:::ORANG-ORANG MANIS:::

Showing posts with label ::AKTIVITI::FRIENDS::. Show all posts
Showing posts with label ::AKTIVITI::FRIENDS::. Show all posts

Thursday, July 29, 2010

::Sad n Happy::

Salam,

Sedih.

Sedih tengok kawan-kawan yang dah lama tak jumpa asyik on-off tudung dalam fesbuk. Takmo cakap panjang-panjang. Cuma terasa sedih tengok keadaan mereka macam tu.

Sedih lagi ni.

Bila tengok kawan yang buat tak tau bila jumpa kita tengah jalan. Kita jalan sorang. Dia dengan pakwe dia. Kita tegur. Dia buat derk je. Macam tak kenal. Sedih. Terasa macam kita ni gedik-gedik nak tegur dia dengan beria-ia.

Itu part sedih.

Now part happy =)

Petang tadi mum call. Dengar suara si comel Zaquan merengek-rengek dalam phone. Tersenyum riang maksu. Mahu sangat jumpa kamu si comel! Terus beli tiket. Alhamdulillah. Sabtu ni berangkat ke Kedah.
Wowowowo~


Hye maksu! Zaquan tunggu ni..mana kapal korek? ;(

Happy lagi.

Bersantai dengan member kamceng. Wana, Zeida, Nisah, Anis, Fura, Lala and Mimi. Terasa dunia ni indah sangat bila ada member yang sangat happy go-lucky! Bertuah dapat kenal korang. Gelak tawa main JENGA, dengar lagu KOREA sesama, minum air teh buatan daku sesama =), makan bubur masakan Wana.alangkah..riangnya..geng-geng bujang =)

 Enough for today. Waiting for tomorrow and Saturday =)
Hope everything will be fine ;)

P/S : Sekarang banyak update blog berkisar pada aktiviti harian. Hmm.

Wednesday, May 6, 2009

::Masih Fobia::

Salam,

Sudah lebih 24 jam aku berada dalam fasa kemerdekaan. Lupa nak mention sebelum ini, yakni seminit selepas aku tamat exam. Hehe. Lagipun, tak nak orang di luar sana berduka lara dengan statement 'aku sudah tamat exam!'. Huks..( agak poyo di sini ). Dah habis exam pon mau riuh-riuh ka? ;p

::Tempat Pilihan::

Oh,ya. Hari ini bersamaan 060509, aku berkesempatan keluar berfoya-foya bersama rakan-rakan. Seharian kami semua ( Wana, Fatin, Zahidah, Nisah, Atun, Ummi dan Anis) bergembira di Sungai Tekala. Seronok! Walaupun pada mulanya ada la orang-orang yang tak bagi aku join ( sebab risaukan keselamatan aku katanya), tapi aku degil. Pergi jugak! Apa boleh buat??

Bertolak lebih kurang pukul 830 pagi dari UKM. Suppose boleh sampai dalam pukul 930pagi. Tapi, akibat sesat, lastly sampai la Sg Tekala tu around pukul 10 lebih. Sesat sampai nak ke Seremban. Hoho. Sedar tak sedar, hampir 4 jam kami bermandi manda kat situ. Orang tak ramai sangat. Tu yang best. Ok. Noktah.

Tapikan, even aku berjaya sampai ke Sg Tekala tu dengan hanya menaiki motor, but honestly aku sebenarnya still fobia. Fobia menjadi pembonceng. Akibat kes accident pada bulan 8 tahun lepas, till now aku cukup takut nak membonceng motor. Tapi, kalau tunggang motor, ok la. ( Pulak dah). Tapi,pepun mujur la aku ada Fatin. Dia cukup profesional menunggang motor. Aku rasa selamat menaiki motor dengan dia. Ceh. Skema habis. Haha. Thanks yer Fatin.^^ ( Sedapkan Nasi Goreng Ayam Kunyit tadi?)

P/S : Esok planning berfoya bersama askar-askar Statistik. Jadi ke?
Related Posts with Thumbnails