:::ORANG-ORANG MANIS:::

Saturday, October 30, 2010

::Love Sign::

Salam,



Sebelum tido, bangun tido, asyik terfikir orang yang sama. Gila. Sekeh sekeh. Tak suka tol dilanda perasaan macam ni. Tapi, human being kan. Tak leh lari dari perasaan macam ni. Mungkin dah sampai masa nak tut tut tut. haha. Sengal. Sekeh lagi.

Minggu lepas, aku baru je p workshop. Tukar lampu. Semalam, aku p lagi. Cis. Belasah cina tu baru tau. Cekik duit orang je tau. Mende la AEA ni manja sangat. Malas nak layan sangat, tapi nanti orang putih belang hitam tahan aku. Naya je.

Aku rasa lain kali nak p workshop, kena bawa orang laki la buat peneman. Tapi kena bawa yang tau selok belok moto ni. Sekali dia taktau apa-apa, penat je bawa. Bila bawa laki ni, rasa safety sikit. Apek nak kelentong aku pon gagap nanti. Wahai lelaki bertuah, mana anda? Mana? Abah aku dah takde nak tolong. Abang aku pulak duduk jauh. Sian aku kan. Erm..b strong! strong! dugaan ni. Sepatutnya aku yang kena provide diri dengan ilmu selok belok moto ni. Ye dok? aih..Jiha Jiha. Manja apa la. ceyh!

Kalau dalam sebulan, 4 kali p workshop. Papui la aku.

P/S : Bila la dapat memandu dengan bergaya bersama lesen agung ni.

Thursday, October 28, 2010

::24 Oktober 2010 dah lepas daaaa::

Salam,

Dah lepas dah 24 oktober. Kejap je. Kalau tiap-tiap hari adalah 24 Oktober, bahagialah saya! Tapi tak berkembang la ea hidup ni. Haha. Sekeh. 24 Oktober 2010 lepas tarikh paling bahagia kot sebab asyik tersenyum lebar je sepanjang hari. Mak ada buat jamuan makan sikit, ajak member-member, ada yang dapat datang, ada yang tak. Sadly, yang dapat datang tu semuanya boys. Mati kutu aku. Girls sume bagi alasan tak dapat datang. Sedih tau..huuu..sob sob. Geng-geng yang datang 8 orang semua. Pakcik makcik maklong pon datang. Meriah tu adalah sikit..sebab geng ni memang hingar pon. Haha. Tapi tak semeriah masa sambut besday tahun 2002 dulu.

Tahun lepas, 24 Oktober 2009, besday disambut oleh kawan-kawan kat PTSL, UKM. Haha. Bukan main rancak lagi. Siap ada unknown person hantar KFC kat meja aku. Glamour la kejap kan. Terasa ada secret admire mengenali. Haha. Tapi itu tahun lepas. Tahun ni biasa je. But, very meaningful to me :)

Takde gambar nak show here. Gambar masa kecik-kecik sambut besday ada la..ahaha!

kembung pipi tiup lilin. itu masa kecik. besar-besar dah takde dah lilin :D

Wish besday kali ni , moga-moga dapat bertemu dengan Mr R. Tak sabar gak nak tau sapa. Huhu. Ya Allah, bagilah petunjuk..:)

Thanks pada kawan-kawan yang wish kat wall FB, yang hantar mesej dan yang call i. Sweetlah! Bila dah besar, rasa-rasa lagi best dok celebrate besday. Hahaha :D


P/S : Kenapa selalu rasa happy bila tengok dia online. Aihhh..please la. Jangan angau!

Saturday, October 23, 2010

::Dalam Diam::

Salam,

Seronoknya kalau terus kenal dengan lelaki yang benar-benar husband kita kan?? Direct je hidup ni. Terus jumpa yang benar. Kalau la dia tu memang ditakdirkan untuk temani hidup ini..alangkah.. thanks Allah :)

P/S : Dah lama tak jiwang. Memang manislah bercinta lepas kahwin! Seakan dapat merasa perasaan itu. Agaga..gelong dah~

Friday, October 22, 2010

::Selamat dah::

Salam,

Yeay! Dah tiba hari untuk aku rest. Suka gila aih kalau cuti. Tapi, cuti pon tetap fikir pasal kerja kadang-kadang. Selalu macam tu. Balik kerja pon terfikir lagi pe benda kerja yang tak settle lagi. Selalu macam tu. Selalu lah..sebab tu saya selalu serabut! Padan muka diri sendiri :D

Hari ni masuk kali ke-4 aku p Taiping. The same place again. Jumpa orang yang sama again. Team boys memang keloroh la depa ni. Suka main-main. Tak serius langsung masa training. Camna la nak coach others.

Aih..ada tugas berat mulai minggu depan. Segala jenis report kena hantar. Yang pasti Isnin dan Jumaat memang ku tak leh dapat holiday. Aih..cuti weekend pon bagus gak, bos! :)

Kisah lama dalam entry lepas dah settle. And ditakdirkan hari ni aku dah bersua muka dengan pihak security. Thanks En Sham sebab tumpangkan saya ke Taiping terus tadi and tak bagi warning letter. Syukur! :)

P/S : Semakin berhati-hati and aim weird bila tengok lelaki cina yang seakan suspek pada hari kejadian lepas.

Friday, October 15, 2010

::Benda dah jadi::

Salam,

Eeeii! What happened ni. Uh. Pas bagi salam, terus nak marah-marah kan. Hah, apa la. Ya, tak terkata sekarang ni. Apa patot yang kena buat dan apa yang akan berlaku esok. Segalanya Allah yang tahu. Aku pasrah. Kena warning letter pon, redha je la. Apa boleh buat. Benda dah berlaku.

Well, semalam kan aku rest. Hari ni bila pergi kerja, bos review cctv 1 day before aku rest. Malam tu aku yang duty with 3 staffs. Ada orang masuk office. Sebab salah aku jugak. Tak tutup pintu and tak care dengan customer. Sibuk buat kerja sampai security pon terabai. Bila review cctv, rasa macam tak caya ada orang seberani macam tu sekali. 2 kali dia intai dalam kedai. Cara dia intai sangat menakutkan. Sampai sekarang aku terbayang. Bukan setakat 2 handphone dia dapat amik, olay total effects pon dia amik. Sedangkan dia selamba je keluar kedai and memang pedestal ada bunyi. Siap lalu sebelah aku lagi. Tapi, just ignore sebab rasa maybe cashier yang lupa nak matikan sensor. Tak sangka laki tu dapat keluar masuk kedai dengan mudah. Lepas ni, tinggi kebarangkalian dia akan datang balik. Maybe bawa geng ke. Who knows. Tapi, minta simpang la. Ya Allah, selamatkan kami semua.

Esok nak kena p balai. Buat polis report. Memang malam ni aku tido tak lena la. Semalam pon sama. Ya Allah, ujian berat ni. Mampu ke aku ni nak tanggung semua. Celaru!

P/S : Thats why i need 'penyembur lada' readers! =)
welcome to my blog for new followers. thanks follow my blog =)
Related Posts with Thumbnails