:::ORANG-ORANG MANIS:::

Friday, July 30, 2010

::Betapa Hebat Penangan Itu::

Salam,

Yeay! sok nak balik umah. jumpa Zaquan Naim. Seronoknya rasa. Lama tak jumpa dia. Rindu sangat! Pernah rasa nak nangis sebab rindu sangat kat dia. Sejak balik umrah, tak dapat jumpa dia lagi. Harap sok dapat jumpa dia. Rindu sangat. Tak terkata. =)


Maksu, ni lah rahsia Zaquan putih gebu. pakai bedak sejuk buatan arwah tok nek =)

Sukar nak gambarkan perasaan bila kita rindu seseorang yang kita sayang kan?.Kalau rindu Zaquan, selalu tengok gambar dia je. Nak call takleh, sebab dia tak pandai lagi cakap. Setakat dengar dia dok merengek dalam phone, boleh la. Kadang-kadang 3G dengan Zaquan. Dia tengok maksu. Maksu rasa macam nak gila bila 3G dengan Zaquan. Rasa macam nak terjun masuk dalam skrin phone. Cubit-cubit pipi dia. Itulah. Baru ada sorang anak saudara. dah excited gila. Maybe sebab maksu adalah MAKSU. M A K S U. takde adik. Maksu lah adik. hehe. tapi kalau maksu adik, tak bermaksud maksu M A N J A tau Zaquan. tau~

P/S : Malam ni dua-dua nokia sunyi sepi. Save kredit. (^_^)

Thursday, July 29, 2010

::Sad n Happy::

Salam,

Sedih.

Sedih tengok kawan-kawan yang dah lama tak jumpa asyik on-off tudung dalam fesbuk. Takmo cakap panjang-panjang. Cuma terasa sedih tengok keadaan mereka macam tu.

Sedih lagi ni.

Bila tengok kawan yang buat tak tau bila jumpa kita tengah jalan. Kita jalan sorang. Dia dengan pakwe dia. Kita tegur. Dia buat derk je. Macam tak kenal. Sedih. Terasa macam kita ni gedik-gedik nak tegur dia dengan beria-ia.

Itu part sedih.

Now part happy =)

Petang tadi mum call. Dengar suara si comel Zaquan merengek-rengek dalam phone. Tersenyum riang maksu. Mahu sangat jumpa kamu si comel! Terus beli tiket. Alhamdulillah. Sabtu ni berangkat ke Kedah.
Wowowowo~


Hye maksu! Zaquan tunggu ni..mana kapal korek? ;(

Happy lagi.

Bersantai dengan member kamceng. Wana, Zeida, Nisah, Anis, Fura, Lala and Mimi. Terasa dunia ni indah sangat bila ada member yang sangat happy go-lucky! Bertuah dapat kenal korang. Gelak tawa main JENGA, dengar lagu KOREA sesama, minum air teh buatan daku sesama =), makan bubur masakan Wana.alangkah..riangnya..geng-geng bujang =)

 Enough for today. Waiting for tomorrow and Saturday =)
Hope everything will be fine ;)

P/S : Sekarang banyak update blog berkisar pada aktiviti harian. Hmm.

Wednesday, July 28, 2010

::weird::

Salam,

Lately selalu mimpi aneh-aneh.
Mimpi lelaki tu, tapi muncul watak lelaki lain yang tak pernah jumpa. tak pernah kenal.
Mimpi kawan-kawan. kawan-kawan sekolah lama. kawan-kawan rapat.
aku rindu diorang ke? ke diorang rindu aku?  siapa rindu siapa ni? uh~
musim rindu-rinduan sesama kawan nih agaknya~

bukti : jumpa 2 orang teman lama kat facebook. again. excited! =)

P/S : rindu Zaquan Naim lah! itu yang rasa sekarang =)

Tuesday, July 27, 2010

Ok. Saya terkena lagi!

Salam,

Semalam dalam pukul 5pm lebih, lepak bilik Nisah. Borak macam-macam sambil makan kerepek. Ditemani Wana, memang riuh satu bilik. Hehe. Hp tinggal kat bilik mimi. Balik bilik, tengok-tengok ada misscall from +60125..... Cuak plak rasa. Mana la tau kot-kot urgent call ke. i call back, tapi takde sape angkat. Terus mesej tanya ni sape and minta maaf sebab tak sempat angkat fon. Then, 1st mesej :

" Najiha? Rite?"

reply back. 

"Yup. sape ni?"

Then,

"Secret..."

bla bla bla..layan mesej budak stranger ni. Seronok gak melayan. Haha. Nasib mesej 1sen je. Leh la layan gila-gila. Sebelum ni, kalau ada unknown yang mesej tetiba macam ni, dia kenal kita, but then kita tak kenal dia sapa, rasa malas gila ah nak layan. Selalu buat taktau je. Semalam excited terlebih nak tau sape, layan je la. Siap Pluto, Alien semua keluar. Haha.

Last-last, awal pagi tadi hp dah bunyi-bunyi. From Mr Alien :

"Nak buat pengakuan boleh? ke dah tau sape?"

Oh oh oh Mr Alien ni mesej aku pagi-pagi buta lak. Bila dia bagi mesej :

"Assalamualaikum cik Jiha. Haha..malas dah nak main. penat eden gelak ni haha =p"

Cis. dah agak dah. 

"Fakhrus?"

Suka hati pekena aku. Wat malu jeee tau~

**Fakhrus ni kawan satu pusat tusyen dulu dengan aku. Dia dapat sambung study di Jepun. Tapi ku di UK..M je. Huhu . Now dia balik Malaysia  cuti sebulan. Hobi pekena kawan-kawan bila balik Malaysia. ayayyaii~**

P/S : Ramai betul nak ambil jubah sabtu ni. Uwuuwuwuwu~

Monday, July 26, 2010

::Masing-masing punya rezeki::

Salam,

Pagi ni kerja masuk lewat. Memang dah niat nak masuk lambat. Huhu. Sorry bos. Semua pekerja kat situ jadi ramah tamah lak. Tanya itu ini kat aku. Sebelum ni, asyik buat muka serius je. Tapi saya dah nak tinggalkan korang. Sampai Jumaat ni je kita bertemu. Pastu bye-bye. ;(

Sekarang ni macam-macam event ada kat UKM. Konsert Kami Prihatin apa bagai. Pusanika asyik ramai orang je. Dengan promotion persatuan apa bagai. Memang ramai. Ada muka-muka yang cam muka aku, ada yang muka pelik bila nampak aku. Haha. Junior rajin betul menegur aku. Aih..ada junior yang tegur, tapi aku tak tau pulak dia junior aku. Ayayayyai. Ada jugak yang berkeras kata aku budak 1st year. aih. penat aku bertekak yang aku dah habis belajar. dia tetap kata aku budak 1st year, tak pon 2nd year. I said 'saya dah habis belajar, tunggu konvo." penat ulang ayat yang sama.

Bila hal ini berlaku, tetiba terasa saya begitu muda. Haha .Tapi, bila nampak muda, orang pulak susah nak letak kepercayaan pada diri kita. "eh, boleh ke budak ni buat kerja?" sume nak pandang serong. Aih. see the leg la..erk, bukan nak riak. tapi tak elok la judge orang by physical only. Test la dulu ma..tengok la budak ni pandai bercakap ke tak, confident ke tak. baru la boleh buat evaluation. hmm.

Hari ni, aku gembira dan sedih untuk 2 orang kawan rapat aku kat UKM ni. Sedih sebab dia akan ditinggalkan. Gembira sebab lagi sorang akan bekerja . Seorang meninggalkan lagi seorang. Aku? Hanya mampu merasai apa yang mereka rasa. Memang setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hidup mesti diteruskan. Walaupun jauh di mata, pastikan selalu tetap di hati. =)


masa 1st year. sangat kelakar muka semua kanak-kanak ni.


sedih untuk dia. b strong dear! ;)


gembira untuk kamu. belanja kami semua tau. wajib bila dapat gaji kelak! =)

P/S : Allah Maha Adil. Pasti ada rezeki untuk semua hamba-hambaNya yang berusaha. Cuma cepat atau  lambat je. Yang penting, sob ba ro ;)
Related Posts with Thumbnails