:::ORANG-ORANG MANIS:::

Tuesday, January 27, 2009

Pak guard ooo pak guard..aishh!!~

Jumaat lalu, 23 Januari ' 09...huuu...cdih siot..x pasal2 aku kena warning dengan pak guard..ok la..meh aku cite dari mula supaya sume orang faham..

Pagi tu aku p jog kat stadium dengan coursemate lain..aku just bawa kad matrik n duit je..otw nak balik ke kolej...ttbe tayar motor pancit...mak aih!! ketuk kepala sendiri...ermm..aku stop kejap kat pusanika...n at that time..aku nampak la ada 2 org pak guard tgh sibuk wat keja masa 2..aku pon heran jugak kenapa tetiba diorang duty kat c2...erm..lantak je la...aku pon malas nak fikir..

x pasal2 masa aku otw nak p tengok motor, salah seorang pak guard tadi panggil aku...aku ingatkan apa la sangat..so,aku p je la..ttbe dia tya mana kad matrik aku..aku tunjuk la...tp, yang geramnya..x pasal2 dia terus tulis surat warning ke saman...(aku pun xsure) immediately...bengong betul la!! aku dah explain kat dia yang aku baru je balik dari joging..( sport shoes pon aku x buka lagi)..xkanla aku nak gantung kad matrik masa tengah joging..cuba la guna akal ckit pak guard ooii...ada ke orang yg jog kat stadium 2 pakai kad matrik masa joging..aishhhh!!! x puas hati tul aku masa 2...lepas aku explain je, dia suh aku jumpa ketua pak guard..ishhh!! mmg aku hot gler time 2...xpatot betul la..mslhnya ak bawa kad matrik..cuma xpakai je..xkan la ak nak pakai kad matrik masa joging...heee.grgggrrr!!!~~ geram sgt3!!!
dahla motor aku lak wat hal..pak guard lak tunjuk belang...geram aku masa 2..Tuhan je yang taw masa 2...

tp,smpi skg..aku x p lagi jumpa ketua pak guard 2..huuu....ada kwn aku ckp biarkan je...jgn jd budak 'baik' sangat...huuu....ada ke patot????????????

CinTa Gila

kenapa ek agaknya bila kita terlalu sayang kat seseorang itu, lama2 kita akan jadi benci kat dia n kalau kita benci someone itu, lama2 nanti kita akan jadi sayang kat dia..dulu aku dgr dr mulut2 org tentang hal ini, skrg baru aku dpt rasa yg benda itu mmg betul..yup..sometime aku rasa sakit sangat hati ini bila kenang kisah lampau..kenapa agaknya aku cukup sukar nak melupakan orang yang aku betul2 syg dulu..even org cakap he can be my best friend,,tapi,aku rasa semakin sakit bila aku dekat dengan dia..Ya Allah..aku x tahu kenapa kadang2 aku jd mcm ni...aku rasa serba salah..pernah dulu kawan aku cakap.."jika cinta kita terhadap Allah kurang, nescaya cinta terhadap manusia pasti tidak sempurna.." bila fikir2 balik, mungkin aku sudah lalai daripada mengingati-MU Ya Allah..aku istighfar byk2 kali n fkir balik..selagi hati aku kuat melayan perasaan kisah lama..selagi itulah aku rasa sakitnya hati...xpernah seumur hidup aku merasakan mcm ni..sedangkan benda itu dah lama berlalu...i wish i'll meet someone yang better than him..i wish..he can make me happy always...erk???? tapi, hati ni kdg2 susah nak beri peluang kat orang lain..susah ke?? or aku sendiri yang degil n masih berharap..aku pun x pasti.most of my friends naik fedup tgk perangai aku kalau bab2 ni..benda yg dah lepas pun nak diingat2kan lagi..bg aku,mmg betul nasihat depa 2..tp,yang menanggung sume 2 aku..bukan depa..bak kata org.."cakap senang la beb.."..kalau benda mcm ni terjadi kat kwn2 aku..pasti aku pun akan cakap benda yg serupa kat kwn aku 2..lupakan je si dia..byk lagi org lain kat dunia ni..aku pasti akan merasakan perempuan yang mcm 2 agak sengal (putus fius)..tp,bila benda ni jadi kat aku..aku sendiri pon xtaw nak kata apa..mungkin aku juga putus fius kekadang ni...aku try byk kali bagi peluang kepada orang lain..tp,tahla..hati ni degil sgt...ke aku yg mmg x pernah nak bagi peluang kepada diri sendiri..aku tahu kadang2 ini semua ujian daripada Allah...ya..memang ujian..aku kena tabah..ramai lagi org lain yang lebih teruk dari aku n aku bersyukur kerna aku masih lagi diberi peluang untuk berfikir dengan baik..aku cuma berharap apa2 yg ada kaitan dgn kisah lampau aku dpt lupa n hati aku gembira selalu menyambut kehadiran orang baru dlm hidup aku.."MR X"

Monday, January 19, 2009

CinTA seJAti

Pada masa dahulu, terdapat dua orang sedang berehat di bawah pokok yang besar.Di hadapan mereka terdapat padang yang luas yang dipenuhi dengan pelbagai bunga yang berwarna-warni.Bunga-bunga di situ sungguh cantik dan menarik. Dua orang yang sedang berehat di situ adalah merupakan seorang guru dan anak muridnya.
Sedang mereka berehat anak murid bertanya kepada gurunya.

”Bagaimana kita dapat jumpa kekasih sejati kita.(soulmate)?”

Sambil terkejut dengan soalan anak muridnya,si guru pun berkata.

”Soalan itu sebenarnya mudah dan agak susah”

“Mengapa guru berkata demikian?”,tanya anak murid dengan kehairanan.

“Begini sebenarnya, untuk menjawab soalan yang kamu tanya tadi, sekarang cuba kamu lakukan perkara ini. Kamu jalan sahaja dari sini sampai ke hujung padang ini. Petik satu sahaja bunga yang kamu fikir cantik. Ingat cuma satu sahaja. Kamu juga dilarang berpatah balik.”

“Baiklah saya akan menurut arahan guru.Tunggu saya sebentar,”kata anak murid tersebut sambil berjalan untuk membuat perkara yang disuruh gurunya.

Selang beberapa ketika,anak muridnya kembali.

“Guru tak nampak pun ada bunga di tangan kamu?”,tanya guru sambil tersenyum.

“ Begini ketika saya berjalan, saya ternampak satu bunga yang cantik, tetapi apabila saya ingin memetiknya saya terfikirkan mungkin ada bunga lebih cantik lagi di hadapan. Ini menyebabkan saya tidak jadi memetiknya. Saya terus berjalan dan sehinggalah saya sampai ke hujung padang ,baru saya sedar saya tidak memetik langsung bunga pun. Oleh kerana mengikut arahan guru maka sebab itu saya tidak mengundur kembali .”

Guru itu pun menjawab,”begitulah kehidupan anak muridku”.

Pembaca sekalian, begitulah kehidupan yang berlaku sekarang ini. Bunga-bunga yang ada
dipadang tersebut boleh dianggap sebagai calon-calon teman sejati kita.Laluan yang kita laluinya pula boleh dianggap sebagai garis masa kita dan anak murid tersebut adalah kita.
Oleh kerana terlalu memilih, akhirnya menyebabkan kita menjadi tamak.Kesannya kita terlepas peluang keemasan dalam kehidupan kita.Paling teruk kita terlepas untuk mendapat Cinta kita yang sejati.

Thursday, January 8, 2009

Sabarkan hati..Allah ada dengan kita..;)

[ wAiting...FST still purple till now ;)]

1st weDding ;)

Assalamualaikum n salam sejahtera...entry kali ni bout my brother's wedding..nothing 2 story..just upload the picture...sweet.;)




[nice..]


[ bila turn aku merasai saat2 mcm ni...lol..]
[sweet;)]

[the orange]


[ big family]



[pink ..slack!!~]



Wednesday, January 7, 2009

CIk jiHA selsema..;(

[ isteri cerdik yang solehah]

Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujurannya.
Cinta suatu elemen hidup yg amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Tidak kira apakah seseorg itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka org yg sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka org yg sudah kerepot sudah tiada cinta. Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yg kondusif dan eksklusif, tersendiri amat. Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah saudara sekarang? Apakah saudara juga sering teringatkanku sebagaimana saya sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia telah tiada. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringatkan seseorg dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya. Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yg pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita. Itulah cinta. Ia misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang. Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar. Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yg gemilang lagi cemerlang.


Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH. An-Nisa: ayat 34.

Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yg kian bertambah.

Tuesday, January 6, 2009

**neEd sOmeoNe***feeL beTteR**



[ click!! done..*** ]

Got some problems lately..x bley tdo smlm....sjk2 ni.. sat rasa hepi sat rasa sedih...ni lumrah hidup...bila ms kita akan hepy je dlm hdup ni.....{ jgn lyn sgt perasaan sedih 2 klu nak epy}..kan???

My late father 'left' me since 2005. Now 2009 already...almost 4 years..abang lak sorg je...2 pon stay kat tmpt lain..[jauh..]...klu ada mslh pe2 psl moto ke, keta ke...apa ke...[ yg x mampu nak handle n xtaw wat ]...rasa hidup ni susah je...mcm xde org terdekat dpt tolong..kdg2 rs segan+ mls nak susahkan sdara or kwn2..tp, bl fkir balik....ni sume dugaan...x baik nak ngeluh..kita kena terima n cuba selesai dgn cara yg baik.........but, sumtime feel need someone...yg leh guide n know everything...bl ms akan ketemu org mcm ni...i need sumone..[ Allah always with us..remember..]

p/s : sumone...take me 2 an island..lama x ke pulau..rindu nak snorkling n dgr bunyi ombak..

Monday, January 5, 2009

I love you, but you love her..~

{ anak sapa ni...????}

Subjects that i taken for this semester ( II 08/09) :

* Mekanik klasik dan kuantum (major)
* Persamaan beza dan terbitan (major)
* Asas ekonomi II
* Pengenalan pengurusan perniagaan
* Analisis penyata kewangan
* Penyelidikan operasi


Sekian terima kasih...**********


Related Posts with Thumbnails