:::ORANG-ORANG MANIS:::

Saturday, January 30, 2010

::Al-Fatihah::

Salam,

Entry lepas aku ada mention pasal keadaan kawan aku yang terlantar di hospital. Hari ni, aku dapat tahu dia sudah meninggal dunia. Innalillah..Arwah meninggal tengah hari tadi sebab kena infection leptospirosis. Tak pandai nak explain pasal infection ni. Tapi, bacteria ni selalunya ada dalam najis tikus atau dalam urine. Boleh serang sistem badan kita dalam masa 2 minggu je. Menurut kawan aku, sebelum ni arwah ada pergi mandi sungai dengan kawan-kawan dia. Then, balik dari mandi sungai tu, dia mula rasa nak demam. At that time, adik arwah kena demam campak. Arwah pergi jumpa doktor and doktor just bagi ubat biasa. Tak bagi antibiotik (Tatau napa). Selang seminggu, demam makin melarat dan arwah terus masuk ICU. Tak sedarkan diri langsung sejak masuk ICU. And hari ni, aku baru dapat tahu dia sudah tiada. Ya Allah..sungguh cepat dia pergi tinggalkan kami semua. Tahun lepas, arwah Azmir Syazwan (Ayan). Tahun ni, arwah Afif Asyraf (Acap). Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka. Ada juga entry Peng, Alin, Asya, Iyda , Nik, Adilah, Aida pasal arwah.

Sampai saat aku tulis entry ni pun, aku tak sangka sangat-sangat yang arwah dah meninggal. Sebab baru je hari tu aku ym dia. Teringat-ingat lagi apa yang kami borakkan hari tu. Tapi, itu semua kuasa Allah. Kita harus terima dan redha. Allah lebih sayangkan arwah. Sememangnya mati itu pasti. Cuma tak tahu bila tiba saat kita. Sangat takut kan bila fikir pasal kematian. Ya Allah..

P/S : Sedih bila baca balik entry-entry lepas dalam blog arwah. Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarganya..semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

12 comments:

Misz SeroJa said...

takziah..
moga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman...

::SizuKa:: said...

Misz Seroja :

Amin..~

Nurul Ain said...

al-fatihah..

nurulsyuhaida :) said...

sedih weh baca blog dia..sbb dlu penah gak merapu2 ngn dia dlm fs..huhu..aku lak termenangis baca blog aisya tu..sobs

al-fatihah-semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman..ameen ya rabbal alamin..

::SizuKa:: said...

Ain :

Al- Fatihah..

Syu :

Kenal arwah juga? memang sedih bila baca balik blog dia. sangat tak sangka. Al Fatihah~

nisah said...

takziah...
ALLAH lebih sayangkan dia...
al-fatihah...

mata coklatbiru said...

takziah di ucapkan...
matacoklatbiru bace blog rakan2 sizuka dan matacoklatbiru emosi seketika tatkala membaca blog arwah...
kalian semua beruntung dapat mengenali arwah dan bersahabat dengan nya, sebab tak ramai orang macam arwah kat luar tu..
so, i hope sizuka dan kwn2 tabahkan hati ek...
semoga arwah ditempatkan golongan2 yang beriman.... amin

::SizuKa:: said...

NIsah :

Allah lebih menyayanginya..redhakan pemergiaannya. itu yg terbaik...walaupun kadang-kadang aku masih tak percaya yang dia dah takde kat dunia ni..

Matacoklatbiru :

amin..bangun pagi ni pun saya masih rasa ralat. something lost. bila teringatkan arwah, rasa macam dia masih ada sebenarnya. Ya Allah..kuatkanlah kami semua..terutamanya keluarga arwah. sesungguhnya apa yang berlaku ini pasti ada hikmahnya..

iyda murasaki said...

sedih la jiha=((

::SizuKa:: said...

Iyda :

gha pon sedih. tak dpt tengok arwah buat kali terakhir. hanya mampu sedekahkan Al Fatihah dan Yassin..all of us will miss him. iyda pon sabar banyak2 k..kita harus redha..pasti arwah sedih kalau tau kita meratapi pemergiannya. kita perlu kuat dan berdoa semoga arwah tenang berada di sana. amin ..

CaHaya said...

salam.
pagi tadi kak wani rasa sgt gembira sebab dpt berbual dgn 2 org yg sgt2 akak rindu.
Tapi...
di saat akk gembira, ada adik akak sedih sebab kawannya dah pergi terlebih dahulu...
akk bc sume2 link blog tu.
terasa kebaikan dia.
even akak tak berkesempatan nak kenal dia.
hujan jugak kot tadi.

moga, roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

gha kuat2kan hati ya.
kita yang masih ada ni, sama2 doakan dia.
dan teruskan hidup kita.
pasti dia taknak lihat insan2 dia syg sedih, kan?
moga keluarganya juga kuat menerima dugaan ini.

::SizuKa:: said...

Kak Wani :

salam..
masih merasai kehilangan arwah. sangat tak diduga. apapun, yang penting kita doakan semoga arwah tenang di sana dan persiapkan diri kita untuk menghadapi mati kelak..

Related Posts with Thumbnails