Salam,
Hari ini ahad bersamaan 15 Mac '09 dan 18 Rabiul A'wal 1430H. Bosan. Nothing to do except menjaga check point di Taman Paku Pakis UKM untuk explore race pagi tadi sempena karnival kolej aku. Isi tepung dalam ketupat in 2 minutes! Look easy. Tapi, ada satu group yang terbabas melebihi 2 minit. Just bagi penalti yang mudah je. Biarlah.
Dari tengah hari hingga ke petang, ku hanya mengisi masa dengan Cik Nadiah. Berborak. Gelak ketawa. Buku ekonomi tak ingin disentuh lagi even malam esok aku ada kuiz. Adeh. Banyak bersembang mengenai sikap manusia including us! Ya. Kami pun manusia la. Manusia ni macam-macam jenis ragam ya. Pelik.
"Manusia memang pelik la"
"Kepelikan manusia semakin menjadi-jadi"
"Peliknyer manusia"
Aha! Ku pun tak tahu apa yang dimerepekkan. Namun, sesekali bila berfikir tentang manusia, ragam mereka dan sebagainya, ada kala manusia ini lucu, kelakar, lawak, dan pelik, aneh. Apa lagi? Ya. itulah manusia. Ada akal, hati dan perasaan. Semakin ramai orang yang kita kenali, semakin banyak la ragam orang yang kita jumpa. Berdasarkan pengalaman hidup aku, aku fikir manusia ni ada pelbagai jenis sikap. Antaranya :
i. Tak faham bahasaJenis ni susah betul nak handle. Aku cakap A, A la. Tapi, dia nak nak jugak B. Ish! Sabar je la.
ii. Bajet dia yang paling bagus dan sempurna.
Haa..jenis macam ini bagi aku lucu la. Hahaha...suka tengok mimik muka dia tatkala dia perasan sorang-sorang. Rasa nak capture je gambar dia masa tu. Huu...ku tempek masuk dalam paper pastu bagi makcik jual nasi lemak guna untuk bungkus nasi lemak. Ha..huu..
iii. Suka buat ayat pasrah.Ni pulak jenis yang macam nak minta simpati, tapi macam nak jaga standard dia juga. Macam mana tu ? Erm..telinga ni cam lemah je kalau dengar orang buat ayat pasrah..kesian.. huu..
iv. Kena study dalam masa sehari. Mesti!Ha...ini jenis yang sangat bagus. Ku salute. Dalam sehari, kalau dia tak study, dia tak boleh duduk diam. Mesti ada rasa yang tak kena. Fuuhh..bagus! So, dalam sehari, dia mesti kena study walaupun hanya beberapa helai page dapat di selak. Ku kagum.
v. Buat kerja lambat-lambat, slow-slow.Huu..ini jenis buat kerja lambat. Makan lambat, mandi lama, jalan lambat. Adeh. Aku pulak yang naik rimas bila tengok orang macam tu. Aku jenis yang sebaliknya kot. Jadi, sebab itulah agaknya..hee..
vi. Memandang rendah terhadap orang lain.Ya. Ini common. Kenapa pandang rendah kat orang lain? Perlu ke? Ke perasaan itu wujud dengan sendiri? Erk..Aku cukup bengang juga dengan golongan sebegini. [kadang-kadang. Mereka fikir merekalah yang terbaik dan paling terbaik!!!]
vii. Tak pandang kawan bila boyfriend ada depan mata.Adeh. Macam megah sangat bila dah ada bf. Ke hulu ke hilir. Jumpa kawan pun buat2 tak kenal je. Nyampah jugak dengan golongan ini. Bila kena tinggal, baru terhegeh-hegeh nak cari kita. Mau bagi pau kaya sebijik baru taw!~
viii. Mahu pakai barangan berjenama, tapi tidak mampu malah suka pula meminjam-minjam. Golongan ini ku pun hairan. Macam tak sedar diri pun ada. Kalau kurang berkemampuan nak pakai barangan berjenama, tak perlu la pakai. Kalau mampu, takpela. Ini kan sampai meminjam-minjam. Dahla tu, lambat pula dibayarnya. Kena minta, baru dia mahu bayar. Aduhai.
Ya..itulah manusia. Macam-macam karenah. Pening. Menarik. Unik. Pelik. Tapi, tak semua dapat aku ceritakan di sini. Banyak lagi rasanya jenis-jenis orang di luar sana. Lumrah kehidupan. Tak ada yang sempurna. Aku pun sama. Aku pun pelik. Kebosanan begini suka membuatku fikir yang bukan-bukan. Aishh..^^
P/s : Entry ini hanyalah untuk mengisi masa lapang aku yang tengah kebosanan di hujung minggu. Tidak berniat untuk tuju kepada sesiapa. Harap mengerti. Hehehe^^