:::ORANG-ORANG MANIS:::

Friday, May 8, 2009

::Genap 2 tahun::

Salam,

Tinggal beberapa jam sahaja lagi aku akan meninggalkan UKM. Ceh. Macam dah tak nak mai je..huhu. Pejam celik, pejam celik..sudah 2 tahun aku bergelar mahasiswi di UKM ni. Tak sangka masuk sem depan aku dah masuk 3rd year. Banyak dugaan dan cabaran menanti aku kelak. Takut. Tapi, kena hadapi juga. Asam garam dalam kehidupan. Buat aku bertambah matang dan bijak bermain dengan mainan kehidupan. Citt. Ayat tak leh blah betul! ;p

Hmm.. Semakin lama aku berada kat UKM ni, semakin banyak memori tercipta bersama kengkawan kat sini. Memang aku bahagia sekarang. Tak macam masa aku 1st year dulu. Dulu sangat la sengal dan skema. Cit. Macam sekarang dah tak sengal dan skema lak. Haha. PErasan!

Memori masa 2nd year lebih manis dan banyak berbanding dulu. Dulu aku asyik sedih je. Mengharap sesuatu yang tak pasti. Menanti dan menanti. Sengal la kan namanya? Ceh. Itu dulu. Sekarang aku bahagia. Haha. Ramai kawan-kawan sekeliling aku dan aku sayang mereka semua. Kalau takde kawan, alamatnya aku ni duduk terperap kat UO ni je la. Susah kalau takde kawan, senang takde boyfriend.^^

Cuti nanti aku pasti bosan. Tengah fikir nak buat apa la cuti ni. Tanya kawan-kawan, masing-masing ada yang nak kerja. Ada yang nak p sekolah pondok. Ada yang nak tanam anggur. Ada yang nak bina badan. Macam-macam. Aku je tak tau lagi nak buat apa. Buat bulan 5 ni, aku cuma pergi berjalan-jalan di Kelantan. Melawat tempat orang. Seronok. Eh, lupa malam ni aku akan gerak ke Kelantan. Pergi rumah Nisah di Pasir Mas. Tak sabarnya rasa!~

Bulan 6 ni tak tau lagi nak buat apa. Kalau pergi melawat cikgu-cikgu kat sekolah lama pun best kan. Hari tu bercadang nak buat tusyen Add Math kat rumah. Tapi, sekarang ni rasa malas pula sebab rasa macam takde keberanian nak buat tusyen. Takut budak-budak tak faham aku ajar nanti. Hoho.

Kalau buat garden kat halaman rumah pon best juga kan. Ceh. Banyak betul nak buat. Tapi, nanti habuk pon takde. Huhu. Hari tu masa cuti pertengahan semester, aku tanam pokok cili. Hidup subur till sekarang! Seronok tengok kembang mekar. Tapi, kena pandai jaga la. Aku ni bukan minat sangat tanam pokok-pokok ni. Pengaruh dari kak aku la ni sebenarnya. Sekejap je datang mood tanam pokok tu, pastu dah malas! Bukan pe..kadang-kadang masa tak cukup. Aku pun jarang duduk kat rumah. Kalau ada cuti je aku balik. Tu pun sebulan sekali kot. Eh, iye ke? ;p

Ok la. Banyak dah aku bebel kali ini. Aku pun tak tau apa yang aku merepek ni. Huhu. Rasanya ini entry terakhir aku kot memandangkan cuti dah bermula dan rumah aku tak provide internet. So, rasanya nanti pasti akan rindu nak berblogging lagi. Takpe. Tunggu awal bulan 7 la. Nak buat dokumentari untuk cuti nanti. Tunggu bulan 7, aku akan update cerita-cerita sepanjang percutian aku. Harap-harap semuanya menggembirakan aku. No more sadness ^^

P/S : Selamat bercuti kepada kengkawan! Mesej dan call la aku selalu kalau bosan. Hehe^^

10 comments:

nisah said...

jom gha...
klantan dah memanggil2 dah...
hehehhehe...

Jejak Hamba said...

cuti sampai bulan 7 je ke? tak sempat le nk jumpe bile ak balik malaysia nanti...huhu...

Ilyani Muda said...

rajin..
singgah ka trgn..hoho

sentosa77 said...

selamat bercuti.. :)

pari-pari said...

bile la nk balik cuti ney..
aish..jeles..
hahhaa

matgeo said...

slmt bercuti..dak ukm gak ek..anyhow, nice blog...truskan mengupdate

Arief Rahman Heriansyah said...

Salam Sizuka...^_^

Saya Blogger asal Kalimantan INDONESIA !!!

Pesan saya kamu harus tetap aktif nuntut ilmunya

Anonymous said...

Salam Ceria...
Teruskan menyemai budi untuk masyarakat, kekalkan kecerian dlm kehidupan.
Kalau ada masa, cuba la pulak bela keli pula dan tanam serai. Pertanian sebagai kerja-kerja yang tidak merugikan bagi mahasiswa lepasan seperti anda. Cuma cadangan..nk ikut, tak nk ikut sudah.ngeh3...

Mrs Nurul said...

selamat bercuti =)

::SizuKa:: said...

To : Nisah, Tedy guard, Zaidon. Awie, geolife, si lampu neon, n shinja

Thanks! sizuka sedang bercuti sekarang...hehe ;p

To : Kristal senja
Mu jadi balik bulan 8 ni..hehe...no hal.. jumpa kat KLIA pun boleyh..;)

To : Arief brian
Ya..i hv 1 year more to finish my degree...insyaAllah. SO, memang kena tuntut ilmunya jika nak berjaya...;)

Related Posts with Thumbnails