:::ORANG-ORANG MANIS:::

Showing posts with label ::MEREPEK::BOSAN::CERIA::. Show all posts
Showing posts with label ::MEREPEK::BOSAN::CERIA::. Show all posts

Thursday, April 30, 2009

::Suka benar jika begini::

Salam,

Entry lepas pasal benci bila begini. Kali ini suka benar jika begini :

---> Kalau sudah tamat exam, semua orang pasti suka, bukan? Hahaha. Me too. Tak sabar rasanya nak tunggu exam habis. Lagi 5 hari menanti. Sabar-sabar.^^

---> Disayangi oleh orang yang kita sayang. Bahagia rasanya dan rasa dihargai! Semua orang suka macam ni, kan? Hehe. One more, kalau tiada orang yang kongkong hidup kita..pun best, kan?

---> Ada orang belanja makan. Ini lagi suka! Haha. Tak lupa juga kalau ada orang selalu bagi hadiah kat kita tanpa kita minta. Hobinya bagi hadiah kat orang. Hoho..wujud ke hobi macam tu? [Memandai aku je..]..but, i like!^^

---> Mood study sentiasa ada. Sentiasa hadir dalam diri dia walaupun bukan musim exam! Ish..sukar untuk aku capai tahap mood yang stabil setiap masa..tapi, ada kawan aku yang macam tu..betul! Hobinya study!

---> Hang out bersama member-member. Masa aku muda dan single ni la, masa yang terbaik untuk hang out. Esok-esok dah kahwin dan ada anak, payah dah nak keluar ramai-ramai, kan? Suka juga kalau semua orang suka kawan dengan kita.^^

---> Balik kampung! Semua orang suka balik kampung, kan? Haha. Berjalan-jalan di negeri orang pun suka! Tambah pengalaman di negeri orang. ^^

---> Kita dapat lupakan kisah lama yang pahit dan menyedihkan! No more sadness! Penat melayan jiwa sedih kan? Sunggo menyakitkan! Berlubang hati memikirkan perkara yang sedih. Baling bola pingpong pun lepas taw! Betapa besarnya lubang itu membiak, kan?

---> Apa yang kita nak, kita dapat. Tapi, benda ini macam mustahil semua orang boleh dapat. Tapi, yang pasti, semua orang suka kalau apa yang dia nak, dia dapat!


P/S : Cukuplah setakat ini yang dapat aku kongsikan. Yang pasti banyak lagi peristiwa yang buat aku suka benar jika begini.^^
Related Posts with Thumbnails