:::ORANG-ORANG MANIS:::

Wednesday, August 5, 2009

::Sengsara::

Salam,

Minggu lepas, K9B104 buat hal. Siling bocor. Habis ruang tamu kat depan ni banjir. Jumaat, sabtu and ahad. Pejabat tutup. Nak buat report pon tak boleh. Masuk hari isnin, report dah buat. Tengah hari dah siap repair. Lega! No bocor-bocor dah. Tapi, masalah lain lak berlaku. Air takda! Tak boleh nak buat kerja la kalau air takda ni. Tensen aihhh~

Hari isnin petang tu la bermulanya aku hidup merempat. Malam tu aku tido bilik angah (K8H). Sebab senang esok nak bangun subuh. Tak payah la aku ketuk pintu bilik sesapa pagi-pagi buta tu. Tak payahlah jugak pagi-pagi aku nak kena berjalan-jalan ke flatlet ni. So, stay la semalam kat bilik angah. Selesa gloz duk sini. Tapi, takleh study. Tak jadi kerja. Asyik online je memanjang. Aish!

Esoknya, tumpang mandi kat flatlet. Habis kelas petang, aku tumpang mandi bilik kawan kepada rumet aku. Till maghrib. Masuk Isyak, aku ketuk pintu bilik budak depan blok aku. Tak pernah kenal pon. Semata-mata nak amek wuduk, buat-buat muka tak malu. Mujur diorang ni baik. Bagi gak aku masuk.

Pagi tadi pulak, subuh kat bilik ijat (kawan kepada rumet aku). Huh. And, pagi ni juga aku bersiram di K8E. Hoho. Sunggo banyak pengalaman merempat dari satu tempat ke tempat yang lain. Report dah buat pasal air ni. Tapi, faham-faham je la. Bukan cepat nak bagi settle. Mentang-mentang blok aku ni je yang takde air. Wahai makcik-makcik UO..cepatlah bertindak!~

P/S : Petang ni tak tau lak nak mandi kat mana...DANAU?? Haha..no way la!

5 comments:

mamai,wana,awiE,faten said...

jiha,,kalau ak dh okes,,esok g danau nak??hehehe,,,tp ko kne beli topi baru ek,,hahaha

Anonymous said...

danau pun cadangan bernas gak. haha.
mai la bilik aku kalo de pape~~ haishhh. ko ni. ketuk ko! *dush*

:bilik poppy ade air:

::SizuKa:: said...

@ flip : wajib bli topi baru..xnak dah sewa2..haha..ckuplah skali...;p

@ poppy : cmne ak nak g bilik ko klu asyik keja balik umah je..hohoo...~

weyh kwn2...bilik aku dah ada air la ptg td..sejenak pulang selepas berdiskusi di PPSM..air pon dah ada...lega tak terkata!!~ syukur...~

Misz SeroJa said...

cian2..nsb baik da ok..;p

gloomy said...

dugaann,,, hehehhe

Related Posts with Thumbnails