:::ORANG-ORANG MANIS:::

Friday, November 7, 2008

::KISAH LUCU KAHWIN::



APA ITU SEX?


Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. Terkedulah si ibu..


Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..


Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..


NAME:...........

SEX:............

Class:..........

Subject:..........



NENEK TUA


Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata "Nanti dulu". Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu". Akhirnya mereka bertanya : "Bila kami boleh melihat bayi engkau..?" "Bila dia menangis". "Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?" "Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."



LAWAK BUDI BAHASA LRT


Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, "Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"


MASA BERCINTA


engkau suka aku pun suka

ke mana pergi pun tak apayang penting jalan berdua

naik bas, basikal pun takpa

jalan tengah panas pun takpa

sampai melecet ketiak jadinya

semua suka tiada duka

masa engkau suka

aku pun suka

durian yg engkau suka aku pun suka

walaupun sebenarnya tak berapa suka

petai yg engkau suka,aku pun telan juga

walaupun nak terjegil biji mata

kita sama-sama ketawa

masa engkau suka

aku pun suka


Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga

walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka

aku pun suka

pakai apa pun tak pe

baju merah tudung biru pun tak ape

tudung kau senget aku kata takpe

.gigi kena lipstik aku tak kisah juga

engkau tetap cantik jelita


masa engkau suka

aku pun suka

aku pakai apa pun tak ape,

lupa pakai tali pinggang pun tak ape,

T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,

Lupa cukur misai pun tak ape,

Kau kata aku tetap handsome seadanya.


BARU KAHWIN...


kau sangatsuka,

aku lagilah suka

macam dunia kita yg punya dua minggu

terperap dalam bilik aje

sampai makan pun selalu terlupa


kau sangat suka, aku lagilah suka

tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

kau sangat suka, aku lagilah suka

hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja

bila anak dua

lain pulak cerita,

kau suka aku tak suka,

aku suka engkau tak suka

sebab petai yg engkau suka

aku sangat tak suka

mana taknya,

bilik air jadi hancing jadinya

mungkin salah aku juga

manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,aku suka engkau tak suka

sebab hari-hari aku nak tempe aje

sampai kau jemu menggoreng jadinya

mulalah komplen aku anak jawa

sendawa pun bau tempe aje,

tapi salah kau juga

kau tak pandai nak masak yang lainnya.




sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya suka ke tak suka?...




PEGANG KUAT-KUAT



Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.


Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.



Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!

Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.



Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.Udin: "$%^&(#.....



"Seks Dalam Tandas!



Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Kelas Tkn 6 Melur

Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu.



Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"


Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.


Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.


Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.


Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.


Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?


Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?


Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.



Cikgu Sahab : ?!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails