:::ORANG-ORANG MANIS:::

Sunday, December 20, 2009

::Damai Dengan Dugaan(3D)::

Salam Maal Hijrah 1431,

Esok aku bakal pulang ke UKM. Macam-macam aku rasa. Happy, takut, berdebar-debar, risau dan malas. Uh. Pening kepala fikir macam mana nak angkut barang yang berlonggok-longgok dalam stor tu. Uh. Harap-harap takde lah barang yang hilang. Kan best kalau Doraemon boleh tolong Sizuka esok. Hihi. (Ceh, macam budak-budak plak!)

Cuti sebulan lebih telah berlalu. Entah apa yang aku buat selama cuti ni pon aku tak pasti. Yang pasti, makan, tidur, tolong mak masak, main dengan my hero, pergi jalan-jalan, buang duit, buang masa, buang tenaga, pergi kenduri kahwin and jumpa kawan-kawan lama. Uh. Pejam celik pejam celik, sebulan lebih terasa begitu sekejap. Bila dah cuti panjang, terasa mahu balik UKM. Bila sudah di UKM, terasa mahu balik ke rumah. Aishh. Itulah dilema seorang pelajar yang putus fius macam aku. Ahaks!~

Sejak start cuti hari tu, pelbagai ujian melanda. Itulah kehidupan. Life is full with the colours! Sometimes aku happy diuji sebegini sebab dengan ujian dan dugaan lah, fikiran aku bertambah matang. Kadang-kadang bila kita diuji, kita fikir kitalah orang yang paling sedih di dunia atau kitalah orang yang paling malang di dunia. Namun, realitinya masih ramai lagi orang di luar sana yang diuji dengan ujian lebih berat dari kita, ada yang lebih susah dari kita. Namun, tak kurang juga ada yang senang lenang di luar sana dan hidup bahagia goyang kaki. (aku dah start merapu sorang-sorang ni..adeh!)


..Sapa la yang akan kahwin dulu antara kami berlima ni..

Bercakap pasal soal hati dan perasaan, memang tak habis-habis. Sudah malas nak fikir, namun Allah uji lagi dengan ujian sebegini dalam hidup aku. Aku redha. Sebab aku tahu, apa yang berlaku ada hikmahnya. Cinta 3 segi? Apekah? Kalau tanya kanak-kanak dalam Tom-Tom Bak apa itu 'cinta monyet', dia cakap ' bila bercinta bawa monyet.' Kalau cinta 3 segi, apa la pulak nak dijawabnya. Huhu. Based on what my friend said, cinta 3 segi berlaku antara 3 pihak. Si A suka si B, tapi si B minat si C. Macam tu kah? Hoho. Kan best kalau perasaan cinta ni tak muncul lagi ketika kita masih belajar. Alangkah..bolehlah kita study dengan bahagia, aman dan damai. =)
Tapi, kita ni manusia. Ada hati dan perasaan. Namun, abang saya cakap, kita boleh elak perasaan itu, dengan satu cara. Berdoalah pada Allah semoga kita dijauhkan daripada memikirkan soal cinta buat sementara waktu ( ketika masih belajar). Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Huhu =)

Dah habis baca? Thanks, but sorry sebab entry ini agak panjang dan agak merapu gaban. (^_^)

P/S : Kawan-kawanku sudah ramai yang bertunang dan berkahwin. Tahniah buat mereka! Hope bahagia selalu. (Wink*wink*)

PP/S : Sorry to Poppy if i hurt u..really sorry. ;)

8 comments:

Fakhrul Islami said...

sabar cik sofia... =) hehe...

asmarali said...

sabaq2, emm... selamat study ehh.. bbdak ipgm still cuti lagi ha.. eheheh

::SizuKa:: said...

fakhrul : cik sofia tiada kena mengena di sini ya wahai mr fakhrus =) ......>> duk diam-diam<<<<........


Asmarali : always sob ba ro..huhu..slmt bercuti lg...=)

Fakhrul Islami said...

shh... kang pecah tembelang... :p hehe

nisah said...

cool sizuka...
nnt jodoh kamu akan tiba jua...
hehehhe...

::SizuKa:: said...

Fakhrul : sssshhhhsshhhhhh...(^_^)


Nisah : ya..pasti! pAsti tiba! (INSYAALLAH)..hehehe..cuma belum tahu bila..harapkan yg terbaik dr Yang Maha Esa...hee..>~<

Fathi Adha said...

selamat menempuh sem baru...semoga sem ni lebih baik dari sem2 lepas... :)

tp kalau tak nk study lg...smbung la cuti kt umah... :)

::SizuKa:: said...

fathi : same goes to you...huhu..cukup2 la cuti...dah bosan duk di rumah..huhuh~

Related Posts with Thumbnails