:::ORANG-ORANG MANIS:::

Friday, January 29, 2010

::Khamis 5pm::

Salam,

Entry ke-200.

Aku cukup tak suka masuk kelas pukul 5pm hari Khamis. Satu kelas ni je aku ada tiap Khamis. Kelas Asas Pengurusan Kewangan. Petang-petang macam ni otak aku lambat sikit nak bekerja. Selalu mengantuk time ni. Sebab pukul 3 or 4 aku mesti telan apa-apa makanan yang sedap. Takut lapar dalam kelas. Tapi, bila dah makan, jadi ngantuk pulak. Pening betul jadi aku. Tadi, aku tak faham pon apa Cik Liza ajar dalam kuliah. Dahla sempat tidur lagi tadi. Sunggoh tak dapat nak bulatkan mata semaksimum lagi. Sedangkan Cik Liza gigih gila explain one by one kat depan macam mana nak cari AFN la, kapasiti penuh la..apa lagi tah. Aku tak tahan. Memang mata terpejam. Tapi telinga dengar. Otak fikir satu-satu ayat dia. Tapi, bila buka mata, aku pening apa dia cakap tadi. Aa. Midsem 25 Februari ni je. Agaga~

Minggu lepas aku baru je ym dengan kawan sekolah lama aku ni. (Acap kali.). Itu 1st time ym dengan dia sejak lepas SPM. Gila dahsyat. Hari tu aku terasa nak add dia kat ym. Then, chat la tanya khabar, buat apa sekarang ni, belajar mana and so on. Hari ini, aku dapat tau dia masuk ICU Hospital Kulim. Atas demam yang dijangkiti kuman. Terkedu sangat. Aku hope dia akan cepat-cepat sembuh. Amin..

P/S : Sem ni aku tak jejak kaki lagi ke SOGO, JALAN TAR, MIDVALLEY, SUNWAY, TIMES. Aa. Rekod baru 2010 ni bakal pecah dalam minggu ni. (kot). Ayuh!

23 comments:

Misz SeroJa said...

wah!!!
moga kawan kamoo cpt sembuh...
pattlah x ym aku..ekekkee

hbt giler rekod ko..
aku plak sem ney terlebih kuar sudah..
sampai kna limitkan plak 2..huhu

Misz SeroJa said...

ouh..lupa plak nak wish gudluck 4 midsem kewangan..
dun worry..
u can do it lah...

aku ney ag lah..
midsem mnggu dpan je..banyak bnda nak kna baca n ingat..
pray for me k..

RoSe_violeTe said...

betol3!!!
tadi kpale otak bingung memikirkan AFN n so on tu...
sbb perut sdg memikirkan mee hoon plus telur dadar la..mee hoon singapore laa...hehehe~~:P

deus X machina said...

cesss
ingatkan nak pecahkan rekod study awal sem ke
erk888

Jejak Hamba said...

salam...
dashat betul. tutup mata dalam kuliah bleh pk2 lagi... ak klu dah tutup mata, otak pun tertutup skali... ;p

Fathi Adha said...

tutup mate smbil dgr kuliah tu normal...
tp kalau off otak dlm dwn kuliah tu luar biasa...

sy selalu tido dlm kelas petang, sbb penat dan tak tahan ngntuk...

p/s: harap kawan suzuka cepat sembuh...

nisah said...

dun wori la...
lama2 faham la 2 yg cik liza ajar...
ktorg pn dlu mcm 2 gak...
tp bila nk exam sume jd faham...
hehehhe...

::SizuKa:: said...

Misz Seroja :

aku ym ko bila perlu. hehe. hebat ke rekod aku? haha. tu pasal ada hikmahnya Datuk J lambat bagi duit kat aku. haha. thanks for ur wish. Riso oo APK ni. Good luck for EKOLOGI!!

::SizuKa:: said...

Pek Jah :

hoho. ada juga orang yang sama dengan aku upanya. INgatkan aku sorang je tak faham tadi. hehe. mee hoon singapore? lama dah tak makan makanan tu.

::SizuKa:: said...

Deus :

haha..

Fakhrul :

salam..
hohoho. otak sentiasa berfikir. sebab tido-tido ayam ja dalam kelas. kalau tido sunggoh-sunggoh, memang dengkur pe nanti. terkejut lecturer aku. hoho.

::SizuKa:: said...

Fathi :

erk. selalu tido jugak ke? hoho.

aa. hopefully sgt my friend cepat sembuh.

^_s::a::s::a_^ said...

SOGO, JALAN TAR, MIDVALLEY, SUNWAY, TIMES.
mcm familiar jew~
hahaha

::SizuKa:: said...

Sasa :

SOGO, JALAN TAR, MIDVALLEY, SUNWAY, TIMES. ??

familiar sebab?

aku rasa ko lebih familiar dgn ALAMANDA la. haha~

Noru Amran said...

Sasa ckp familiar sbb itu status die kat efbi baru2 ni.kan sasa kan?
jom gha. pdhl...stokastik xsiap lagi.
moga kwan gha cepat sembuh. dan moga ALLAH beri dia kekuatan itu. =)

::SizuKa:: said...

Kak wani :

aa. semangat jiha bila akak sebut JOM! aduu...huhu. thanks akak. jiha sgt harap that guy akan sembuh cepat-cepat.

^_s::a::s::a_^ said...

ha'ah..pandai r k.wani~
tau3 jew ape yg sy fkr..
sehati sejiwa kite~ ekekeke

pak long said...

salam...
lepas makan ni kena bantal yang paling syahdu

Anonymous said...

Klu aku kelas pukul 5 tak kisah , ini kelas pukul 2 tu yang buat penat tu.Nagntuk owrr kelas pukul 2

abigemok said...

alahai, moga kawan ko tu sempat sembuh... bahaya pula demam skrg ni..

Anyway, gidluack midsem tu ya? :D

Everything Beautiful

Firol said...

biasalah belajar masa petang otak melayang...


harap kawan sizuka sembuh cepat

Jejak Hamba said...

alhamdulillah.. ak stakat ni although deep sleep dalam kelas takde la sampai dengkur... tapi tak slap ak minggu lps, ak mmg tido nyenyak habis smpai sensei panggil berkali2 ak tak bngun haha... last2 member ak ketuk meja ak kuat2 haha...

::SizuKa:: said...

Kak wani :

aa. yeke. aiyo. awat gha tatau pon. huhu..

SASA :

bukan kes aku tiru ko k..heee~

Pak Long :

memang pon. syahdu tak terkata. plus, kena tilam yang empuk. ouh~

::SizuKa:: said...

touya :

kalau kelas 2, aku leh g terima. kalau kul 5..huu..berat mata ni.


kyuubi :

saat aku balas komen ko ni, kawan aku dah meninggal. al-Fatihah..

Firol :

otak melayang-layang..aa...kawan aku dah takde. Al Fatihah buat arwah..

Fakhrus :

macam NObita je pon..huhu~

Related Posts with Thumbnails