Tahun ni tak tengok pon mana-mana perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Rasa macam ada buat kat kampus ni, tapi macam tak dengar riuh rendah pulak pagi tadi. Walaupun tak dapat tengok mana-mana perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ni, banyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W pun dah cukup bagus. Dapat banyak pahala ;)
Kelmarin baru tamat segala jenis Mid Exam. Antara semua mid exam sem ni, exam Asas Pengurusan Kewangan la yang paling teruk aku jawab. ;(
Ok. Sekarang lupakan APK. Fokus untuk kerja-kerja lain. Itu lebih bagus ;)
Tapi, nak cakap sikit here. Pasal bunyi mesej dari handphone yang meleret-leret. Bunyi mesej ok? Bukan bunyi calling. Bunyi yang bising, dahla lagu tak best. Panjang. Dan ada yang sesetengah tu pulak, selagi dia tak klik button kat handphone, selagi tu la handphone dia berbunyi-bunyi. Rimas and annoying kot. Tambah-tambah kalau dalam komuter atau bus. Dah tahu orang ramai dalam tu, pleaselah buat ringtone yang slow atau standard saja. Takpun vibrate sahaja sebagai alert ada mesej masuk. Kalau setakat 2 3 mesej je masuk, acceptable lagi. Ini berpuluh-puluh mesej. Senang cakap, sepanjang perjalanan. Tak kurang juga kalau orang yang selalu kita jumpa tiap-tiap hari. Pakai ringtone yang panjang dan makin lama makin kuat bunyinya. Kadang-kadang buat habis bateri je rasa. Mungkin bagi situasi mereka, ringtone itu dapat realize kehadiran mesej. Tapi, kalau handphone memang terang-terang duduk atas meja atau sentiasa melekat di genggaman tangan, tak perlu kot pasang ringtone panjang-panjang. Buat rosak mood orang lain je yang tengah tekun study, tekun kerja atau yang tengah solat. Tak gitu?
Dulu masa mula-mula pakai handphone, aku pun pasang ringtone yang panjang-panjang. Haha. Habis kena marah dengan kak and abang aku. Sebab handphone aku lah yang paling kerap bunyi berbanding mereka. Jadi, kadang-kadang tu bila tengah time makan, ada yang terkejut lantaran bunyi handphone aku yang kuat, bising dan agak annoying. Haha. Lagipun, ada kalanya aku sendiri terkejut bila mesej masuk time aku tengah khusyuk tidur sama ada lewat malam atau awal pagi. Erk. So, lama kelamaan aku sedar juga yang bunyi mesej ringtone 'cicak' lagi bagus. ;)
P/S : Lagu 'Pemergianmu' nyanyian kumpulan INTEAM tersangatlah best and touching!!
10 comments:
erk. test komen here.
emmm..
td pagi ada perarakan ke??
tak taw pon.. huhu
bunyi tone mesej, call yg panjang2 kakadang menyampah jugak...
huhu..
Aslmkm.
Balas kunjungan la ni :) Tq 4 visiting.
Betul sgt tu ... mana ada masa nak dgr kan, sama cam yg hias laman/blog lebih2 tu gak ... berbinau mata!
Apapun ceriakan cuti hujung minggu.
huhuhu...
dat y aku suke silent anset smpi x dgr msg n call sume org..
trutama masa tdo...
x kn diganggu...
hehhehehe...
Fathi :
entah. rasa macam ada. sebab hari tu kat library ada announcement tentang latihan perarakan untuk staff library. tapi, pagi tadi dengar la jugak bunyi hon-hon ni, tapi tatau untuk apa. huhu..
agak annoying kalau tak kena pada tempatnya.
DDRFauziah :
Salam kembali..berbinau mata. hehe. thanks. same goes to you ;)
Nisah :
hehe...ko memang suka silent je memanjang. sampaikan kadang2 aku col pun ko tak sedar. hoho. sikap ko ni sudah sedia aku fahami. ;)
salam buat sizuka...
kiter anpon 33 sekupang jer....bunyi tah apa-apa...hehehe
Pak lOng :
salam buat pak long..
hehe...enpon 33 sekupang pon ada ringtone sendiri..janji tak panjang meleret leret..hehe ..
sizuka:
satu situasi je kite nk dgr bunyi ring tone ni...
iaitu time kite tgh bosan giler, kat tempat yg kite tak biasa dan tak de org kenal..
:)
sizuka :
kalau macam tu, kat dalam hutan la kot..hehe..
Post a Comment