:::ORANG-ORANG MANIS:::

Showing posts with label ::BOSAN::LUAHAN::. Show all posts
Showing posts with label ::BOSAN::LUAHAN::. Show all posts

Tuesday, May 5, 2009

::Susah Nak Ramal::

Salam,

Macam mana kita nak berdepan dengan orang yang susah nak ramal perangai dia ni. Pendek kata, unpredictable. Hari ni cenggini. Esok lusa cenggitu pulak. Kita sendiri yang rapat dengan dia pun tak dapat nak agak perangai sebenar dia. Tambahan lagi, kalau dapat suami atau isteri sendiri cenggitu. Unpredictable. Parah!~

Ok la. Disebabkan aku tengah bosan teramat sekarang, idea merapu-rapu mula merebak. Kita andaikan ( assume) :
Si 'A' adalah lelaki.
Si 'B' adalah perempuan.

Cinta mereka bermula sejak pertemuan pertama di Sungai Bahagia (andaikan wujud). Terlanggar bahu secara tak sengaja ketika mahu parking kereta. (andaikan berlaku). Ok. Akibat insiden tu, mereka berkenalan secara tak langsung. Bermula dengan mesej, kawan, bersahabat dan akhirnya..mereka bercinta. OK. Fine. Lihat apa yang berlaku seterusnya.

Fasa 1~
Dulu, sejak mula-mula kenal, bukan main lagi si 'A' caring dekat si 'B'. Everyday mesej. Call tiap-tiap malam. Pagi, petang, siang dan malam asyik berhubung. Si 'B' mestilah suka kan sebab ada orang care sangat kat dia. Masa tu, si 'B' masih muda. Layan je.

Fasa 2~
Selang beberapa bulan, si 'B' nampak si 'A' sudah mula berubah. Kalau dulu, pagi-pagi wish morning. Now, morning pun dah babai. Night je yang muncul. Si 'A' sudah mula bagi macam-macam alasan. Konon, dia tak bersalah. Keadaan sekeliling buat dia salah tindakan. Meaning mengabaikan sedikit si 'B' sebab sibuk. Ok. Si 'B' faham. Dia terima.

Fasa 3~
Genap 2 tahun, si 'A' semakin teruk layan si 'B'. Dia buat macam si 'B' ni macam barang mainan. Nak, ambik. Tak nak, lempar buang jauh-jauh. Huh! Si 'B' geram. Tapi, takpe. Si 'B' sabar. Sayang punya pasal.

Fasa 4~
Akhirnya, memang dah nampak goyah. Si 'A' minta putus. Takpe. Si 'B' redha. Ada hikmahnya. Namun, dalam hati dia, pedih dan pedas macam makan cili padi gred A gitu! Huh. Enough. Si 'B' dah penat layan perasaan sedih. Dia nak happy ja. Macam happy.com.

Fasa 5~
Sekarang si 'B' rasa gembira dengan hidup dia. Dia tahu kebahagiaan akan muncul juga dalam hidup dia someday. Anyway, life must go on, rite?


Kesimpulan : Lelaki (si 'A') tu yang unpredictable. Susah nak ramal perangai dia. Dulu cakap sayang bukan main. Sekarang?? Huu. Wassalam je la. Si 'B' semakin berhati-hati dengan cakap lelaki. Dia semakin sukar mempercayai kata lelaki walau ayat-ayat lelaki tu manis macam madu + susu pekat manis + gula Prai= Melebihi dos yang diperlukan^^

P/S : Pengalaman si 'B' dan kawan-kawan banyak memberi pengajaran kepada penulis. ;p
Related Posts with Thumbnails