:::ORANG-ORANG MANIS:::

Monday, September 28, 2009

::Raya Raya::

Salam,

Ramai yang upload gambar raya dalam Facebook sejak masuk bulan Syawal ni. Aku pun sama je. Agaga. Upload tapi tak publish. Sama jugak. Orang selak page, nampak jugak album raya. (kalau ada yang tekun membelek la). Haha.

By the way, raya kali ni agak seronok la bagi aku walau dah 5 tahun tak sambut raya bersama yang tersayang. Tahun ni abang balik Malaysia. Dapatlah pau dia apa yang patut. Secara tak langsung, dapat lagi duit raya. Walaupun tak sebanyak macam masa kecil-kecil dulu, tapi syukur. Berkat Syawal. Ada juga yang sudi memberi kan? (^_^)

Raya tahun ni banyak pergi menziarahi sanak saudara dan kawan-kawan sahaja. Even cuti seminggu sahaja, tapi manfaat gila sehari demi sehari. Beraya sana sini. Isi perut dengan Mee Goreng, Nasi dagang, Laksa, Bihun Sup, Ketupat, rendang, Ayam Goreng..banyak lagi. Tak tersenarai. Betapa tongnya perut aku. Haha.


[ rabbit ni bernama MARI ]

P/S : Tak upload gambar raya dalam blog sebab nanti takut orang jemu tengok. Sana sini mau upload. Agagaga. Demam sudah tiada. Alhamdulillah~
Related Posts with Thumbnails