:::ORANG-ORANG MANIS:::

Wednesday, January 27, 2010

::Baru tahu::

Salam,

Entry kali ni banyak berkisar pasal kecantikan dan kesihatan wanita. Mimpi apa tah nak cita pasal bab-bab ni. Laki nak baca pon boleh. Mana tau kot-kot nak bagi peringatan pada nenek ke, mak ke, isteri ke, tunang ke, akak ke, adik ke, kawan perempuan or teman wanita tersayang. Huhu..

Bulan lepas, aku baru tahu tentang ZAI BEAUTY FORMULA. Ada yang dah tahu ke?
Bulan ni baru aku tahu tentang AIVIL BEAUTY. aa. Ada yang dah tau gak ke? Erk.

Girls out there?

Aiyo. Apsal aku baru tahu masuk 2010 ni. Gila ketinggalan. Sedangkan benda ni dah lama dah. Aa. Maybe aku malas nak ambil tahu kot pasal benda ni before this. Sebab aku kan budak-budak lagi. Hehe.

Ada yang pernah dengar Sodium Laureth Sulfate?

Propylene Glycol?


Dioksin?


Pestisid?

Hoo. Dah lama tak sebut term-term adik beradik KIMIA ni. Haha. Ralat plak. Kalau google one by one, sure tahu kan function semua ni. Bulan lepas, aku teman kawan aku. Pergi ZAI BEAUTY FORMULA kat Bangi ni. Kelakar pulak. Serius macam jakun gila masuk spa kecantikan ni. Dahla cakap skema. Sakit perut aku tahan gelak. Tapi, honestly diorang memang 'jaga' gila customer. 'Jaga' means cakap lemah lembut, salam, senyuman yang manis, nak balik pun hantar sampai depan pintu. Haha. And the best one, even aku datang teman je (bukan nak beli produk pon) tapi dia tetap bagi minum mineral water. Haha. (Ala..mineral water je, bukannya Baskin Robbin). Bla..bla..bla..akak tu bercerita. And apa yang aku dapat simpulkan :




-->> Sume produk ada letak bahan kimia. Cuma tak tahu exactly amaun yang digunakan dalam sesuatu produk. Tapi, ZAI takde bahan kimia. 100% asli. Aa. Tak caye? Klik here.

-->> Kalau itu tak elok, ini tak elok..pakai je la bahan tradisional. Cuci rambut pakai santan. Cuci muka pakai putih telur. Segarkan mata pakai timun. Buang parut guna kulit pisang. Haha.

Ok. Itu pasal ZAI. Next, pasal AIVIL.

Aa. Produk AIVIL ni dengar kata cukup bagus. Tapi, ada kesannya jugak. But, depends on seseorang. Pagi tadi kawan aku promote benda ni. Malam ni rumet aku lak promote.Hoho. Pakat-pakat promote aih. Yang kelakarnya, baru hari ni aku tahu pad yang selalu aku beli selama ni sebenarnya diperbuat daripada apa. Hmm. Cukup bahaya. Mungkin ada hikmahnya kot kenapa hari ni aku baru tahu pasal AIVIL ni. Hoho. For more info, klik here.

Tak habis-habis aku suh klik kan.
Haha.
Takpe.
Usah risau.
Aku tak suh klik nuffnang.
Sebab blog ni takde nuffnang.
Hee~

P/S : Esok pilihanraya kampus kat UKM. Buat kali ketiga dan terakhir. Waaa~

7 comments:

nisah said...

suke haigen-dazzzzz lg...
hehehe...

Fathi Adha said...

banyak sudah pasal perempuan punya perodak...

tak mau komen...hehe

deus X machina said...

tak mahu komen pasal produk wanita

mahu komen pasal p'raya kampus je
buat je undi rosak
erk888

Anonymous said...

hihi. ko baru tau.. aku lagi la baru tau 5 min yg lepas. perkatan2 aneh. apekah??
ko patut dpt royalti aa sebab dok promote2 produk org. hehe

*sesungguhnya ku tergolong dlm golongan org yg jahil.. wuwuwu*

:poppy blur:

::SizuKa:: said...

Nisah :

tak pernah lagi rasa haigen-dazz. nanti belanja aku nisah. hehe.

Fathi :

hee. takpe. nanti dah ada bini, kena amik tau gak. hoho~

deus :

hoho. undi sebaik mungkin.

Poppy :

haha. nasib ko baru tahu, means, ada lagi orang yang tak tau dari aku upanya. hehe..

gaya nampak aku mcam promoter ek. aiyoyoo.

Jejak Hamba said...

salam...
baca saja tak tau nak komen apa... ;p

::SizuKa:: said...

Fakhrul :

salam kembali..

hoho. kan bagus kalau ko komen kata nak belanja aku makan aiskrim bulan 7 ni. haaaaaa..sukenyeeeerrrrr Ya Allah~

Related Posts with Thumbnails