni. Unless kalau betul-betul rasa marah, memang hangin la aku marah. Tapi, sekarang ni probs ku dari segi tegur menegur satff yang mengada-ngada sampai nak pijak kepala. Ha..dah 2bulan kerja. Maybe salah sendiri jugak. sebab selama ni asyik baik sangat dengan staff. Baik tak bertempat. So, once diorang buat salah, memang la tergeliat lidah nak negurnya. Ye dok? but sabtu lepas, aku dah sound tepek sorang staff ni. Disebabkan menipu absent and sanggup 'beli' MC dari klinik luar, memang kena sound habis la. Bos pun push aku suh marah dia. haa..challenging betul nak marah orang ni. Tapi, kemarahan aku tak sehebat bos aku la. Bos aku kalau marah lagi hebat kaw-kaw punya. ZAssSS~

Asyik cite pasal kerja je kan. Nanti aku update cite lain pulak yea. Hihi.
Now nak p bersiap. Hari ni masuk awal kerja, Claim hours sebab semalam aku masuk kerja lambat coz ada hal emergency. Bye readers! :)

P/S : dah claim janji dengan zeida comey. hihi. :)

Friday, September 24, 2010

::2 Questions::

Dah masuk 15 Syawal. Kejap je kan. Bersamaan 24 September. Next month is the day. Huu..makin berusia nampak. Well, tak sabar tunggu ahad ni. Rest day!

Its too idiot kan bila kita sendiri tak berusaha untuk tak nak bagi orang lain lukakan hati kita balik. I feel too idiot when talking bout this. Coz i hate that. I hate him. And i know what he did to me, he will get back. Most people said what u gives, u get back. Even he is not failure in terms of love, heart or feelings whatever, but his studies will going down. I know that~ it looks like revenge rite?? :D

Anyway, bila dah kerja ni, rasa malas nak sambung belajar. Betul kata orang. And now i feel the same thing. Uwuw..readers yang mengenali saya, please dont scold me. Haha. Erm..tahla. Thats what i feel now. Rasa seronok kerja walaupun kadang-kadang rasa malas gila nak p kerja. Belajar seronok, tapi bila time exam..huu..macam nak gila je. Huuhu. stay up takmo mo.~ And now i'm too tired to answer these 2 killer questions :

1 ) Apa plan lepas ni? sambung master tak?
2 ) Bila nak makan nasi minyak? :D

Eiii...i baru 21. Too young. and always look young. Haha. Malas nak menjawab. So, the best answer are :

1 ) erm...tak tau lagi. tengok la keadaan macam mana nanti.
2 ) tunggu seru. insyaAllah..:)

Killer question, but simple answer. Haha. :)

P/S : Semalam mimpi kawan-kawan kat UKM. Ternyata aku rindu korang semua! nak p Bangi~~~ :)

Tuesday, September 14, 2010

::RD during Syawal 1431H::

Salam,

Lama tak update.Yes! itu ayat intro bila dah lama tak update blog. well,,raya sebulan rite? tak terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN untuk semua readers blog SIZUKA MANIS yang dah kurang aktif ni. Kurang giat berblogging sebab kerja. Acceptable?? :D

Lots to story, but no time and no idea to write. Dari hari raya pertama till raya keempat kena kerja. Macam nak lembik satu badan. Besar tanggungjawab. Management lain sume cuti. Seronooknya mereka, kesiannya saya. Well, sume dah lepas. And alhamdulillah i can manage well. Thanks to all my staff. 1st time kita semua beraya kat tempat kerja.

 with staff on 1st Syawal 1431H

 with Sis Mami and Sis Fong

Hari ni baru dapat beraya dengan member-member. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan jumpa cikgu-cikgu sekolah rendah dulu. Jumpa kawan-kawan. But biasalah bila dah lama tak jumpa, for sure banyak benda yang ditanya dan kena jawab. Bosanlah. tambah-tambah bila part pasangan hidup. Helo,,i'm still young. Don't push like saya ni macam dah tahap andartu plak. So annoying ok.

 with teachers at primary school

I just wish to become a good wife, not good girlfriend. Please people, hope u understand what i mean. :)

P/S : sangat menyakitkan hati bila dimarahi atas perkara yang betul. I mark ur face sir forever!!
Related Posts with Thumbnails