:::ORANG-ORANG MANIS:::

Monday, March 23, 2009

::Cukup ke duit nak kahwin??::

Salam,

Khas buat mereka yang nak kahwin. Yang dah kahwin tu...fikir-fikir kalau nak kahwin LAGI...
Ada kebenarannya..............!!!

Ok. Sekarang ni ramai yang nak dekat kahwin ataupun ramai yang ada plan nak kahwin. Semua orang tahu persiapan untuk kahwin bukannya mudah. Banyak persiapan yg perlu diadakan. Ia memerlukan satu perancangan yang cukup teliti bagi kedua-dua belah pihak. Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknanya diorang plan nak buat majlis, tapi tak boleh agree with each other, so bergaduh and tak jadi kahwin. So ada orang yang tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah...[untuk mereka yang tak tahu, majlis Walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan di mana sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga dijemput hadir makan bersama. Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripada memikirkan masa depan dan hala tujuan hidup bersama selepas bernikah.
Ok. Berikut adalah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yang ingin berkahwin dan yang ingin berkahwin lagi.

1. Kadi :
At least 6 months before the proposed nikah date, anda mesti kena pergi register kat jabatan, and bila anda pergi register, anda mestilah dah tahu asas kahwin yang akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register, anda bolehlah book kadhi. Sorang je book.. jangan dua-dua pergi book plak.
Kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangga:
Kena pergi. Kalau tak pergi, anda tak boleh amik sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan, they never ask for the sijil kursus. Whatever it is, kan baik kalau anda pergi attend the kursus. Walaupun anda dah terer dalam bab rumahtangga, tapi ada baiknya kalau anda refresh balik apa yang telah anda ketahui.
Kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat).

3. Book Mak Andam:
Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak orang perempuan, pilih mak andam boleh makan tahun lamanya. Of courselah. Lelaki nak amek mak andam buat apa lak kan. Hihi^^.At least 6 months mesti nak book. Later than that u might have a problem finding one. Kalau ada pun, mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.
Kos : RM1200 (tengok baju apa... kalau ada baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

4. Photographer:
Selalunya mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak, anda kenalah cari sendiri. Sekarang orang melayu dah pandai. Dah pandai ambil studio, dah pandai ambil outdoor.
Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah
Unless anda nak pakai loktang, tak payah panggil kompang. Kalau nak panggil, at least 3 months notice.
Kos :RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin
Sekarang sudah canggih. Macam macam design, macam macam pattern.
Kos :RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kerusi Meja
Tukang masak mesti ada. Kalau tak ada, camner orang nak makan? Lainlah kalau anda buat majlis kat Mac Donald's.
Kos : RM7000 (tengok kepala yg datang)

8. Kereta
Unless anda nak pergi bertandang, jalan kaki tak payahlah sewa kereta (*naik basikal boleh gak) Kalau nak sewa, kenalah sewa yang special punya. Merc ke?..Jag ke?.. kira yg besar punya kereta lah. Janganlah pulak badan besar habis sewa Kancil. Sampai besok pun tak leh masok!
Kos : RM300

9. DJ/Karaoke
Kalau majlis senyap dan sunyi je, taklah meriah kan? Lazimnya orang akan engage DJ/ Karaoke services. Ada jugak yg amek band industan, brass band.At least 6 months mesti nak kena book.
Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat
Kira door gift lah. Yang biasa telur rebus orang kasi. Tapi sekarang dah maju. Lagi kreatif. Ada yang kasi tuala, sabun buku, coklat, agar-agar, mangkuk, gelas, surah Yasin, etc etc.
Kos : RM3000++

11. Miscellaneous
Perkara-perkara kecil orang selalu overlook. Perkara-perkara kecil beginilah yang selalu membuat kocek kita terbakar. Benda-benda seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang-barang hantaran, cadar, kelambu, langsir,carpet, bill, lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan.
Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YANG ANDA KENA KELUARKAN IALAH : RM17,110
Belum termasuk hantaran lagi. Pandai-pandailah plus sendiri. Dari itu, sapa-sapa yang dah nak berkahwin. SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal... yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer. Zaman sekarang ni kan.. hantaran makin naik harga. Maklumlah, kata mereka ikut market price. Kalau harga mas naik, naik lagi harga bakal-bakal bini. Tak ikut market price nanti, orang kata kedekut lah, sengkek lah. Tak mampu, jangan ada hati nak kahwin lah. Hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah perempuan. Bapak selalu ikutkan aje. Ni semua kerja orang perempuan, diorang kata. Kadang-kadang ada jugak perempuan sendiri yang letak harga, lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey, sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000, RM4000 masih ada jugak. Tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah, tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi. Kat sini ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran semakin mahal. Silakan baca:

Sebab::
1. Anak pompan sorang
2.Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post.
5. Anak pompan biasa pakai barang branded.
6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan.
7. Kakak belum kahwin, jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus.
8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala.
9. Bapak pompan towkay kayu balak, mak pulak bekas eksekutif.
10. Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer.

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):
1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer, si anak lak lebih-lebih "
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke, satu hal jugak. Ni asyik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni hidung pesek macam kena lenyek je"
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata-kata dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi, kita ambik je. Member tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang, kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini, jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin. "

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya, jawapannya:
1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke, Diners ke, boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni, kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke, mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?"

Haa..tu lah beberapa kerenah orang Melayu kita ni. Jadi untuk pasangan-pasangan yang nak kahwin tu, bincang betul-betul antara anda dengan family dalam hal ni. Mak perempuan tu pun kalau nak letak harga, berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak, berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal-mahal. Hati dah suka punya pasal, semua boleh aje. Cukup time, badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yang terpaksa amik personal loan.. Bank Rakyat... bank Islam...atau guna kredit card. Lepas kawin, kepala lagi sewel. Dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini',.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yang sepatutnya semakin memudahkan kehidupan. Dah terbalik, jadi semakin susah. Entahlah...dunia...dunia...

Pendapat aku: Biarlah sederhana, mampu dan memenuhi syarat. Tak perlu sampai nak buat pinjaman kalau nak kahwin dan buat kenduri grand sangat walaupun bagi aku kahwin itu hanya sekali.^^

P/s : Ada orang yang send ke emel aku. Aku postkan in blog. Buat peringatan yang ingin kahwin. Hihi.^^ [ Takde pengalaman lagi la bab-bab kahwin ni ].

22 comments:

Afterlife said...

wah2..mcm x sbar2 jek nk kawen..haha..tp what if laki yg mampu sediakan smua tu, seorg yg buruk akhlakny but org yg x mampu sediakan smua tu n ign nk jadikan cik sizuka sbg wife baek akhlakny..still money more important?

S.Azeem Ong said...

salam.

mak aku pnya cara lain. hoho. dia bg syarat kat bopren kakak aku

"nak kawin bole. set2 sume. hantaran xbesar pon. (xbuh nilai lagi la) tapi kt dalam simpanan tu yg kene banyak. hantaran xperlu banyak2. yg penting savings tu. kalau sume duit dh habis kat hantaran dan walimatul urus, nnt nk bg makan bini dgn ape? kasih syg? kasih syg xleh suap org la~"


cukup bermakna?

::SizuKa:: said...

To : Afterlife
Hurm..ku x minta disediakan segala-galanya sampai ke tahap itu, janji akhlak baek n menepati ciri-ciri ku nak, sudah cukup. Btw, rasa2nya if aku cakap money is not important dgn keadaan kegawatan ekonomi sekarang, mungkin aku hipokrit namanya. As long dia bagi aku makan dan kahwin menepati syarat dan keperluan n sewaktu dengannya, cukuplah. Ku x minta melebihi dari apa yang 'bakal suami' aku ada. InsyaAllah...haha..^^

To : Emcee_subzero

Wslm,

Bermakna. Cukup bermakna. Ya2. Ku akui savings itu juga sangat penting. nanti kalau duit habis untuk kahwin sahaja, ahah! Memang makan pasir la nampaknya lepas kahwin...[ ku pun tak sanggup berlaki kan laki sebegitu]
konfem mak aku pun reject^^

Anonymous said...

mak aihh.. panjang nye.. bunyi cm pengalaman luas gile. haha
*ku jenuh membaca nye*

tp, kan. di zaman ekonomi mcm skang ni, dgn inflasi lg.. aku rse harge2 tu tak betul r. sure mahal lagi, kan kan kan??
*ku assume sahaja*


:poppy memberi semangat kpd yg nk btunang ujung taun ni. smangat2!!:

nisah said...

aduh...
ko nape ni sizuka...
mcm x sabo2 je....
huhuhuhuhuhu...
beshnye dpt laki loaded...
hehehehhe...
tp bg aku la,
sederhana pn dh cukup...
x baik membazir...
mcm2 leh beli...
ni br kawin...
sehari je nk merasa...
so, x yah la nk grand2...
huhuhuuhu...

::SizuKa:: said...

To : Poppy
haha..semangat betul! Macam dia yang nak bertunang..hihi..e2 la..agak panjang berjela-jela...^^

Oh ya. Kalau ikut pendapat poppy tu, aku rasa mungkin la..MUNGKIN lagi mahal..tambahan lagi keadaan pada zaman sekarang ini...probability nya agak tinggi^^

To : Nisah
Hihi...saja suka letak entry itu. BUkan pe nisah. PAnduan untuk ko jugak nanti. Hihi..laki loaded?? kalau baik akhlak n segalanya, alhamdulillah.^^
ini kalau loaded,tapi dekut n etc etc...adeh..baik tak payah.
Ha. Kita sependapat jugak rupanya. Haha. tak payah grand2. Buat takat yang mampu. Niat itu yang penting. Kalau takat nak bermegah2 sahaja, aish..lupakan saja niat tu.
Tapi nisah..even sehari.. tapi bermakna taw! SEHARI untuk SEUMUR HIDUP^^

Misz SeroJa said...

salam...

kalo aku nak laki yg sderhana,sjuk mata memandang bg aku...
kalo orang lain tgk x hnsem pduli apa aku...
janji aku yg suka...huhu
n kalo kawen even x la kaya aku xla kisah sgt...
asalkan dapat mmberi khdupan yg smpurna kpd aku...
kira cukup makan,bli barang uma cukup n bayar2 bil lain...
n bg kasih syng yg mlimpah ruah...
aku da puas hati da...huhu
kira kalo besederhana da ok la...
yg pnting agamanya kan...
tp btol gak kasih syng je x ley bg kita makan ...
so duit 2 pun perlu ada...
kalo x bnyak pun tp cukup mnampung khidupan...kira da bersyukurla..huhu
neway duit n kasih syng still sama pnting...
tp kalo aku,aku pilih kasih syng lg...hehe

::SizuKa:: said...

To : Zeida G

Sejuk mata memandang? dah ada calon? tiap2 hari jumpa kat fac tu..tak sejuk ke mata memandang?? hihi...[gurau jer]

Oo..pendek kata, sederhana dari semua segi ya la. Kasih syg mmg penting. Duit pun penting kan. Memang tak kenyang kalau bagi makan kasih sayang yang melimpah ruah ja.hihi^^

Afterlife said...

ckp nk sederhana..xnk grand2 ek..tp tak mcm cik sizuka nk wat weeding kat pulau..modal besar tu..;p

::SizuKa:: said...

To : Afterlife
OO..perli aku ya? ciss!! ha..yerla..thats one of my dream la...ku hanya berangan2 nak kawin kat pulau..bukan atas kapal..bukan dalam laut..ok?
mmg modal besar even hanya di pulau..haha...tapi, aku tahu time aku kahwin nnt mmg kat rumah je kenduri tu..^^

~EFIRIS~ said...

Efiris: Betul tu zeiDa, sejukkk mata saya memandang dia tu pun. Emmm, lelaki soleh...untung zieDa kan...

Misz SeroJa said...

to efiris:

adoi asal sy sorang je kna...
gha x kna pon...
i2 mata dr eddy yg sjok mata memandang..
so dr eddyla yg beruntung...hehe

::SizuKa:: said...

To : Efiris
Hihi..betul jugak cakap zeida tu..Mata Dr yang bersinar-sinar + sejuk melihat si dia..bukan zeida mahupun sizuka..hihi^^

To : Zeida
HAha...aku selalu TERselamat dalam kes gosip2 ni..ko kan COMEYYYY..so,ramai betul la nampaknya nak usikk..hii..tambah2 si lebah...dia sangat suka mengusik si COMEYYY ni..hahah^^

~EFIRIS~ said...

Efiris: Pantun hehe...bunga seroja kembang mengembang, kembang pula melebih-lebih, jangan la nak gebang, ngaku jela hati dah berkasih! Kuang3

Kih3...

~EFIRIS~ said...

To siZuka: Pantun daa...madu2 berjalan, berebut rebut cari lebah, jangan nak bagi alasan, dua dua sama je...

Aikk lain macam je pantun ni...

::SizuKa:: said...

To : Efiris
Adeh! Dr..dr...ada-ada je..berpantun-pantun pulak kat sini..ehh..tapi pantun Dr tu lain macam je bunyinyer..hihi..tak sesuai la..;p

p/s : dah pukul 7 lebih..tak balik-balik lagi? [investigator yang profesional]

Misz SeroJa said...

to efiris:
amboi...
smpai berpantun2 ag...
mana ada berkasih...
adoi..
kalo yg bertahta kat hati 2 maybe da ada la...huhu
so gosip2 dr 2 x mresap...hehe
lg 1 dr mana ada madu2 berebut lbah..
ish tlong la....
xda maknanya nak berebut...
bak kata sizuka dr je yg pandang mamat 2 sjuk n bersinar2..
bukan kami yer...huhu

J said...

hang dah kawen ka sizuka? keh3

::SizuKa:: said...

To : Ali
Haha...tak nampak ka statement aku kat 'P/s' tu?? kan aku cakap xde lagi pengalaman bab2 kahwin ni...terang lagi bersuluh la aku ni x kahwin lagi...aiya!! apa la...;p

Noru Amran said...

wah..best2...nk curi artikel ni...
=P

Anonymous said...

Salam...

Cuba lah try ushar website nie.. manalah tahu dapat membantu ke?

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=azlos
Bye!

Anonymous said...

Salam...

Cuba lah try ushar website nie.. manalah tahu dapat membantu ke?

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=azlos
Bye!

Related Posts with Thumbnails