:::ORANG-ORANG MANIS:::

Saturday, January 30, 2010

::Mesej dari Hazwan::

Salam,

Baru beberapa jam lepas, aku post pasal berita kematian salah seorang kawan aku. Baru beberapa minit lepas, kawan aku post mesej dalam Facebook. Bacalah. Aku rasa sedih sangat. Emosi terganggu seketika.

***********************************************************************
From : Hazwan Azraei January 30 at 11.31pm [Reply]

Selalunya kalau ada apa2 info penting nk bagitau semua orang, arwah la yang selalu mesej kita via inbox facebook :(

Afif Asyraf, kau teristimewa…
Akan kami kenang selamanya…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani..
Mungkin banyak di antara kita hatinya “terusik” dan “terkilan”. “Terusik” kerana terkenang memori lampau bersama insan yang acapkali bersama kita sewaktu di alam sekolah menengah yang lalu, yang acapkali terlintas d depan mata kita suatu ketika dulu… Biarlah segalanya kekal segar di dalam kotak ingatan masing-masing tanpa perlu kita kisahkan satu persatu. “Terkilan”, ada di antara kita pasti terkilan dek kerana tak dapat menjenguk walau seketika sahabat yang acapkali meluangkan masanya untuk kita suatu masa yang lalu. Jika satu tika dulu kita sedih kerana insan bernama Azmir Syazwan (Al-Fatihah..), hari ini kita terkedu meratapi kehilangan sahabat yang tak loket senyumannya, manis lesung pipitnya, indah pekertinya: saudara Afif Asyraf. 

Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati, itulah hukum wajib yang tak dapat di sangkal. Dan hakikatnya, pasti ada hikmah di sebalik ketentuan Ilahi ini. Buat keluarga arwah, sekalung takziah saya ucapkan. Seorang ibu yang mengandung selama 9 bulan, kemudiannya bersabung nyawa melahirkan dan seorang bapa yang gigih siang dan mlm untuk membesarkan , pasti mereka lebih merasai pemergiannya. Hari ini saya menjadi lebih menghargai. Bagaikan mimpi, baru saja saya mengetahui keadaan arwah pada tahap yang kritikal, hari ini saya terpaksa menghadapi yang insan ini telah pergi. Ya Allah, hambaMu ini sungguh kerdil. Engkau bukakan pintu hatiku untuk berfikir dan bermuhasabah setelah diri ini pernah hanyut suatu ketika dahulu. Mungkin inilah fitrah manusia yang mana bila sudah tiada baru dikenang. Alhamdulillah, saya di beri kesempatan bersenda gurau bersama arwah dan beberapa rakan yang lain semasa cuti musim panas yang lalu. Beliau seorang yang sering memenuhi permintaan dan pelawaan sahabat2nya walau dalam apa jua situasi. Beliau seorg sahabat yg mudah di dampingi oleh sesiapa sahaja.

Buat sahabat dan kenalan yang lain, niat di hati saya adalah saya mahu memberikan apa yang terbaik untuk kalian. Mungkin kelak hari saya dan kalian, usahlah di saat kehilangan nanti kita sekadar dikenang dan dihargai. Sebaliknya bawalah amalan yg baik sebagai bekalan. Ayuh rapatkan saf, kita mulakan membentuk jemaah kita. Saya ingin menghargai kalian semua, saya ingin hidup bersama kalian sampai ke syurga.

Satu sikap arwah Afif Asyraf yang istimewa: MENGHARGAI KENALANNYA. Saya mahu mencontohi arwah dan saya mahu mengikuti sikap mulia arwah..saya mahu menghargai anda semua..saya berharap kita saling menghargai antara satu sama lain. Sekadar renungan, ayuh kita lakukan amar makruh dan hindari nahi mungkar kerana itulah sebaik-baik insan. Kita hakikatnya bukanlah sebaik-baik insan, namun berusahalah menjadi insan yang disenangi sewaktu kita masih bernafas di bumi Allah ini.

Saya menyeru rakan-rakan supaya kita lebih peka dan prihatin terutama kepada diri sendiri. Mungkin di masa akan datang episod duka ini akan berulang dan tak mustahil ianya akan berlaku. Kita hidupkan kembali ukhwah kita, kita sumbangkan apa yg termampu untuk kebaikan kita dan org lain. Contohilah arwah, selalu memberikan sesuatu kpd kita dalam bentuk yang pelbagai.
Sy berdoa di masa-masa akan datang kita dapat berkumpul dan berjuang bersama kembali. Mungkin ada d antara kita boleh menyumbang peranan dan sedikit tenaga. Kita hidupkan semula jalinan yang pernah terjalin suatu ketika dahulu kepada bentuk badan sosial untuk manfaat kita bersama. Mungkin suatu hari kelak keluarga besar kita ini mampu memberikan manfaat untuk kita semua. Semoga kita lebih menghargai…

p/s: Arwah adalah seorang simbol di dalam keluarga kita semasa hayatnya. Masih ingatkah ada di antara kalian mahu membina semula FORTRESS sebagai badan perhubungan untuk manfaat kita bersama? Arwah adalah salah seorang di antaranya.. Bagaimana? Wallahua’lam..

Al - Fatihah..

*************************************************************************

P/S : Lagu Kau Sahabat Kau Teman by Hijjaz cukup bermakna. I repeat that song many times.

14 comments:

chimqera said...

cik jiha.. tabahkan hati ye..
semangat2! Allah lebih sayangkan beliau..

:poppy:

nisah said...

cik gha...
sabar ye...
byk2 kn la doa utk arwah...

deusXmachina® said...

al-fatihah

::SizuKa:: said...

Chimqera :

harus redhakan pemergiannya walaupun bangun pagi ni aku rasa macam dia masih ada sebenarnya..Ya Allah..

eh, buat blog ke? apsal tak dapat view?

Nisah :

yea. hanya Fatihah dan Yassin yang dapat aku bacakan pada arwah..last aku jumpa dia masa habis SPM..masyaAllah..

Deus :

Al-Fatihah..~

ainhavi said...

=(

Anonymous said...

w/pon ak xknl arwah tp nangis2 ak bce..huhuhu
al fatihah~
sabo ye~

-amal-

::SizuKa:: said...

Ain :

same goes to me =(

Amal :

1st time aku baca mesej tu, sedih sangat. Macam-macam aku fikir. muka arwah selalu dalam bayangan. Masih teringat apa yang kami chat hari tu. Sunggoh tak sangka. I realized that life is too short. Tak tahu macam mana bila tiba giliran kita kelak. semoga kita berusaha meningkatkan amal ibadah dalam menuju kembali kepadaNya..amin.

^_s::a::s::a_^ said...

takziah buat keluarga dan sahabat handai arwah...
Al-Fatihah~

Misz SeroJa said...

marilah sama2 kita menghargai orang disekeliling kita...
jika dah xda baru kita akan merasai kehilangannya...

::SizuKa:: said...

sasa :

Al Fatihah..~

Misz Seroja :

Memang betul pun. hargailah orang di sekeliling kita. zahid, hargailah aku sebelum aku pergi..;)

Kyuubi_85 said...

setiap yang bernyawa pasti akan pergi... kita semua tau pasa ni... yang pergi, relakan la dia pergi, walaupun terpaksa... Dan yang msih bernyawa, kuatkan semangat, teruskan kehidupan..

banyakkan la berdoa untuk arwah..
Semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yang beriman..

::SizuKa:: said...

Kyuubi :

"Dan yang msih bernyawa, kuatkan semangat, teruskan kehidupan.."

i luv this and..yang masih hidup perlu perbanyakkan lagi amal ibadat sebagai bekalan menuju kembali padaNya kelak..

farah cullen said...

al fatihah buat abg acap...sob..sob

::SizuKa:: said...

Farah :

ya..sob ba ro. dan redha akan pemergiannya..al fatihah..

Related Posts with Thumbnails