:::ORANG-ORANG MANIS:::

Showing posts with label ::SUKA-SUKA::. Show all posts
Showing posts with label ::SUKA-SUKA::. Show all posts

Thursday, April 2, 2009

::Masalah Kuat Tidur::

Salam,


[ Sekadar gambar hiasan sahaja ]

Siapa kuat tidur? Lelaki ke perempuan? Of course laki kan? Tak dinafikan. Huhu. Tapi, ada juga perempuan yang kuat tidur. Hihi. Tapi, kat sini bukan nak cakap siapa yang kuat tidur. Tapi, seakan-akan hairan dengan orang yang asyik tidur je kerja dia. Always. Tidur..tidur..tidur...tak kira siang atau malam. Tidur..tidur..tidur...

Ok la. Pendekkan cerita, ada seorang kawan aku ini. Kuat tidur. Sangat suka tidur. Tidur je kerja dia. Tak tahulah apa yang membuatkan dia sangat suka tidur. Hobikah? Tak kira kat mana-mana je, dia pasti boleh tidur. Macam Nobita betul la. Huu..Even kawan aku ini ada mengambil supplement untuk kurangkan rasa mengantuk, tapi dia still macam itu juga. Puas juga aku nasihat dia agar jangan tidur sangat, tapi tak makan saman. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Adakah aku macam busybody??

Aku mengaku aku pun suka tidur. Tapi, bukanlah tidur je kerja aku siang atau malam. Tidur ikut time la. Tidur terlalu lama pun akan buat kepala aku pening je. Lagipun, tidur terlalu lama juga tidak elok untuk kesihatan. Nanti cepat pening dan otak lambat berfikir. Other words, tidak cergas, ok?

P/S : Tinggal 20 hari sahaja lagi untuk berjumpa dengan'nya'. Cuak!~
Related Posts with Thumbnails