:::ORANG-ORANG MANIS:::

Thursday, August 20, 2009

::FADHILAT SOLAT TERAWIH::


Salam,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua muslimin dam muslimat di seluruh dunia. Syukur ke hadrat Ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan membawa keberkatan dalam hidup kita. Amin =)

--->Mohon ampun dan maaf atas semua salah dan silap selama ini. Maafkanlah yea. Salam Ramadhan.

Fadhilat Solat Terawih :

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T

Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).

Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.

Malam 4 : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang² yang membaca kitab² Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat² yang tawaf di Baitul Ma’mur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu² dan tanah² mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa² orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.

Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.

Malam 11 : Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap² kejahatan dan keburukkan.

Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.

Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi².

Malam 18 : Seru Malaikat ; "Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 : Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.

Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap²dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 : Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 : Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.

Malam 26 : Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 : Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.

Malam 28 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.

Malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 : Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama ‘Al-Kauthar’."

P/S : Tengah arrange jadual untuk Ramadhan kali ini.

5 comments:

zeiDa said...

waa nga arrange jadual??
ni msti nak arrange bila nak p masjid..
kan ko dah ada motor kan...
bila mau stdy?kan kan?
aku pon kna arrange gak ney...huhu

::SizuKa:: said...

@ zeida : ya ya..arrange jadual nak buka pose..sahur..terawih..study..nanti nak kena arrange tarikh yg sesuai..nak buka pose n sahur dgn ko n geng2 kita yg lain..huhu..~

Anonymous said...

cik sizuka..
sekadar berkongsi..fadhilah tu kurang betullah jika tidak salah.. orang dahulu mengambilnya untuk membuat mereka semangat untuk menghadapi Ramadhan..tapi..apa-apa pun tidak dinafikan Ramadhan sememangnya mempunyai fadhilat yang besar.Salam Ramadhan~

:poppy menyamar:
(hehe..menyamar poppy)

Anonymous said...

erk. menyamar poppy??

*ku bermuka marah sambil mencekak pinggang*

:poppy ori:

::SizuKa:: said...

@ menyamar poppy a.k.a DI :

oh kamu..i know la..jgn menyamar2..huuhu..eh, ada yg salah ek..yg mana...serius tak tau...main copy paste,,tp, mostly yg nmpk fadhilatnya mcm ginilah..

@ poppy ori : hoho..leh saman ni..saman DI cepat..kah3~

Related Posts with Thumbnails