:::ORANG-ORANG MANIS:::

Thursday, March 12, 2009

::Petua-petua Tradisional::

Salam,

Entry kali ini hanya ingin kongsikan beberapa petua tradisional yang ku baca dari sebuah laman web..yang menarik sahaja ingin ku paparkan di sini...kepada yang ingin mencuba, sila lah berbuat demikian. Jika kurang berkesan hasilnya, wallahualam. Kita hanya mencuba. ^^

1.MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2.KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

3. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.


4. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

5. BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA
Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.

6. RAMPING SEMULA JADI
Hendak kurus tanpa sebarang perbelanjaan? Cara paling senang ialah dengan mendisplinkan diri. Iaitu ketika suapan dikunyah 40 kali. Jangan sekali-kali makan berulamkan air. Petua ini sangat baik untuk mengelakkan perut buncit, selain dapat menghindarkan sakit pinggang.

8 comments:

~EFIRIS~ said...

Emmm...sizuka dah tak perlu semua tips ni...yang perlu sangat-sangat si comey tu kuang3! Lepas ni berdozen la limau nipis dalam bilik si comey...tuh!

Misz SeroJa said...

haha...
amboi dr ...
xda kerja sy nak bli limau nipis smata2 nak kurus..hehe

Misz SeroJa said...

haha...
amboi dr ...
xda kerja sy nak bli limau nipis smata2 nak kurus..hehe

~EFIRIS~ said...

Hehe...lepas ni boleh panggil zeiDa the limau nipis kuang333...

::SizuKa:: said...

To : Efiris
Suka sunggo sakat zeida G..huhu...

To : Zeida
Harap bersabar...Dr mmg suka buli ko....hihi..;p

Misz SeroJa said...

kpd efiris:

bertambah lg gelaran sy...hehe

kpd sizuka...

nampaknya mmg slaloo dibuli..hehe

Anonymous said...

ko amalkan ke petua2 tu??

*ku buat muke musykil*



::poppy kini blank::

::SizuKa:: said...

To : Poppy
Aha...huhu...buat muka musykil lak die ni..adehh....ku buat yg putih telur 2 je..tempek kat muka...dulu la...now dah x wat..bukan nak hilangkan parut..tp,kononnye nak bg muka licin..tah..ku try je...;p

Related Posts with Thumbnails