:::ORANG-ORANG MANIS:::

Wednesday, April 7, 2010

::Erm..::

Salam,

Yeay! Dah selamat sampai UKM. Dah lepas rindu nak jumpa my hero, mum and others. ;)
Puas hati la dapat lepak kat rumah 5 hari. Gulai ikan nyok-nyok dapat makan, main boling pon dapat. Nak jumpa member lama pon dapat. Alhamdulilah. Sambal petai ja tak dapat lagi. Orang jarang jual petai la kat tempat aku tu. Penat melilau cari kat pasar. Tapi takpela. Tunggu bulan depan. Ada rezeki, dapatlah telan.

Hari-hari baca paper. Banyak benda yang tak sangka berlaku. Takziah buat keluarga arwah Din Beramboi. Semenjak dia meninggal, ada pulak yang ambil kesempatan ceroboh masuk rumah dia. MasyaAllah..dugaan dugaan. Simpati dengan isteri arwah dan anak-anak dia. Ketua dalam keluarga mereka pergi dalam keadaan yang agak awal. Belum sempat anaknya bekerja dan balas jasanya. Mungkin Allah lebih sayangkan dia. Percayalah semua ni pasti ada hikmahnya. Bila tengok keadaan anak dan isteri yang ditinggalkan, tiba-tiba  rasa nak kongsi cerita tentang something yang happened to seorang hamba Allah ni sejak 5 tahun lepas. Now dah 2010. Tak sangka. Cepat sangat masa berlalu buat dirinya.

Hamba Allah ni anak bongsu. Ada 4 beradik. 2 kakak dan 1 abang. Sejak masuk form 4, ditakdirkan dia kena belajar di sekolah berasrama. Walaupun masih dalam negeri yang sama, tapi perjalanan dari rumah ke sekolah almost 2 hours. Mula-mula memang dia tak biasa. Maklumlah sebelum ni pergi sekolah ulang alik dari rumah. Makan minum tidur semuanya kat rumah. Tiap-tiap hari duk rumah. Bila kena duk asrama, dah mula berjauhan dengan mak bapak. Mula lah kena belajar manage diri sendiri dengan baik. Bangun pagi, awal-awal, solat jemaah ramai-ramai, cop turn (after! after!) untuk mandi n makan, pergi riadah, balik kampung naik bus bila tiba cuti atau hujung minggu. Semuanya dia belajar sendiri since masok sekolah berasrama. Namun, alhamdulillah. Dia dapat survive walaupun mula-mula tu ada la 'hujan' walaupun dah berusia 16 tahun. Haha. Bila masuk form 5, bulan Mac 2005, Allah mula uji dia. Abahnya dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang akibat jangkitan kuman dalam buah pinggang. Sejak 1993, abahnya telah lama hidap penyakit buah pinggang. Everyday kena cuci buah pinggang 4 kali sehari. Guna CAPD. Not hemodialisis. Pengalaman tengok abahnya cuci buah pinggang guna CAPD tu makin hari makin biasa dalam hidupnya. Mungkin bagi orang yang baru tengok, agak ganjil dan kekok, Dan mungkin seriau semacam. Sebab di perutnya ada satu wayar yang ditebuk untuk memudahkan air ubat masuk dan cuci by using CAPD. (I dunno CAPD stand for what).

Then, sejak dapat tahu abahnya dimasukkan wad, dia rasa benda biasa  je n hope abahnya dapat pulih dengan cepat sebab sebelum ni pon abahnya selalu jugak masuk wad dan lepas seminggu, dah ok. But, this time is different. Hampir 2 minggu lebih abah masuk hospital dan tak sembuh-sembuh. Dalam masa 2 minggu tu, hanya sekali dia berpeluang balik ke hospital jenguk abahnya since dia masih sekolah and tinggal dia asrama pulak. Susah nak ulang alik dan takkan selalu mau ponteng sekolah pulak. Dia mula rasa tak sedap hati. Pernah kawan baiknya yang sudah tiada ayah masa kecil cakap kat dia suruh balik hospital sekali  lagi jenguk abah kat hospital. Kalau tidak, mungkin akan menyesal. Bila dengar kawannya cakap macam tu, mulalah rasa lagi tak sedap hati. Pergi jumpa cikgu bahagian hal ehwal pelajar, minta kebenaran nak balik hujung minggu sebab nak jenguk abah sakit kat hospital. Itupun cikgu susah nak percaya and dia ingat budak ni main tipu. Sebab at that time, banyak student mau balik rumah and rekacipta pelbagai alasan. Sampaikan bila maknya call pihak sekolah and cakap pasal abahnya sakit, barulah cikgu tu bagi kebenaran nak balik. Sunggoh kecewa dengan tindakan pihak sekolah. Sampai macam tu sekali. Kalau bab-bab sakit ni, susah orang nak tipu. Tapi, apapun, dia dapat jugak kebenaran nak balik rumah minggu tu. Perancangan Allah memang baik sekali.

Petang Khamis tu, dia mula cari bas di Alor Star dan turun di Butterworth. Naik pulak feri dengan berpakaian baju batik sekolah. Keseorangan. Orang tengok pelik, pandang-pandang. Tapi dia tetap cool. Hanya teringatkan abahnya, dia jadi kuat dan nak sampai ke hospital cepat-cepat. Ini kali pertama dia ke hospital sorang-sorang dengan public transport. Sampai di jetty, cari pula bus mini untuk ke hospital. Tanya orang. Nasib orang tu bagi direction yang betul. Dalam bus, duduk sebelah uncle cina. Nasib baik dia bagitau kat mana kena turun walaupun badannya berbau semacam. Uh. Kalau tak, dah melepas ke mana hala budak tu. Sampai di hospital, jumpa maknya dulu sebab maknya memang sentiasa di hospital teman abahnya. Saat jejak kaki di hospital tu, air mata mula nak jatuh bila tengok abahnya tengah menjalani proses hemodialisis. Since kena infection, abahnya dah tak pakai CAPD. Kena guna hemodialisis. Tengok banyak gila wayar yang bersalutkan warna merah darah. Cukop meremangkan bulu roma tambah-tambah bila tengok orang yang kena tu is abah sendiri. ;(

4 hari dia bermalam di hospital dengan mak, kakak dan abang. Tidur tak lena. Makan tak lalu. Tapi, disebabkan lapar, gagah gak la makan. Kadang-kadang abang tidur tepi abah, maknya dan yang lain tidur di surau. Betul-betul rasa merempat masa tu. Tiba pagi Isnin, barulah gerak balik ke sekolah semula. Abangnya hantar sampai ke stesen je. Dalam hati berat gila dia rasa nak pulang. Cuma doa saja yang boleh semoga abahnya cepat-cepat sembuh. Air mata jadi murah tatkala itu. Sunggoh murah. Asyik kejatuhan membasahi bumi. Peritnya rasa bila nak meninggalkan abahnya di hospital dengan keadaan yang terlantar begitu. Suapan aiskrim wall's paddle pop untuk abahnya semalam asyik terbayang di fikiran. Menambahkan lagi rasa sayu di hati. Sedangkan sebelum ni, abahnya tak pernah meminta untuk kongsi makan aiskrim sama-sama apatah lagi makan aiskrim bekas gigitan anaknya. Namun, maknya pesan, kalau orang yang sakit minta nak makan itu ini ,bagi je la walaupun dia tak boleh makan. 

Next Monday, sebelum pergi kelas prep (petang), dia sempat call maknya untuk menanyakan tentang keadaan abah. Masa tu tak boleh bawa handphone ke sekolah. Guna public phone. Dengar suara mak, cakap abahnya ok. Macam biasa. Tapi, suara putus-putus. Lepas tu, prefect mula buat announcement suruh tinggalkan kawasan asrama dan kalut-kalut dia gegas ke kelas. Sementara tunggu waktu Maghrib, dia bersembang dengan ahli dorm yang lain. Ramai-ramai bercerita itu ini sambil makan roti cicah air teh. Masa nak ke toilet untuk ambil wuduk, ada kawannya tegur cakap yang kakaknya ada di bilik warden. Dia macam tak percaya, tapi gigih pergi usha di balkoni bilik warden dan kelihatan seorang kanak-kanak kecil dan dua orang perempuan muda. Sekali pandang, dia rasakan kawannya tipu, tapi bila pandang kali kedua, ternyata itu memang kakaknya. Dalam hati, Allah saja yang tahu. Laju gila dia lari ke bawah dan pergi ke balkoni bilik warden. Sebaik tengok mata kakaknya yang sudah merah tu, jantungnya bukan main berdegup kencang. Dalam fikiran, mula fikir tentang abahnya. Dan apa yang difikir tu memang betul. Kakaknya cakap, 'abah dah takde'

Dengan spontan, dia menjerit-jerit dan menangis macam budak kecik. Semua penghuni asrama yang lain tengok drama sebabak tu. Bayangan muka abah masa kat hospital mula terjah ke fikiran satu demi satu. Memang betul orang cakap, bila emosi mengatasi akal fikiran, segala yang dilakukan ada kalanya di luar kawalan. Tidak semena-mena, dalam keadaan yang sedih dan terkejut tu, dia memeluk orang lain. Bukan kakak sendiri. Dia tak sedar apa yang dia buat. Sampaikan bila kakaknya suruh kemas barang dan pulang ke rumah, baru dia bergegas balik ke dorm dan kemas barang yang perlu bawa balik. Air mata menjadi semakin murah masa tu. Sampaikan rasa kering. Dah taknak keluar dah. 

Malam tu, jenazah arwah abahnya tiba di rumah lebih kurang pukul 10 malam. Suatu perasaan sedih dan hiba teramat sangat tatkala melihat jenazah abah sendiri masuk ke dalam rumah. Seakan hampir meraung dia dan kakaknya macam dah tak tentu arah. Mujur ada maksu dan pakngah mereka yang datang tolong tenangkan perasaan mereka. Kelihatan mata maknya sudah merah dan tiada lagi tangisan. Barangkali mungkin kerna sudah penat menangis. Pengalaman melihat jenazah abah sendiri di depan mata memang sukar dilupakan. Setelah berminggu-minggu abahnya meninggalkannya sekeluarga, lama jugak masa yang diambil untuk dirinya pulih seperti biasa. Mahu meneruskan hidup seperti biasa. Sebab ada jugak insan lain yang sama status sepertinya, dan ada yang lebih teruk dialami oleh orang lain, tapi mampu hidup dan berdiri seperti biasa. Bila mengenangkan kesusahan orang lain, dia menjadi semakin tabah dan tenang sebab dia tahu apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sejak ketiadaan abahnya, dia mula belajar hidup dengan lebih berdikari. Jika dulu ada abahnya yang akan menjemputnya di stesen bas tatkala pulang ke rumah di hujung minggu, kini tiada lagi. Sama ada naik bas ataupun teksi. Pasrah. Pesan maknya, jangan nak mengada-ngada sangat. Belajar urus diri sendiri tanpa susahkan orang lain. Berbulan-bulan lepas itu, peperiksaan SPM berkunjung tiba. Alhamdulillah. Segalanya dapat dia lakukan walaupun sudah 6 bulan abahnya tiada di sisi. Dan yang pasti semua subjek yang diambilnya lulus walaupun tidak semua A1 tercatat dalam slip keputusannya. Lepas SPM, cuti yang ada digunakan sebaiknya. Pada masa inilah, baru dia belajar untuk bayar bil eletrik sendiri, bil api, bil telefon, beli beras, beli minyak dan segala kerja yang abahnya lakukan dulu seolah-olah diambil alih oleh dirinya since maknya tak pandai nak drive transport sendiri. Abangnya pula kerja di Kuala Lumpur  pada masa tu dan kakaknya juga masih belajar jauh di tempat orang. Namun, semua itu amat bermakna dalam hidupnya  walaupun baru berusia 18 tahun ketika tiu dan sehingga kini,  segala yang berlaku dari awal penceritaan abahnya sakit sehingga titisan nafas terakhir masih segar dalam ingatan. Sehingga tarikh 4 April 2010 yang lalu, genap 5 tahun ianya sudah berlalu. Al Fatihah buat arwah abahnya.

Kini, anak-anak arwah sudah bekerja. Dan ada yang dah berkahwin. Cuma yang bongsu masih belajar. Kehidupan dalam keluarga arwah semakin baik. Ditambah dengan kehadiran seorang cucu comel. Alangkah bahagianya seandainya arwah masih ada dan dapat berkongsi kegembiraan ini bersama-sama. Tapi, anak-anak arwah percaya bahawa Allah lebih menyayangi arwah abah mereka dan arwah pasti sedih jika tahu anak-anaknya yang masih hidup ini berfikiran sebegitu rupa. Yang pasti, mak mereka selalu berpesan supaya redha dengan setiap ketentuanNya kerna DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. =)

Berbalik kepada cerita yang berlaku kepada keluarga arwah Din Beramboi baru-baru ini, aku rasa simpati sebab tatkala mereka tengah sedih dengan pemergian arwah, ada pulak yang mengambil kesempatan. Sunggoh tak bertimbang rasa. Sekarang manusia semakin hilang pertimbangan bukan? erm. aku berharap agar keluarga hamba Allah yang diceritakan dalam cerita di atas ini selamat daripada sebarang kejahatan, bencana dan perkara-perkara buruk. Amin..

P/S : Entry pertama dalam bulan April yang begitu panjang. Maaf kalau rasa penat membaca. Thanks pada yang sudi baca sampai habis.;)

15 comments:

ber_u_wang said...

hmm.. kehilangan itu amat sakit.. lebih lebih lagi insan yang kita sayang. uncle yang dah tua ni pun masih terasa kehilangan aruah mak.. biarpun sudah hampir tiga tahun berlalu

poppy said...

al-fatihah buat abah jiha. semoga cik jiha tabah dan selalu..

btw, pernah dengar cerita ni?

http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/04/rafiqin-darwisy-budak-yang-menghina.html

poppy said...

tabah dan selalu??
apakah ayat aneh itu. haish

semoga cik jiha tabah dan kuat selalu...

Fathi Adha said...

sedih... dan tabah adalah tema...

ingatlah.. Allah sentiasa bersama dgn org2 yg sabar dan tabah...

Lein John said...

sedih nyer aku baca... huhuhuhu...
semoga beliau d tempat orang-orang yg beriman....

Anonymous said...

sedih sgt bca entry ni,sggh touching...my pray,smoga awk semakin tabah mghadapi dugaan-Nya...amin~

pak long said...

salam....
ent3 yang menyentuh perasaan...moga lebih tabah..buat tuan blog..appy selalu

Anonymous said...

wuuuu...ak pon sdey bce..sdey gler...
kuatkn smngt..=)

-amal-

Kyuubi_85 said...

penatnya mata membaca. tak la, gurau ok :D

tabah mengahadapi segala kemungkinan dalam hidup. hidup mmg begitu, penuh dgn dugaan dan sering ramai yg tertewas.

moga yang berkenaan ni tabah mengharungi segala dugaan.

::SizuKa:: said...

uncle :

ye uncle. memang perit bila kehilangan orang yang kita sayang. tapi itu semua Allah dah tentukan. lagipun, mati itu memang pasti. cuma kita je belum tahu bila tiba giliran kita. ketiadaan abah buat dia lebih kenal erti ketabahan ;)

::SizuKa:: said...

Poppy :

thanks dear...yup. aku baru baca pasal kisah budak tu semalam. so bad! erm..jangan dilayan sangat budak tu kan.

::SizuKa:: said...

Fathi : yup..semua itu buat dia tabah selalu. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..

Lein John : thanks lein john =)

::SizuKa:: said...

Pak Long :

salam kembali...
thanks Pak Long..cerita yang dipaparkan ni memberi 1001 makna dalam hidupnya. Tuan blog kini selalu happy dan hidup bahagia..=)

::SizuKa:: said...

anonymous : terima kasih =)

amal : thanks amal..perkongsian cerita tentang seorang hamba Allah yang kehilangan abah ketika berumur 17 tahun...buat yang masih ada abah, hargailah dan jaga mereka sebaik mungkin..=)

::SizuKa:: said...

kyuubi :

thanks kyuubi. memang benar. hidup di dunia memang begini. penuh dugaan dan cabaran. yang penting, tempuhi dengan penuh keimanan dan keyakinan. Allah Maha Mengetahui =)

Related Posts with Thumbnails