:::ORANG-ORANG MANIS:::

Friday, July 10, 2009

::Tetamu Istimewa::

Salam,

As i said before in the last entry, hari ini aku free. Terperap dalam bilik macam tak berkembang je minda ini rasa. Whatever la! Assigment baru sentuh sikit. Yang lain-lain aku abaikan dulu. Sungguh tak ketahuan aku hari ini. Lost direction je rasa. ;(

By the way, petang tadi tak diduga betul. Aku dapat kunjungan dari tetamu istimewa yang tak diundang. Since dalam rumah hanya ada 2 orang je, quite sunyi la. Lepas azan Asar, aku masuk toilet untuk ambil wuduk and rumet aku tengah kemas meja study. Pintu terbuka sebab nak bagi angin masuk dan ruang tengah ni nampak cerah. Tetiba je rumet aku jerit-jerit. You guess what?? Hoho. Kera masuk bilik kitorang dan amik roti atas meja. Siap bawa anak dia lagi. Khusyuk betul dia makan and bijak pulak tu buka penutup jem strawberry. Kelakar je tengok. Aku yang terpinga-pinga ni terus keluar dari toilet and ambil handphone untuk buat video. Ngeh2~ Around 5 minit dia geledah bilik kitorang, terus dia keluar tanpa disuruh. Lega!~ 5 minit kemudian aku dengar perempuan dari aras mana tah pulak jerit-jerit. Haha. Sah! Kera masuk sana pulak. (itulah tetamu istimewa aku pada petang ini)^^

Pengajaran : Petang-petang jangan buka pintu. Kalau nak lagi selamat, simpan semua makanan dalam loker.

P/S : Terasa macam duduk dalam kawasan zoo plak. 'Bahagia+tension' belajar dengan dikelilingi haiwan sebegini. Hoho.

** Atas permintaan poppy and suhaiyl, i had been succesfully upload this video. (imej kurang menarik coz hp murah and banyak shaking..)**

Thursday, July 9, 2009

::Penyakit Baru::

Salam,

Hari ini Khamis. Esok Jumaat. Lusa Sabtu. Tulat Ahad! Point di sini, ternyata hari ini aku begitu MALAS sebab esok kelas aku dibatalkan. 3 hari berturut-turut aku bakal mati kebosanan terperap dalam bilik. No idea. No direction. Suppose aku kena siapkan 3 assignment for this week. Tapi, semuanya aku tinggal. Dengan alasan, "SAYA SANGATLAH MALAS!!" Huh. Pesal ha kurang bersemangat sem ni??? Ada aku buat salah kat sesapa ke?? Fikir-fikir gak ni..hmm..

Minggu ini empat orang lecturer masuk kelas. Semuanya sudah start belajar. Bila masuk subjek major, otak ni lambat je fikir. Pendek kata, 'lampick'. Dah lama tak menulis. Pegang pen pun kekok+ tulisan senget. Cakar ayam je tulis sebab tak semangat! Apa nak jadi la ni..??

Since semuanya aku jadi malas, nak makan pun jadi malas. Nak mesej kawan2 pun malas. Nak balas mesej orang pon malas. Semuanya malas! Uish..tak baiknyer rasa..pe nak jadi la dengan aku ni.

P/S : Update blog rajin plak minah ni..haha..(Tetiba terasa nak makan manggis! Weee..~)

Wednesday, July 8, 2009

::Ada apa dengan KAJANG?::

Salam,
Sudah 4 hari aku berada di UKM ni dan ini hari ke-3 kelas aku bermula. But, semuanya hanya intro saja except kelas U3 (Penjagaan Kesihatan Diri). Kelas ini advance. Start bukan main awal lagi. Hari first dah mengajar dan sangatlah bosan since aku tak ada geng dalam kelas ini. Majoriti budak cina yang datang. Aku ingatkan aku dah silap masuk kelas. Lastly, ada la seorang Malay boy ni buat-buat macho masuk kelas. Siap duduk depan lagi. Kagum!

Since kelas banyak tak mula lagi, semalam pergi la jalan-jalan kat Kajang dengan geng-geng aku(Zahid,Nisah,La,Nisah yang ayu heck and Atun). Lepas kelas Dr Roslinda, kitorang tunggu bus at PTSL. Lama betul tunggu Rapid. Aku dah imun dah rasanya dengan karenah bus ni. Bila aku nak je, dia lambat je datang. Bila tak nak, banyak plak dia muncul. Contoh terbaik, pagi tadi masa aku sidai baju. Rapid lalu je depan kolej aku ni. Aishh...dah nasib aku kot. Memang seorang penunggu. Tunggu bus, tunggu orang. Tunggu, tunggu dan terus tunggu laa...Hampir sejam kitorang tunggu bus, barulah muncul. Of course la ramai kalau dah lambat datang tu. Huh. Sod Ba Ro je la...

Even Kajang tu nothing, tapi tu la tempat terdekat yang mudah untuk kitorang pergi. Haha. Dah hampir 2 tahun lebih, geng-geng kami ni memang masih setia dengan Rapid. Tah bila nak merasa kenderaan sendiri. Tapi, bila lagi nak merasa naik bus. Once dah dapat kereta/ motor, bus dah tak layan dah. Tul tak? ;p

P/S : Dalam menunggu bus, sempat lagi aku lenyek-lenyek duit RM1 buat bentuk love seperti dalam gambar rajah di atas. Haha. ( Lama tak sebut word 'gambar rajah'). Hobi lama lipat duit.! Tapi, kurang jadi coz duit dah koyak hasil lenyekan aku. ;p

Tuesday, July 7, 2009

::Again..It happen!::


Second award i got from Nik Nur Adilin. Amazing ke??? Hoho. Btw, thanx a lot my dear!~

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda. (dah letak dah..)

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

a. Nama penuh budak ini 'Nik Nur Adilin binti Nik Anwar'. Manja. Dan dia sama spesies dengan aku, anak bongsu! Wee...~

b. My junior (maths)..peramah dan rajin tanya soalan kat mentor aku. Huhu.

c. Suka senyum bila jumpa aku. Hehe..;)

d. Dalam blog 'Sweet Lavender'(dia), dia letak lagu 'Kertas' yang bertajuk 'Kekasih Yang Tak Dianggap'. BEst2! (aih cik adik..ada apa2 makna ka? Hoho...)

e. lahir pada 30 Mei 1989. (Mujur dah lepas..hehe..)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

refer here : http://sizuka24.blogspot.com/2009/06/award.html

4. Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan describe tentang diri mereka.

i . Zahid- adik yang garang+tegas. Haha.

ii. Nisah - suka main game, baca novel dan tengok cite korea..khusyuk betul!

iii. Atun - suka buat lawak spontan..kelakar minah ni..hoho!

iv. Aswad- Dia malas nak cakap bila dia tengah marah..takut2..

v. Fakhrus Syakirin - bakal balik Malaysia 26.7.09 ni..huh..butterfly lagi satu...hihi...;p

Sunday, July 5, 2009

::Kisah Baru Hari Ini::

Salam,

Hari ini semangat baru dan agak waja aku datang ke UKM. Haha. Jam 10am dah jejak kaki di UO. Nak tahu bilik mana aku dapat sebenarnya. ;)
After check in, alhamdulillah lega! Aku dapat bilik yang agak best dari yang terdahulu dan aku suka bilik ini! Ya ya...hope rumet aku pon best! Wuhuuuu! ;)

Lepas kemas bilik, cuci lantai and so on, aku gerak ke Alamanda with my sis. Saja membuang masa di sana sebab petang tu tiada siapa nak teman aku since my new roommate not come yet. Forgot that today is Sunday. As usual, of course akan ramai orang. Tapi, hari ini luar biasa kot bagi aku dan kak aku. Sebab...??

Sampai di Alamanda, sudah terpampang board "FULL" kat tempat parking. Pusing-pusing, akhirnya park kat P6.( P7 is the last one). Huhu. Tak pernah-pernah sampai ke P6. Masuk Alamanda, semua kedai crowded. MPH, Carrefour, McD, Food Court..huhu. Tah datang dari mana segerombolan manusia ni..pening betul.

Lepas bayar kat autopay, malas nak tunggu lif coz lambat dan ramai orang+troli. Huh. Lastly decide turun ikut tangga. Seingat aku, tak pernah lagi kot aku guna tangga kat Alamanda tu. Tak disangka-sangka lepas turun around 20 anak tangga (kot), pintu tak boleh buka. Fuh. Memang takde tombol nak pulas untuk buka pintu. Tah sape punya idea reka pintu tu macam tu. Aku dan kak turun lagi ke aras bawah dan pintu sama jugak. MasyaAllah..aku ingat bakal nyawa-nyawa ikan dah kami dua di situ. Mujurlah kaki ini kuat dan bijak melangkah terus turun ke bawah. Lastly, jumpa juga. P2. Huh..Baru aku faham kenapa dibuatnya macam tu. Meaning, next time kalau p Alamanda, jangan guna tangga. Guna je lif unless kalau emergency, baru la guna tangga. Macam kerja Pak Pandir je duk ulang alik turun naik. Lastly, lif juga pilihan hati. Haha ;)

P/S : Sesiapa yang p Alamanda again and got traffic jem at autopay counter, pergi ke P7. Ada jalan keluar yang mudah dan cepat. Aku baru tahu petang tadi. Jahilnya..saja nak pesan for others!~ Sorry kalau ada yang merasa wasting time baca entry kali ini coz aku banyak bercerita. Haha. Saja nak kongsi pengalaman.^^
Related Posts with Thumbnails