:::ORANG-ORANG MANIS:::

Saturday, December 5, 2009

::Dingin dan Bercuti::

Salam,

Sejak bernomad di sini, terasa rajin mau update blog. Apsal tah. By the way, for one week soon and hari-hari seterusnya, blog ini tidak lagi diupdate till buka semester baru. Sebab :

Tuan punya blog pergi bercuti. Tenangkan fikiran. Menghabiskan sisa baki cuti yang ada. Doakan dia selamat pergi dan balik. Amin ;)



P/S : Dingin tiba-tiba dengan saya. Tak patut lah. Mau sekeh kah??

::Kisah Lapuk::

Salam,

Menjelajah berita harian online tadi buat aku teringat kisah yang berlaku di rumah Maksu aku pada hari raya qurban baru-baru ini. Dan terdetik juga di hati apakah perbezaan antara monyet, kera, lutung, cimpanzi, babun, beruk dan orang utan? Adakah kesemuanya sama sahaja dan tergolong dalam satu kumpulan yang pelbagai spesies? Hmm..budak zoologi, tolong jawab! ;)



Berita harian hari ini memaparkan kisah tentang 'Monyet terlepas mengganas' yang berlaku di Kuantan. Monyet ini telah membunuh lebih 10 ekor anak kucing di sebuah perumahan. Dahsyat! Mengalahkan monyet-monyet di kolej UO lagi. ;p

Cerita pasal serangan di rumah maksu aku tu pulak mungkin dilakukan oleh babun kot. Aku pun tak sure. Kebetulan pada hari raya qurban yang lepas, maksu aku tiada di rumah. Peluang inilah diambil oleh si babun tu untuk masuk rumah dan makan durian sampai habis, selerakkan almari pakaian dan mengalihkan cermin solek. Nakal bukan? Tatau la apa motif si babun ni nak main alih cermin pulak..





Kelakar tengok gambar baby orang utan ni. Hehe. Apapun, haiwan ni pun sebahagian daripada makhluk Allah di muka bumi ni kan. Peace :)
[ kisah lapuk sebab blog ni suka memaparkan entry pasal spesies ni sejak tuan punya blog masuk UKM dan tinggal di UO..uhuhu]

P/S : Teringin nak p Taman Orang Utan Sepilok Sabah! Plus, rindu pada si M lah! :)

Friday, December 4, 2009

::Busuk Tapi Sedap dan Nikmat!::

Salam,

Disebabkan aku baru je lepas makan petai tadi, terasa mau tulis pasal petai. Hihi. Boleh pulak kan? As readers know, petai ni banyak khasiat kan. Dulu aku taklah berapa makan sangat petai ni, tapi sejak berkawan dengan sorang hamba Allah ni, ternyata aku kini gila petai! Haha. Pantang nampak petai kat pasar malam atau pasar pagi atau pasar petang ke, mesti aku beli. Sedap betul weyh! Rugi kalau sesapa yang tak reti makan petai. Walaupun petai itu busuk, tapi ia amatlah sedap dan nikmat tau! Tambah-tambah kalau masak sambal petai bersama udang. Pergh! Marvellous betul la! Ekeke. Tapi, kalau dah ada orang tak reti makan dan tak suka, takkan kita nak paksa pula kan.



By the way, aku rasa tak payahlah nak cerita panjang lebar pasal khasiat petai kat sini. Sebab cik Azrin dah explain panjang lebar dalam blog beliau. Ehehe.

P/S : Berdebar-debar pulak nak p holiday bersama mereka ahad ni! (^_^)

Thursday, December 3, 2009

::I fall in love with...::

Salam,

Sejak start cuti semester, kerja aku di rumah hanyalah tengok tv, tolong mak apa yang patut dan tidur. Masak kadang-kadang. Sesekali saja keluar jumpa kawan dan saudara mara. Especially time raya qurban hari tu lah yang pulun jumpa kawan dan saudara. Disebabkan rumah aku takde ASTRO, so tengok je la cerita yang dok tayang kat tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv dan tv9. Ulang punya ulang, last-last terpikat pada sebuah drama Korea ni. Waduh! Touching tak terkata la. Aiyoo..dahla hero cerita ni hensem siot. Heroin pulak comel. Memang sangat best la kalau nak dibandingkan dengan cerita melayu. Tajuknya adalah "EAST OF EDEN". Setiap hari Isnin-Khamis, jam 1230pm-130pm at tv2.


Mungkin cerita ni dah lama kot. Aku pun tak sure. Tapi, buat peminat cerita Korea terutamanya Nisah, pastinya takkan ketinggalan tengok cerita ni kan? Anyway, kalau nak tengok kesemua episod, boleh la usha laman web ni http://www.mysoju.com/east-of-eden/

P/S : Entry ni tiada niat untuk promote cerita ni pada sesiapa. Hihi...;)

::Potong=Cut::

Salam,

Sejak balik kampung bulan lepas, baru aku perasan iklan 'potong' ni. Ketinggalan kan saya? Hihi. Yerla..masa kat kampus, asyik busy dengan exam. Memang tak sempat nak tengok tv. Btw, my mum sangat sukalah iklan ni. Tergelak-gelak beliau. Aku pun heran kat mana la yang kelakar sangat. Tapi, bila dah tengok betul-betul, kelakar jugak la. My mum suka part 'OF COURSE'. Haha. Kelakar laki tu jawab. Kat sini, aku upload iklan tu (versi penuh)





Dan, bila terdengar je perkataan "potong" ni, ada yang tersengih-sengih, gelak-gelak la. Minggu lepas, aku pergi pasar malam dengan mak. Ada abang jual ikan tu cakap 'potong..potong'. Disahut pulak dengan pakcik jual petai, 'potong..potong'. Lepas tu, orang sekeliling gelak-gelak. Ada sengih-sengih. Termasuklah aku. Haha. Jiran sebelah rumah akak aku ni pon dok sebut 'potong potong' kat anak dia sampai kedengaran ha ke telinga aku. Huhu.

P/S : Sejak iklan P1W1max ni muncul, famous pulak word "potong" ni. PEACE :)

Wednesday, December 2, 2009

::Brother Petronas::

Salam,

2 minggu yang lepas, aku ke stesen minyak Petronas untuk isi minyak. Disebabkan minyak memang tahap nazak, terpaksalah pergi juga stesen minyak yang dekat dengan umah aku tu walaupun hanya ada RON 95 saja. Mujur bukan motor baru, so takpa lah. Buat-buat tak kisah. Aku bagitau brother tu nak isi RM4. Dia angguk sambil sengih-sengih. Dalam hati aku, 'kelakar sangat ke minta RM4 pon?' ish.

Sementara dia tengah isi minyak tu, aku usha kereta di jalanan. Tetiba dia menyapa :

"Umo berapa dik? Sekolah lagi ke? Tingkatan berapa?"

Aku buat-buat terkesima " erk?? Tingkatan? Saya dah masuk universiti la." (Dalam hati, 'muda ke aku?? Hihi')

Dia tanya lagi " USM ke?"

Aku balas "UKM le..sekarang kan cuti. So, duduk rumah la."

Dia tanya lagi " Nama apa?"

Aish..banyak tanya pulak brother ni.."erm..orang panggil ANA.." (dalam keadaan macam ni, kena la tipu sikit..suka sunggo nama ANA..hihi)

Then, dia tegur lagi. " ANA je?? Oo..saya ni dah 25..bujang lagi. Tapi, kerja ni je la. Pam minyak..nak kahwin pun tatau sapa yang nak"

Erk..aku cuma mampu tersengih bila mendengar kata-kata dia. Dalam hati ni, punya tahan gelak. Haha. Bayangkanlah dia je yang asyik bercerita itu dan ini sedangkan tiada satu soalan pun keluar dari mulut aku. Huhu. Yang tak tahan, cita bab kahwin. Waduh!



Balik rumah, aku cerita pada mak dan akak. Mereka semua ketawa besar. Memang aku dah aim muka brother tu. Lepas ni kalau aku jumpa, konfem aku isi minyak sendiri. Suka tanya banyak soalan sangat.. huhu~

P/S : Lagi 15 hari nak menatap result. Uh, cuak tak terkata!

Tuesday, December 1, 2009

::Meriah dan Terus Meriah::

Salam,

Sudah lama blog ini tidak diupdate. Kesian..hihi. Btw, ahaa...now terasa mood nak mengupdate kembali. Ayuh!

*****************************************************************
Firstly, nak cite pasal my hero. Huhu. Anak buah saya la. Siapa lagi. He is Zaquan Naim bin Zaharizal. Luv him so much! Tak sabar nak tunggu dia besar 2 3 bulan lagi. Ouh..maksu sayang bebeno dia...cayang sunggoh la! ( walaupun masa 1st time cuci punggung dia, dia telah 'menyimbahkan air hujan' ke atas tangan maksu dia..gift hebat betol!! ;)


::Ketika berumur 10 hari::


::Ketika berumur 4 hari::

::Ketika berumur 2 hari::
***********************************************************************
::TAK SEINDAH BIASA::

Pada 13 November yang lalu, hari yang cukup bermakna buat aku. Nak tau kenapa? Bus telah berjaya meninggalkan aku terkontang kanting di Puduraya. Wahaha. Padan muka aku! Supposely bus tersebut gerak tepat 1130am. Ketika jam 1125am, aku baru je turun dari LRT dan gigih gila lari ke platform. Dengan barang yang banyak kiri dan kanan, sunggo tak ubah macam makcik jual barang. Mujur la muka ni nampak muda banyak. Hihi. Penat-penat berlari, tiba-tiba bus yang sepatutnya dinaiki BARU SAHAJA gerak! Alangkah!!! Ouh..terpaksa la aku beli tiket baru dan melapuk di Pudu selama 2 jam! Cukup membosankan! Tapi, aku pasrah..padan muka aku sama. Nak salahkan komuter gedik-gedik lambat tu, salah jugak sebenarnya. Tapi, semuanya salah sendiri. Sebab keluar lambat. Huhu. Tapi, takpelah. Pengajaran buat masa akan datang. Mungkin lepas ni, selesai je solat Subuh, terus gerak menuju ke Pudu. Hihi. Tapi, apa yang pasti ada hikmahnya kan. Kalau tak, tak de la ternampak budak pakai baju RUBIK, budak UKM sesat kat PUDU dan sorang akak ni yang asyik bercerita tentang kisah rumahtangga beliau. Aku sekadar mendengar apa yang patut sahaja dan juga mungkin peringatan buat aku ketika berumahtangga kelak. Waduh! :)



************************************************************************

::FASI di UiTM MERBOK, SG PETANI::

::Adik-adik solehah group Kak Jiha::



:: Sebahagian daripada peserta ::

Yuhuu!! Tatau la napa aku ditakdirkan untuk menjadi Fasi tetiba di UiTM Merbok. Tak pernah terlintas pun di hati akan menjadi sebahagian daripada fasilitator di sana. Apapun, atas jemputan seorang kawan, aku ditugaskan menjadi fasi selama 3 hari di UiTM Merbok sempena Program Summer Camp Anak Soleh. Overall, aku seronok sangat menjadi fasi di sana walaupun tidaklah begitu mengenali rakan-rakan yang lain, namun telatah anak-anak membuatkan ukhuwah antara kita terjalin rapat. Dan buat aku yang merupakan anak last ni, panggilan 'KAK JIHA' cukup membuat aku tersenyum riang. Disebabkan aku tak pernah ada adik, aku rasa sangat seronok bila ada yang memanggil aku begitu. Aishh..(seronok terlebih pulak!)

*************************************************************************

P/S : Tak sabar nak bersantai bersama geng sengal ku lagi! Miss them! ;)
Blog Widget by LinkWithin