:::ORANG-ORANG MANIS:::

Monday, April 20, 2009

::Apa Motif??::

Salam,

Sudah lama tak update blog ini. Banyak hal yang berlaku lately. Tapi, abaikan je semua tu. Dugaan. Ada yang manis, ada yang pahit....macam kopi.! Yeks!

Ada tak ha orang yang suka kena marah even kita tak bersalah? Pendek kata, jadi mangsa lepas geram! Kita tanya dengan niat yang baik, tapi kena tegur dengan cara yang kasar. Kalau bagi sesetengah orang macam KITA ini, memang akan terkedu bila kena 'tegur secara kasar'. Silap hari bulan, nangis! Kita jadi pening bila fikir hal yang berlaku 100 jam yang lepas. Hari ini baru tahu cerita sebenar. Tapi, masih lagi fikir apa motif buat kita macam tu..kita tak bersalah la..
Kita terima ini semua sebagai dugaan. Nasihat yang diberi kita terima. Kita anggap kita tak tahu apa-apa. Kita tak simpan apa-apa dalam hati. Terima kasih kerna sudi menegur.

P/s : Minta maaf banyak-banyak. Kita tahu kita bukan sempurna. ^^

Thursday, April 9, 2009

::Love You All::


Salam,

Entry kali ini just nak ucapkan thanks a lots kepada kawan-kawan aku yang banyak support aku time aku tengah serabut, susah, sedih, pening and bla...bla...bla...Tetibe aku tersedar yang ramai juga sayang aku rupanya. Ahaks!! Peristiwa yang lalu jadikan pengajaran. Hope tidak berulang lagi. Aku sudah penat melayan perasaan sedih!

Kini aku gembira.
Namun, dalam kegembiraan ada juga ketakutan! F.I.N.A.L E.X.A.M! Huh!
12 days left!^^
P/S : Terima kasih kerna menyayangi aku! Aku jua sayang kamu semua. (^~^)

Wednesday, April 8, 2009

::Helpless::

Salam,

Lately, dia sangat beremosi. Tah la kenapa. Dia sendiri tidak pasti. Dia selalu menangis, menangis and menangis. Dia terasa? Entahlah. Dia sendiri tertanya-tanya kenapa dia jadi macam tu. Allah tahu apa dia rasa. Dia tak suka menyusahkan orang lain. Dia suka simpan dalam hati. Dia sendiri pun dah kurang betul kot. Maklumlah, exam hampir tiba!

Sejenak bangun pagi tadi, dia terfikir..

"Perlu ke kita hipokrit untuk menjaga perasaan orang lain? Perlu ke? Perlu?"

Tolong jawab.

*H.E.L.P.L.E.S.S*

P/s : Tak perlu tahu siapa 'Dia' kerna 'Dia' adalah nama singkatan bukan sebenar.

::Terkesima sebentar membaca blog salah seorang member tadi. Tertikam hati ini!::

Thursday, April 2, 2009

::Ayat Copy Paste::

Salam,

Masa bercinta..
Semuanya indah belaka..
Masa bercinta..
Semuanya manis belaka..
Masa bercinta..
Rasa-rasanya dunia ini kita lah yang punya..
Dan segala-galanya menarik dan istimewa tentang diri dia..

************************************************************
"Aku takkan melupakanmu
Takkan meninggalkanmu
Takkan menduakan cintamu
Ku bersumpah
Aku tak ingin mengingkar janji
Tak ingin menjadi duri
Tak ingin menjadi api cinta yang membara"
************************************************************

Dulu...
Dia sangat suka lagu ini..
Sekarang...
Dia sangat sakit telinga dengar lagu ini..
Tadi...
Dia TERdengar lagu ini...
Tah sapa pasang lagu ini..
Kuat+bingit!~
Dush! Dush!

Moral values : Benar kata lecturer aku. Kelemahan lelaki adalah mata. Kelemahan perempuan adalah telinga. Jadi, jangan dengar sangat cakap lelaki yang bijak menggunakan ayat 'copy paste'.

P/S : Tak ketahuan. SEDIM!!^^

::Masalah Kuat Tidur::

Salam,


[ Sekadar gambar hiasan sahaja ]

Siapa kuat tidur? Lelaki ke perempuan? Of course laki kan? Tak dinafikan. Huhu. Tapi, ada juga perempuan yang kuat tidur. Hihi. Tapi, kat sini bukan nak cakap siapa yang kuat tidur. Tapi, seakan-akan hairan dengan orang yang asyik tidur je kerja dia. Always. Tidur..tidur..tidur...tak kira siang atau malam. Tidur..tidur..tidur...

Ok la. Pendekkan cerita, ada seorang kawan aku ini. Kuat tidur. Sangat suka tidur. Tidur je kerja dia. Tak tahulah apa yang membuatkan dia sangat suka tidur. Hobikah? Tak kira kat mana-mana je, dia pasti boleh tidur. Macam Nobita betul la. Huu..Even kawan aku ini ada mengambil supplement untuk kurangkan rasa mengantuk, tapi dia still macam itu juga. Puas juga aku nasihat dia agar jangan tidur sangat, tapi tak makan saman. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Adakah aku macam busybody??

Aku mengaku aku pun suka tidur. Tapi, bukanlah tidur je kerja aku siang atau malam. Tidur ikut time la. Tidur terlalu lama pun akan buat kepala aku pening je. Lagipun, tidur terlalu lama juga tidak elok untuk kesihatan. Nanti cepat pening dan otak lambat berfikir. Other words, tidak cergas, ok?

P/S : Tinggal 20 hari sahaja lagi untuk berjumpa dengan'nya'. Cuak!~
Related Posts with Thumbnails