:::ORANG-ORANG MANIS:::

Monday, February 1, 2010

::Gopoh Bebenor::

Salam,

Hari ni, masuk hari pertama dalam bulan Februari 2010. Alhamdulillah. Aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah tatkala ini. Walaupun  masih sedih dengan pemergian arwah, tapi aku tahu aku perlu kuat dan hidup perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi. Hari ni, mungkin sesuatu yang agak luar biasa telah berlaku pada aku. Masa aku menjengah ke SHELL pagi tadi, ada pakcik sebelah aku ni. Dia tengah isi minyak. Sambil isi minyak motor dia, sambil tu dia tengok aku. Satu-satu dia tengok aku isi minyak. Aku plak buat-buat tengok orang kat kaunter tu. Tapi, jeling-jeling jugak la kat pakcik ni. Aku bajet dia mungkin baru nak p kerja kot. Umur lebih kurang 50-an. Lepas aku siap isi minyak, tiba-tiba dia bersuara :

"Anak..lain kali jangan gopoh sangat. Nampak anak ni macam kalut sangat. Buat kerja satu-satu la"

"aa? Kalut ke saya pakcik? Aa..biasa je. Mana ada kalut.." balas aku.

"Iye..pakcik nampak anak ni jenis yang kalut. Gopoh sunggoh.."

Muka aku dah pelik dah. Erk. Tang mana la aku nampak kalut ni. Orang leh perasan ke? aa..

Lantas, aku balas..

"Aa..baiklah pakcik. Lepas ni saya tak kalut dah.."

Sebelum aku pergi, sempat aku tanya dia :

"Pakcik..tolong tengok sat tayar motor saya ni. Ada angin tak aa?? Ke kurang angin??"

Pakcik tu pun picit la tayar belakang aku dan dia kata ok. Masih boleh gerak. Sambil sengih-sengih.

"Terima kasih pakcik. Saya ni tau naik motor je, nak cek angin tak reti."..sengih sambil gigit jari.

Pakcik tu pon gelak kat aku dan masing-masing terus gerak. Sampai kat traffic light, dia dok belakang aku je. Hee. Cuak plak rasa.


Masa tengah bawa motor tiba-tiba terasa mahu pergi ke Guardian since shower foam dah nak habis. Means, kalau nak ke Guardian, kena amik roundbout jam 9. Aku cukup risau kalau sampai kat roundbout yang takde traffic light ni. Sebab keta banyak lalu lalang dan aku takut aku langgar kereta orang atau orang yang langgar aku. Aa. fobia katakan.

Aku pecut macam biasa je. 70km/jam. Tapi, bila tengok side mirror, pakcik tu jauh ketinggalan di belakang. Dalam hati, tatau la sama ada aku yang bawa laju atau pakcik tu yang slow. Aaa..Tiba-tiba, tah macam mana ada sebuah kereta depan aku. Dia stop at roundbout sebab nak beri laluan pada kereta dari arah kanan. Aku yang dari tadi mengusha pakcik kat side mirror, tiba-tiba brek mengejut! MasyaAllah..at that time, motor aku sudah ke kanan dan ke kiri. Melelong. Lantaran brek mengejut tiba-tiba. Tayar senget kiri kanan dan mujur nyawa aku masih panjang. Sempat aku belok ke kiri. Means, langgar rumput tanah semua tepi tu. Terkejut gila masa tu. Astaghfirullahala'zim..mengucap panjang tak terkata. Kalau ada kereta belakang aku masa tu, free-free kena langgar. Ya Allah..

P/S : Aku dah lupa muka pakcik tu macam mana. Tapi, dialog dia tadi aku ingat lagi. erk.

21 comments:

Khairi Aswad said...

ya Allah...
mujur hg xdak pape... len kali, bawak moto leklok ok..

mata coklatbiru said...
This comment has been removed by the author.
mata coklatbiru said...

hati2 lah cik sizuka lain kali..
mmg sah ler pak cik tuk cakap yg awk ni gopoh..
hehe..
ape2 pun, nxt time b xtra careful :)

::SizuKa:: said...

Aswad :

ya. baiklah2..ku cukup berhati-hati sudah..~

Mata coklatbiru :

hoho..yerla kot. kata-kata pakcik tu benar. hairan betul ditakdirkan dapat jumpa dia hari ni. siap pesan memesan lagi. mcm ada ilmu tertentu ja..takut..iye. cukop berhati-hati kelak ..sayang nyawa =)

Misz SeroJa said...

wah...
bahaya 2..
lain kali pandang depan n side mirror jek..
jgn pandang owang lain...
ko x tnya ke kalot saya apa yg pakcik nampak..;p

Firol said...

betul kot kata pakcik tu...
ilek sizuka....jangan gopoh haaa

Kyuubi_85 said...

adeh.. lain kali bawa motor tu baik2... jgn dok tgk tpt lain... tengok jln tu... nasib takda apa-apa... ish3

^_s::a::s::a_^ said...

pakcik 2 mcm dh bg amaran awal lak kn~
hihihi
syukur ko xde pape...

deusXmachina® said...

relax
jgn gopoh sgt
tak molek gitu
erk888

Fakhrul Islami said...

salam... baca pasal tayar moto gelong-gelong ni, teringat dulu, first time ak jatuh moto. n yg tu jgk paling last ak jatuh moto. sbb amik selekoh 90 darjah dengan kelajuan hampir 100km/j. huhu... lps dah kona, nak bg seimbang balik tiba2 tayar blakang tak mau straigth, gelong pg kiri kanan. last-last jatuh berseret atas jalan raya. haha... lps tu 3 tahun aku fobia nak amik selekoh. time nak amik selekoh ja, mesti kelajuan moto kurang daripada 40km/j. huhu... skg tak pa dah... ;p

::SizuKa:: said...

MIsz Seroja :

tahla. pakcik tu misteri betul. tak kenal pon dia. tapi, rajin bebenor tegur aku. aku pun pelik kat mana la yang aku kalut nie. aishh~

Firol :

aa..baiklah-baiklah..


Kyuubi :

aa..baik. kena selalu tengok jalan. ;p

::SizuKa:: said...

Sasa :

itulah..bila fikirkan balik, pakcik tu macam tau2 je..aa..syukur takde pe2..

deus :

aa..tahu tak molek kalau gopoh-gopoh ni..nanti cepat serabut. hooo~

Fakhrus :

SAlam..
aaa...biar betul..dahsyat gila...terseret atas jalan?? Ouh...takleh bayang weyh. sure sakit giila....ouchhhh!

Fathi Adha said...

waaa...nasib baek selamat...

Fakhrul Islami said...

haha..terseret la jgk... tp takde la teruk sangat. sebab time tgh terseret tu ak gulingkan badan ak.. huhu... diameter luka paling besar pn 1.7cm(baru ukur kesan parut) je huhu... lain2 sume calar2 je... lps jatuh, terus naik moto balik rumah haha... dah le moto ayah ak. lari jgk la handle moto tu. kna baiki kat kedai moto huhu...

tedy guard said...

uishhh...
nyaris2...
bc doa naik kenderaan tak ni?
huhu

::SizuKa:: said...

Fathi :

Umur masih panjang.. alhamdulillah..

Fakhrus :

Amboi...siap ukur lagi saiz parut..hehe..tak dapat aku byang camna hg guling badan masa terseret tu..aa...skill silat di situ..huhu...walaupun dengar bunyi macam dahsyat, mujur hg boleh balik umah sendiri..

Yani :

aa..aku baca bismilllahirrahmanirrahim..subhanallazi...qolibun...amin...;)

pak long said...

salam..
jangan kalut...kalut makan pulut..hehehe

::SizuKa:: said...

PAk Long :

SAlam kembali...hohhoo..kalut malut sebab lama tak makan pulut..hihi ;p

][ mY stOry, My lifE ][ said...

ish2..carefull dear..
don't want 2 lose anyone anymore~
okey?!

::SizuKa:: said...

Aida :

aa..bailah-baiklah. ku berhati-hati lagi kelak..hopefully tak nak lagi accident ni dah kalau boleh...Ya Allah...dah serik dah..cukop la sekali.

Fakhrul Islami said...

alhamdulillah... Allah panjangkan umur aku. entah macam mana sebelum nak jatuh tu, aku boleh terpikir macam mana nak kurangkan luka haha... aku beratkan badan aku bagi jatuh sebelah kiri. sebab kalau jatuh belah kanan, silap2 terbakar kulit aku kene ekzos huhu...

Related Posts with Thumbnails