:::ORANG-ORANG MANIS:::

Showing posts with label ::FRIEND::. Show all posts
Showing posts with label ::FRIEND::. Show all posts

Saturday, January 30, 2010

::Mesej dari Hazwan::

Salam,

Baru beberapa jam lepas, aku post pasal berita kematian salah seorang kawan aku. Baru beberapa minit lepas, kawan aku post mesej dalam Facebook. Bacalah. Aku rasa sedih sangat. Emosi terganggu seketika.

***********************************************************************
From : Hazwan Azraei January 30 at 11.31pm [Reply]

Selalunya kalau ada apa2 info penting nk bagitau semua orang, arwah la yang selalu mesej kita via inbox facebook :(

Afif Asyraf, kau teristimewa…
Akan kami kenang selamanya…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani..
Mungkin banyak di antara kita hatinya “terusik” dan “terkilan”. “Terusik” kerana terkenang memori lampau bersama insan yang acapkali bersama kita sewaktu di alam sekolah menengah yang lalu, yang acapkali terlintas d depan mata kita suatu ketika dulu… Biarlah segalanya kekal segar di dalam kotak ingatan masing-masing tanpa perlu kita kisahkan satu persatu. “Terkilan”, ada di antara kita pasti terkilan dek kerana tak dapat menjenguk walau seketika sahabat yang acapkali meluangkan masanya untuk kita suatu masa yang lalu. Jika satu tika dulu kita sedih kerana insan bernama Azmir Syazwan (Al-Fatihah..), hari ini kita terkedu meratapi kehilangan sahabat yang tak loket senyumannya, manis lesung pipitnya, indah pekertinya: saudara Afif Asyraf. 

Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati, itulah hukum wajib yang tak dapat di sangkal. Dan hakikatnya, pasti ada hikmah di sebalik ketentuan Ilahi ini. Buat keluarga arwah, sekalung takziah saya ucapkan. Seorang ibu yang mengandung selama 9 bulan, kemudiannya bersabung nyawa melahirkan dan seorang bapa yang gigih siang dan mlm untuk membesarkan , pasti mereka lebih merasai pemergiannya. Hari ini saya menjadi lebih menghargai. Bagaikan mimpi, baru saja saya mengetahui keadaan arwah pada tahap yang kritikal, hari ini saya terpaksa menghadapi yang insan ini telah pergi. Ya Allah, hambaMu ini sungguh kerdil. Engkau bukakan pintu hatiku untuk berfikir dan bermuhasabah setelah diri ini pernah hanyut suatu ketika dahulu. Mungkin inilah fitrah manusia yang mana bila sudah tiada baru dikenang. Alhamdulillah, saya di beri kesempatan bersenda gurau bersama arwah dan beberapa rakan yang lain semasa cuti musim panas yang lalu. Beliau seorang yang sering memenuhi permintaan dan pelawaan sahabat2nya walau dalam apa jua situasi. Beliau seorg sahabat yg mudah di dampingi oleh sesiapa sahaja.

Buat sahabat dan kenalan yang lain, niat di hati saya adalah saya mahu memberikan apa yang terbaik untuk kalian. Mungkin kelak hari saya dan kalian, usahlah di saat kehilangan nanti kita sekadar dikenang dan dihargai. Sebaliknya bawalah amalan yg baik sebagai bekalan. Ayuh rapatkan saf, kita mulakan membentuk jemaah kita. Saya ingin menghargai kalian semua, saya ingin hidup bersama kalian sampai ke syurga.

Satu sikap arwah Afif Asyraf yang istimewa: MENGHARGAI KENALANNYA. Saya mahu mencontohi arwah dan saya mahu mengikuti sikap mulia arwah..saya mahu menghargai anda semua..saya berharap kita saling menghargai antara satu sama lain. Sekadar renungan, ayuh kita lakukan amar makruh dan hindari nahi mungkar kerana itulah sebaik-baik insan. Kita hakikatnya bukanlah sebaik-baik insan, namun berusahalah menjadi insan yang disenangi sewaktu kita masih bernafas di bumi Allah ini.

Saya menyeru rakan-rakan supaya kita lebih peka dan prihatin terutama kepada diri sendiri. Mungkin di masa akan datang episod duka ini akan berulang dan tak mustahil ianya akan berlaku. Kita hidupkan kembali ukhwah kita, kita sumbangkan apa yg termampu untuk kebaikan kita dan org lain. Contohilah arwah, selalu memberikan sesuatu kpd kita dalam bentuk yang pelbagai.
Sy berdoa di masa-masa akan datang kita dapat berkumpul dan berjuang bersama kembali. Mungkin ada d antara kita boleh menyumbang peranan dan sedikit tenaga. Kita hidupkan semula jalinan yang pernah terjalin suatu ketika dahulu kepada bentuk badan sosial untuk manfaat kita bersama. Mungkin suatu hari kelak keluarga besar kita ini mampu memberikan manfaat untuk kita semua. Semoga kita lebih menghargai…

p/s: Arwah adalah seorang simbol di dalam keluarga kita semasa hayatnya. Masih ingatkah ada di antara kalian mahu membina semula FORTRESS sebagai badan perhubungan untuk manfaat kita bersama? Arwah adalah salah seorang di antaranya.. Bagaimana? Wallahua’lam..

Al - Fatihah..

*************************************************************************

P/S : Lagu Kau Sahabat Kau Teman by Hijjaz cukup bermakna. I repeat that song many times.

::Al-Fatihah::

Salam,

Entry lepas aku ada mention pasal keadaan kawan aku yang terlantar di hospital. Hari ni, aku dapat tahu dia sudah meninggal dunia. Innalillah..Arwah meninggal tengah hari tadi sebab kena infection leptospirosis. Tak pandai nak explain pasal infection ni. Tapi, bacteria ni selalunya ada dalam najis tikus atau dalam urine. Boleh serang sistem badan kita dalam masa 2 minggu je. Menurut kawan aku, sebelum ni arwah ada pergi mandi sungai dengan kawan-kawan dia. Then, balik dari mandi sungai tu, dia mula rasa nak demam. At that time, adik arwah kena demam campak. Arwah pergi jumpa doktor and doktor just bagi ubat biasa. Tak bagi antibiotik (Tatau napa). Selang seminggu, demam makin melarat dan arwah terus masuk ICU. Tak sedarkan diri langsung sejak masuk ICU. And hari ni, aku baru dapat tahu dia sudah tiada. Ya Allah..sungguh cepat dia pergi tinggalkan kami semua. Tahun lepas, arwah Azmir Syazwan (Ayan). Tahun ni, arwah Afif Asyraf (Acap). Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka. Ada juga entry Peng, Alin, Asya, Iyda , Nik, Adilah, Aida pasal arwah.

Sampai saat aku tulis entry ni pun, aku tak sangka sangat-sangat yang arwah dah meninggal. Sebab baru je hari tu aku ym dia. Teringat-ingat lagi apa yang kami borakkan hari tu. Tapi, itu semua kuasa Allah. Kita harus terima dan redha. Allah lebih sayangkan arwah. Sememangnya mati itu pasti. Cuma tak tahu bila tiba saat kita. Sangat takut kan bila fikir pasal kematian. Ya Allah..

P/S : Sedih bila baca balik entry-entry lepas dalam blog arwah. Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarganya..semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Saturday, March 21, 2009

::Hadiah Buat Sizuka::

Salam,


[Gambar Hiasan]

Semalam, barangkali kejutan buat Sizuka. Gambar di atas ini telah dilukis oleh seorang kawan aku yang kini belajar di UTM, Johor. Sudah lama dia lukis barangkali, baru semalam gambar ini selamat delivered kepada aku. Konfius aku pada mulanya, aku pun teragak-agak untuk meneka sape la minah dalam picture ni. Hehe. Barangkali aku or orang lain? Kang kalau silap, malu aku je. Hihi^^ [berapa banyak 'barangkali' daa..]

By the way, thanks a lot to Mohd Bakheet bin Md Shukri kerna rajin bebeno melukis gambar aku ni walaupun tak disuruh. Hehe. Gambar yang lagi satu tak siap-siap lagi. Delay^^
"eh, asepal kedit ni dh tinggal sket je?? sape ar pau.."

P/s : Hilang arah selepas study. Takde keje. So, blogging yang bukan ilmiah. Pendek kata, komen tak diperlukan pun takpe.^^

Related Posts with Thumbnails