:::ORANG-ORANG MANIS:::

Wednesday, October 28, 2009

:Mesin 'GEDEGANG!'::

Salam,

Pernah tengok mesin GEDEGANG!? Ahaa. Good if u know. Aku baru dengar istilah tu sem ni. Jahil sikit kalau istilah yang orang reka-reka ni. Macam-macam nama ada.

SUMBER

Back to the point, 2 minggu lepas , ada sorang akak ni nak beli air tin NESTEA kat PTSL (Perpustakaan Tun Seri Lanang). Kat situ, macam-macam jenis mesin GEDEGANG ada. Yang tercanggih sedikit, ada jual coklat and apa lagi tah dalam tu. Tak belek sangat. Tapi persoalan mula timbul sejak akak tu tegur aku. Dia nak tukar duit syiling dengan aku since syiling dia tak cukup. Ok la. Fine. Since poket aku pulak terlebih duit syiling, cukuplah untuk tukar dengan dia. Dia minta RM1. (5 kupang 5 kupang/ 50 sen 50 sen). Selesai tukar duit, dia terpinga-pinga tengok mesin tu. Mungkin tak tau cara kot nak beli air tin dalam tu. Dia tengok aku. Alamak haii..aku senyum je and dia terus tanya macam mana nak beli air tin tu. Oh akak oi..saya pun jahil bab-bab nak beli air ni sebab mesin TERCANGGIH tu display harga untuk coklat sahaja. Air tak letak pulak. Bengong! Aku cakap sorry kat dia since tak dapat tolong. Suggest her to buy drink at another machine. Air coffee pon ada akak. Mesin tu aku reti la nak guna. Agaga.

Tapi, nampak gayanya dia reti jugak la guna kalau mesin tu. Haha. Sebab dia suruh aku jaga laptop dia. Dia beli sendiri. Seketika kemudian, dia balik ke tempat aku and pulangkan duit 50 sen balik kat aku. Aih akak..tadi dah cukup-cukup kita tukar kan. Bakpo bagi lebih kat saya ni. Katanya, itu duit lebih dalam mesin before dia beli minuman. Ada duit syiling 50 sen dalam tu and sesuka hati dia ambil and bagi kat aku. Siap pesan lagi, suruh guna duit tu untuk tepon mak ke. Tokseh beli makanan pulak. Sempat lagi dia pesan tu. Heran betul. Lebih baik dia tinggal dari ambil and bagi kat aku kan.

Persoalannya, boleh ke ambil duit tu even kita tau itu bukan milik kita? Tak tau la kot mesin tu terlebih kaya nak muntahkan balik syiling miling tu kan. Akak tu ambil and bagi kat aku. Tapi sampai sekarang aku tak guna langsung even nilainya hanya 5 kupang. Nak beli nescafe ais pon tak lepas. Ngee~

Ke aku pulak yang patut letak balik duit 5o sen tu ke dalam mesin gedegang tu? Same rotation akan berlaku kelak. ;p

P/S : 2 paper sudah lepas. 3 more left. yeeEzzaaaaa!

6 comments:

Jejak Hamba said...

bleh plak bg duit tak leh gune suruh tepon mak... jgn mkan... adeh..

apa beze org pg main judi dapat duit bnyak2, pastu pg sedekah kat masjid.

persamaan: kedua2 nye sumber haram tapi nak digunakan di jalan yg bnar huhu...

matlamat tak menghalalkan cara...

bgus le cik sizuka tak gune duit tu huhu...

Misz SeroJa said...

baik ko letak balik kat mesin 2 untuk tidak memeningkan lagi..
pas dah letak habis cerita..;p
ko pon x rugi sbb mmg bukan duit ko kan..;p

::SizuKa:: said...

fakhrus : saya pon tak fhm dgn akak tu..betul. matlamat tak menghalalkan cara..sunggo~

misz seroja : nanti aku letak balik..macam kerja pak pandir pulaak..ms akak tu bg, aku pun terkedu. takde pulak nak letak balik at that time....huhu`~

Fathi Adha said...

emmm... kalau letak balik duit tu... maka akan menjadi satu kemungkinan berlaku perulangan peristiwa (sejarah berulang), tp kalau guna duit tu utk apa2 tujuan, ia tetap haram dan salah....

so... best way nyer... buat la apa2 yg difikirkan perlu... spt mengumunkan ttg kehilangan 5kupang tersebut...mane tau ada org tuntut... haha (yakin je ayat)..

atau gedegang mesin tersebut supaya tak berlaku lgi kes2 sedemikian.... (ini hanya tahap setan bertanduk 8 je boleh buat)

::SizuKa:: said...

fathi :

saya dah letak balik duit tu dlm port coin return SEMALAM...huhu..at that time, ada juga one gurl ni yg letak duit 20 sen dlm port tu..bila saya tanya kenapa letak situ, she said tak tau duit sapa..so, dia letak situ balik sebab mesin tu rajin termuntahkan duit lebih..huhu~

Fathi Adha said...

memg mesin tu baik hati la....

Related Posts with Thumbnails