:::ORANG-ORANG MANIS:::

Monday, March 23, 2009

::Lelaki Idaman Saya::

Salam, entry ke 60.

Kelewatan malam begini suka membuat aku hilang mood untuk study. Adeh. Lantas, cek emel yang telah berkurun lamanya. Konon untuk restkan minda la. Haha. Terjumpa satu emel yang dihantar oleh abang aku. [ Tuesday, 3 April 2007, 8.08 pm]

Tajuknya : Lelaki Idaman Saya.
Silalah baca buat kaum Hawa.

**************************************************************
"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti". Itulah sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

a. Kuat agamanya.
Biar sibuk macam mana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

b. Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

c. Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam

d. Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

e. Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

f. Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

g. Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

h. Rakan pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya

i.Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

j. Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai oleh calon yang demikian sifatnya^^

*****************************************************************

P/s : Berdoalah yang terbaik. Amin.**Speechless**

12 comments:

Afterlife said...

Hope cik sizuka dapat jmpa lelaki yg ciri2nya mcm 2..:)

EmcEE_SubZeRo said...

salam.


hoho. mcm aku je.

prasan! hahahahaha

SizuKa said...

To : Afterlife
Ku 'speechless' bila bercakap pasal jodoh..huhu..btw,thax for ur pray..hopefully...amin..doakan yg terbaik^^

SizuKa said...

To : Emcee_Subzero

Wslm.

haha..mmg betul~

Kamu prasan...hihihi....;p

Anonymous said...

hehehe... EmcEE_SubZeRo..
org tuh adlah aku!!! haha.. :p

SizuKa said...

To : anonymous
Ai...mcm ku kenal je ni sape..cara dia tulis pun dapat agak..hee...tah...ku silap org kot^^

Anonymous said...

hurm.. adakah cik sizuka sedang memikirkan seseorang masa post comment ni?

*ku hanya bertanya*

:poppy insan prihatin:

SizuKa said...

To : poppy
haha..tah..ku tak terfikirkan sesiapa pun masa post comment tu...

*speechless seketika*

Hanya terbayang makanan..coz perut aku sangat lapar ketika reply komen poppy ni...adeh^^

nisah said...

wah sizuka dh mula mencari2...
aku mengaminkan je la sapa yg bertuah...
huhuhuhuhu....

SizuKa said...

To : NIsah
hihi...Amin Ya Rabbal A'lamin..harap jodoh ko pun terbaik n sesuai dengan ko..hihi^^

AMINNNNNN......Panjang ku AMIN kan..hihi^^

Efiris said...

Efiris: Saya rasa lebih baik Amin untuk dapat jawab soalan final...hehe...Aminnnnn

SizuKa said...

To : Efiris
Haha...di sini saya 'AMIN' for 2 meanings..hihi..jangan salah faham^^

Ya ya..AMINNN untuk jawab final jugak..amin..^^

Related Posts with Thumbnails