:::ORANG-ORANG MANIS:::

Tuesday, July 14, 2009

::Pelajaran Baru::

Salam,
Baru 3 hari aku tak update blog. Rasa nak cerita je pe yang berlaku kat aku since Saturday ago. But, no need la. Bukan orang nak tau pun kan. Ngeh2~ Anyway, dah lama aku tak masukkan bahan berilmiah dalam blog aku ini. Since dah 2 hari FST mengadakan Hari Terbuka, aku dapat belajar banyak benda dan of course dapat kenal dan jumpa ramai orang! Huhu. Kali ini aku nak sharing something new yang aku baru belajar kelmarin. Seronok tapi harus sabar+teliti. Guess what??

*************TAADDDDDDDDAAAAAAAAAAAAAA*****************

Aha! This is what we called 'origami'. Macam-macam bentuk kita boleh buat. Since dah ini program under Pusat Pengajian Sains Matematik(PPSM), so aku belajar buat bentuk yang ada bucu dan kiub. Seriously memang senang je! Tapi, kalau tengah-tengah tension, baik tak payah buat. Nanti lagi bertambah tension tau. Hoho~

Kat sini, aku cerita sikit cara-cara nak buat origami ni.

1. Untuk bentuk yang kecil, kena sediakan paper berukuran 5x5 cm.

2. Lipat dua (bertemu sisi) kertas tadi dan lipat ke tengah garisan yang telah terbentuk.

3. Lipat hujung bucu di sebelah kanan bawah dan lipat ke dalam. Lipat juga untuk bucu yang bertentangan.

4. Lipat kedua-dua sisi ke tengah.

5. Lipat bucu kiri di sebelah bawah ke dalam dan selitkan lipatan tadi ke dalam sisi bersebelahan.

6. Buat juga untuk bucu kanan di sebelah atas.

7. Alihkan lipatan tadi ke posisi belakang dan lipat membentuk segi tiga.

8. Lipatan terhasil seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah. Untuk menghasilkan kiub, anda perlu lipat kertas tadi dengan menggunakan cara yang sama sebanyak 6 kali. Bagi bentuk 12 bucu, anda perlukan melipat sebanyak 12 kali.

9. 12 lipatan yang terhasil.

10. Sekarang, kita perlu cantumkan kertas tadi satu demi satu. Caranya, masukkan hujung bucu ke dalam ruang yang ada pada kertas yang satu lagi.

11. Setiap bucu yang terhasil memerlukan 3 helai kertas hasil lipatan. Anda perlu cantumkan kesemua hasil lipatan tadi dan akhirnya..

12. Origami terhasil.

'Selamat Mencuba!'

**************************************************************************

Back To Story.!

Hari Terbuka FST dah berlangsung sejak kelmarin lagi. Macam-macam aktiviti dan pameran diadakan. Seriously aku betul-betul rasa enjoy dengan kawan-kawan sejak bergelar student 3rd year ni. Haha. Hidup lebih bermakna dengan kawan-kawan sekepala dengan aku. Ya..ya. Mereka semua sangat menarik dan tertarik. Dan kini aku lebih mengenali lecturer di PPSM dan FST berbanding dulu. Hehe. =). Anyway, special thanks to Prof Salmi dan Prof Mas coz belanja budak-budak Maths semalam. (Cuma satu je..Aku terlepas pelawaan jeli kelapa dari Dr Eddie) .Huhu..

P/S : Excited tengok "Serangga ranting" kat dalam DAM tadi. Budak Maths dah lama tak tengok benda-benda cenggitu. Sekali tengok, perak bukan main. Contoh terbaik, aku la..;)

6 comments:

Jejak Hamba said...

hoho... tak pandai buat origami... pandai buat angsa?

::SizuKa:: said...

@ kristal : Angsa?? buat drpd kertas origami ke or manila kad?? dulu masa aku darjah 2, aku pernah belajar buat itik guna kad manila. Tapi, kena lipat banyak2..pastu cantumkan. Tapi, now dah x ingat..hehe..Mr kristal pandai buat angsa?? nnt ajarkan sizuka...muahahhaah~

Jejak Hamba said...

hoho... duk jepun tak pandai buat tak tau la... haha...

::SizuKa:: said...

@ Fakhrus : hoho..kira master dah la ni...so, kalau gitu, nnt balik ni buatkan angsa untuk aku..haha..mesti buat ok? ;p

Jejak Hamba said...

hehe... insyaAllah...

Anonymous said...

gamba serangga ranting tak amik ke? mau lihat~~~

:poppy ingin tahu:

Related Posts with Thumbnails