:::ORANG-ORANG MANIS:::

Thursday, December 31, 2009

::3112::

Salam,

Pagi ini aku bangun agak lambat since tido balik lepas Subuh. Kepala aku rasa berat gila. Pening. Plus, mimpi banyak gila. Bersambung-sambung lak tu. But, most mimpi pasal kaum kerabat dan kawan-kawan. Tapi, bangun pagi ni, aku dah lupa kesemuanya. Haha. Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2009. And, also hari lahir arwah abah aku. 31 Disember. Ya ya. Sudah 5 tahun aku takde abah. Means, sudah 5 tahun juga aku tak wish happy birthday buat beliau. Mula-mula, sunggoh la rasa ralat bila dah takde abah. Tengok orang wish happy birthday kat ayah masing-masing, ada kalanya aku jeles. Namun, aku redha atas apa yang berlaku dalam hidup aku. Mungkin Allah lebih sayangkan arwah abah. Jadi, aku harus kuat. Selalu tabah! SInce dari aku form 5 lagi, aku dah banyak belajar untuk independent dan manage diri sendiri. Selalu orang cakap anak bongsu ni manja bukan? Tapi, aku sebaliknya. Agaga.

Walaupun aku ada ayah angkat, tapi takkan sama macam ada abah. Tapi, aku bahagia dan bersyukur coz ayah angkat aku sangat baik. Andai abah masih hidup, cuma ini yang aku nak cakapkan.

"Selamat Hari Lahir Abah. Nobody can replace you. I love you~"

P/S : Seakan sebak lak masa tulis entry ni. Ouh, b strong dear!! Allah loves you (^_^)

Tuesday, December 29, 2009

::Jenguk-jenguk Azam::

Salam,

Lagi 2 hari akan masuk tahun baru. 2010. Bererti usia kita makin bertambah dan tanggungjawab makin berat. Selalunya, bila masuk tahun baru, orang akan tanya :

"Apa azam tahun baru?"
"Capai dekan?"
"Beli laptop baru?"
" Beli hp baru?"
"Stop kutuk orang?"
" Lepak library selalu?"
"Tukar kereta?"

or...whatever. Ya. Sama macam aku. Tiap-tiap tahun selalunya berazam, tapi bila dah masuk pertengahan tahun , dah lupa dah apa yang diazamkan. Hehe. Masuk hujung tahun balik, mula tanam azam. Oh, sunggoh tak patut lah untuk aku berazam pada setiap tahun nampak gayanya kalau rotation ini yang sering berlaku. Bukan? Sedarlah sikit wahai kamu. Usia dah masuk 20-an. Tapi, perangai masih macam budak-budak. Maklumlah, tengok muka pon orang kata aku budak form 1. Sangatlah tak patut. Itu budak sangatlah kan. Ok la. Stop. [TERbebel lak]



Kalau nak diikutkan, memang banyak yang aku berazam. Bukan berangan ok? Sebab berazam lebih mendorong aku untuk berusaha mencapainya. Hihi. Berfalsafah la pulak. Azam yang paling penting sekarang buat aku adalah capai the best CGPA! Tinggal 1 sem sahaja untuk aku PULUN betul-betul demi memastikan mak aku senyum dengan GEMBIRA dan BAHAGIAnya. Oh, masa. Cepatlah berlalu! Dan juga, dalam masa aku masih bergelar STUDENT ini, aku juga mahu jadi seperti cik Tinta Hati, cik Nisah dan Fakhrul Islami. [Don't want in a relationship with anyone right now, biarlah berstatus 'single'(itu mereka) or 'it's complicated' (ini aku) kerna..]

P/S : Tahniah buat Cikgu Adham kerna baru saja menamatkan zaman bujang pada 26 Disember 2009 yang lepas. Selamat pengantin baru ya. Moga bahagia selalu sehingga ke akhir hayat.

PP/S : Kes ragut kat MidValley masih tak berkesudahan. Ikuti blog Fathi Adha.

Monday, December 28, 2009

::Makin Buang Masa::

Salam,

***Entry ini agak beremosi sedikit ya. Tak banyak. Taknak baca pon takpe***

Since hati aku tengah panas sebab internet yang sangatlah lembap malam ni, plus dengan sikap MALAS aku lately, plus dengan OTAK yang blur malam ni..aku rasa nak ketuk-ketuk ja kepala ni dengan hammer. Uh. Mampukah? Nak buka smpweb pun terkedek-kedek, blog ok pulak. Uh. Time aku nak cek hutang, cek kursus dan cek jadual, semuanya jadi gedik-gedik lambat.

So, terapi yang hebat untuk aku adalah dengan mengklik gambar lama-lama one by one. Tengok gambar family, kawan lama + kawan baru. Tengok video masa abang kahwin dan masa raya, sudah cukup buat aku tersenyum riang balik sorang-sorang. Haha. Seakan sewel lak sem ni. Plus, TESIS terhebat sem ni. Semuanya jadi serba tak kena bila teringat word ni. T.E.S.I.S. Cukoplah!

Lately, my friend told me about my old friend's result. Uh. Syukur. Aku berjaya mengatasi kamu eventhough kita bukan belajar di universiti yang sama and not taking the same course. Namun, aku lega. Since kau asyik bangga sangat dengan result kau before this, aku rasa agak terhina. Takpe. Aku tabah dan tekun berusaha. Dan akhirnya, aku berjaya mendapat result yang lebih cemerlang dari kau. Syukur tak terkata. Disebabkan sikap kau yang agak BANGGA sedikit tu, mungkin berguna untuk aku sebab telah berjaya buat aku makin gigih nak fight dengan kau. Mujur kau tak ambil medic kan? Kalau tak, aku pun tak hingin nak compare result aku dengan kau. ;p

Mungkin entry ini agak kasar bukan? Takpe. Dah habis baca dah pun.

P/S : Terkedu bila baca berita accident lately. Plus, lemas dan buang bayi. Saya rasa sedih satu macam. Dan terdiam. Fikir dalam-dalam. Bagaimana ajal saya kelak?

Sunday, December 27, 2009

::Uh, BOSAN!::

Salam,

Hari ni gila la punya bosan. Lost direction! Banyak kali mengeluh today. Uh, tak baiknya. Lepas Zohor tadi, ingat nak pergi library. Nak cari bahan. Sampai di library, kaunter fotostat journal tutup. Kat luar, dah dengar bunyi guruh. Tanda nak hujan. Aku kalut-kalut start motor dan balik kolej. Sebab teringat jeans and baju di ampaian. Sampai di kolej, panas terik heck! MasyaAllah, tensen betul saya.


Kelmarin, kawan baik aku bertunang. Tahniah buat Nor Hasnah Yusoff dan Muhammad Asyraf Mukhlis. Mereka berdua sebaya aku. Kawan dari sekolah menengah lagi dan akhirnya terikat jua tali pertunangan. Excited tengok orang tunang awal-awal ni. Terasa mau tunang gak la. Haha. Sengal. Apa kau ingat tunang ni macam beli karipap ka sizuka? Hoo..kursus kahwin pun belum pergi. Dah berangan nak tunang. Aishh~ [putus fius]

Hari ini disebabkan BOSAN amat sangat, aku telah menukar background blog. Serius dah malas nak choose. Pakai ambil ni je. Tiada motif. Geli pula saya tengok pink dot dot dot ni. Haha.

P/S : Bila la duit JPA nak masuk ni. Tabah dan sabar saya tunggu kamu tau!

Saturday, December 26, 2009

::Ouh..touching!::

Salam,

Today i'm happy! *Wink wink* ( even saya hanya menang 1 game for boling tadi). Uh. Disebabkan penyokong-penyokong saya yang kelihatan sedikit malas menyokong saya, segalanya berubah. Dan skor untuk game hari ni tidaklah begitu seronok untuk ditatap senantiasa! Iek..tak puas hati betul kenapa hari ini tak dapat mengalahkan beliau. Takpe. Next time kita lawan lagi. Nantikan rampasan juara mahkota yang bersejarah kelak! ;) [Waduh, semangat!]

Tadi sempat baca beberapa entry dalam blog UNCLE. And entry MENYESAL and it was so touching for me. Terkesima jugak. The song is very nice. Aku repeat dengar almost 100 kali. Haha. Ulang ulang dan ulang sampai aku naik bosan. Baru tutup. Terima kasih.

Siang tadi aku sempat makan di Haji Samsuri Sate Kajang. Sekarang condition di sana kurang memuaskan. Quite kotor dan now kena pergi kaunter, order, bayar dan duduk. Nanti makanan akan dihantar. Tempat yang ada aircond telah ditutup. Surau perempuan agak kotor dan yang paling sedih, telekung hanya ada SATU! owowow..sabar bergilir-gilir since masing-masing 3 dara pingitan ni tak bawa telekung. And aku rasa ni kali last kot aku makan di situ. ;(

"Bila cinta tak lagi untukku,
Bila hati tak lagi padaku,
.......
.............
.........................

Terkadang ku menyesal,
Mengapa ku kenalkan dia padamu."

P/S : SNOWMEN saya mana tah. TESIS ke mana tah. PENING~



Related Posts with Thumbnails