Salam,
Semalam, kepala aku sakit sangat. Mungkin akibat mengadap depan laptop terlalu lama plus minum nescafe 1 mug. Sehingga jam 3 pagi baru dapat tidur. Itupun penat ku berusaha memejamkan mata. Mujur nyenyak juga tidur plus mimpi 'seseorang'. Rindu kepadanya tak pernah hilang. Tapi, mimpi hanya mainan tidur. Abaikan.
Sejak-sejak ini, aku selalu rasa tak sedap badan. Tak sedap hati. Mungkin sebab aku suka fikir yang bukan-bukan. Itulah kelemahan aku. Time aku sedih + hiba..barangkali? Macam-macam yang aku fikirkan. Orang bilang, kalau sedih, kita fikirkan la benda atau perkara yang menggembirakan kita. Ya. Memang betul. Kadang-kadang ketawa sendirian. Haha.^^
Di sini, aku ingin berkongsi satu cerita lucu ketika aku berada di Tingkatan 5. Ini kisah pasal 'sound trouble' punya hal. Haha. Ok. Nak dijadikan cerita, dulu masa di asrama outing hanya dibenarkan 2 minggu sekali. Bergilir-gilir. Ikut turn boys and girls. Kebetulan pada minggu itu outing boys dan dinner batch aku jua diadakan pada hujung minggu tersebut. Zaman dulu kamera jenis pakai kodak. Student lagi. Digital ini kira mantap gler ah kalau sape ada masa tu. Huhu. Ok. Kalau kamera jenis pakai kodak ni, kena la beli kodak nya kan. Masa itu, kebetulan kamera aku kehabisan kodak. Jadi, aku fikir aku nak kirim je kepada budak laki kelas aku suruh beli kodak untuk tangkap gambar masa dinner nanti. Lantas, terfikir si mamat Aidi yang baik hati lagi suka menolong orang ni. Hihi. Yang lain skema and susah nak bercakap. Control agaknya. Ha. Aku pun tak tahu la apa yang difikirkannya semasa aku pesan suruh beli kodak.
"Aidi, sok outing kan? Tolong belikan kodak kat aku,leh? Jenis konica, 36 n 200. Kalau takde jenis konica, ambik kodak. OK. Nah RM10. Ingat taw!"
Aku siap tulis lagi atas kertas dan bagi kepadanya lantas beredar. Keesokan harinya, selepas perhimpunan pagi, terserempak dengannya dekat toilet. Aku senyum. Dia buat tak nampak plak. Cis. Takpe. Jumpa dalam kelas nanti.
Sampai di kelas, aku tanya.
"Mana kodak aku? Beli tak? "
Lantas, dengan tersenyum simpul dia mengeluarkan sebotol bedak 'PALMOLIVE' 200g kaler Ungu. Ingat lagi. Huh! Aku tanya mana kodak. Dikeluarkannnya bedak. Aduh. Haru betul masa tu. Aku memang gelak habis masa tu. Orang suruh beli lain, dia beli lain. At last, aku tak ambik bedak tu coz aku memang tak pakai bedak jenis tu dan dia pulangkan semula duit aku. Akibatnya, dinner masa tu aku hanya menumpang kamera kawan-kawan. Huhu. Takpe. Redha je la. Hihi. Mengenangkan kisah tu, aku memang gelak sendirian.^^
Sekarang rasa penat plus kepala makin sakit. Mengadap laptop lagi ketika ini. Adeh. Tinggalkan. Aku mahu menyambung buat assignment yang berlambak-lambak di sebelah aku ni je. Adios.
P/s : Doakan aku cepat sembuh^^
Peluang Bisnis Paling Menjanjikan di Tahun ini
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment