Pada masa dahulu, terdapat dua orang sedang berehat di bawah pokok yang besar.Di hadapan mereka terdapat padang yang luas yang dipenuhi dengan pelbagai bunga yang berwarna-warni.Bunga-bunga di situ sungguh cantik dan menarik. Dua orang yang sedang berehat di situ adalah merupakan seorang guru dan anak muridnya.
Sedang mereka berehat anak murid bertanya kepada gurunya.
”Bagaimana kita dapat jumpa kekasih sejati kita.(soulmate)?”
Sambil terkejut dengan soalan anak muridnya,si guru pun berkata.
”Soalan itu sebenarnya mudah dan agak susah”
“Mengapa guru berkata demikian?”,tanya anak murid dengan kehairanan.
“Begini sebenarnya, untuk menjawab soalan yang kamu tanya tadi, sekarang cuba kamu lakukan perkara ini. Kamu jalan sahaja dari sini sampai ke hujung padang ini. Petik satu sahaja bunga yang kamu fikir cantik. Ingat cuma satu sahaja. Kamu juga dilarang berpatah balik.”
“Baiklah saya akan menurut arahan guru.Tunggu saya sebentar,”kata anak murid tersebut sambil berjalan untuk membuat perkara yang disuruh gurunya.
Selang beberapa ketika,anak muridnya kembali.
“Guru tak nampak pun ada bunga di tangan kamu?”,tanya guru sambil tersenyum.
“ Begini ketika saya berjalan, saya ternampak satu bunga yang cantik, tetapi apabila saya ingin memetiknya saya terfikirkan mungkin ada bunga lebih cantik lagi di hadapan. Ini menyebabkan saya tidak jadi memetiknya. Saya terus berjalan dan sehinggalah saya sampai ke hujung padang ,baru saya sedar saya tidak memetik langsung bunga pun. Oleh kerana mengikut arahan guru maka sebab itu saya tidak mengundur kembali .”
Guru itu pun menjawab,”begitulah kehidupan anak muridku”.
Pembaca sekalian, begitulah kehidupan yang berlaku sekarang ini. Bunga-bunga yang ada
dipadang tersebut boleh dianggap sebagai calon-calon teman sejati kita.Laluan yang kita laluinya pula boleh dianggap sebagai garis masa kita dan anak murid tersebut adalah kita.
Oleh kerana terlalu memilih, akhirnya menyebabkan kita menjadi tamak.Kesannya kita terlepas peluang keemasan dalam kehidupan kita.Paling teruk kita terlepas untuk mendapat Cinta kita yang sejati.
Peluang Bisnis Paling Menjanjikan di Tahun ini
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment