:::ORANG-ORANG MANIS:::

Saturday, July 25, 2009

::Suka Duka Test JPJ::


Salam,

Lately, ramai di kalangan kawan-kawan perempuan aku ambil lesen kereta. Macam-macam cerita ada. Teringat kisah seorang minah ini masa dia amek lesen dulu-dulu kala. Minah ini ambek lesen since dia tamat SPM. First time dia pergi kelas memandu, itulah juga first time dia pegang stereng kereta. Mamat yang jadi cikgu dia itu Indian. Bro Manual. (nama dia).

Kisah yang paling kelakar berlaku masa dekat T junction. Bro manual suruh dia pegang gear without seeing tombol gear tu. (maksudnya, mata tengok depan, tangan pegang gear).Minah ini yang konon-konon tere katakan buat la macam yang bro tu suruh. Sekali nak pegang tombol gear, dia terpegang PAHA mamat tu. Oh no! Gler ke minah tu...dush..dush..! Bro tu pun satu kan. Duduk terkangkang tu apsal..Huh. Tak pasal-pasal kekecohan berlaku sebentar. Ahaks! Mesti korang rasa minah tu gatal gler. Tapi, aku rasa minah tu tak sengaja. Al maklumlah ini first time dia bawa kereta kan..kan?

2nd time lak minah ni wat hal masa belajar parking. Keadaan cuaca yang panas dan terik petang tu menyebabkan minah tu berpeluh-peluh pusing stereng. Pusing punya pusing, at last terhantuk siku ke pintu kereta. (Gedebuk!). Kuat betul bunyinya. Ahaks. Kali ini bapak manual yang ajar. Tergelak-gelak dia tengok minah tu. Sian minah tu..menanggung malu tak terkira. 2 kali peristiwa ini buat dia ingat sampai bila-bila.

At last, masa FIRST test JPJ, dia fail! Sebabnya :

Mati enjin 3 kali kat traffic light.
Tak buka wiper and lampu before gerak ( JPJ tu skema la)
Langgar lampu isyarat ( ini kes mati enjin, itu pasal TERlanggar)

2nd test, dia lulus dengan cemerlang. Agaga. Alhamdulillah. Tapi, sekarang dia ada lesen agung. Tau pasal pa? Sebab keta manual dia dah tak reti bawa. Keta auto laju je dia bawa. Analisis yang dibuat mengatakan sebab kawalan ketat dari mak dia. Sikit-sikit tak bagi bawa keta. Takut langgar orang la. Masuk longkang la. Oh..how come la..so, sekarang dia memang penakut nak bawa keta manual. Itu pasal abang dia kata dia ada lesen agung. Haha.

Jadi, buat kawan-kawan yang bakal amek lesen kereta, belajarlah sebaik mungkin dan janganlah buat kerja 2 kali macam minah tu. Harap korang dapat pegawai JPJ yang ramah mesra alam tahap cipan. Konfem bahagia dan lulus dengan jayanya. Ahaks!

P/S : Minah yang diceritakan dalam entry ni adalah aku la..haha. (malas nak ngaku awal-awal.)

13 comments:

Lin said...

hihihi.
funny.
lin wktu test jpj dlu 2kali enjin kete mati.
hehehe.
but now lesen P dh hbis dh pn.
dh ade lesen besar.
n persamaan kita,
lin pn leh bwk kete auto je.
hahaha.
=)

zeiDa said...

baru nak perli sbb ko guna minah..
skali da mngaku plak..hehe
x dpt la nak knakan..;p

::SizuKa:: said...

@ lin : ahaks! sama la kita..akak pon dah mati lesen P...lesen BESO skg..haha..lesen agung gitu...;p

@ zeida : hahah..ko xkan dpt pekena aku punya...ak tau konfem ms mula2 ko bc ko kutuk2 minah tu...ahaks! sklai tgk minah tu aku..haha..

zeiDa said...

ko kan mmg da prnah cter..
so aku mmg da gelak dr awal bila ko x pakai nama ko..
hehe

::SizuKa:: said...

@ zeida : ahaks..mmg ak dah cite byk kali kat ko..(good memory)...ni ha..dis time rumet aku a.k.a sculmate ko nak amek lesen..kelakar gler cite pasal bljar keta..hahaa..~

EmcEE_SubZeRo said...

salam.


sejak perenggan pertama lagi aku dh agak si A tu mesti hg.


ahahaha. sengal la!


hg pegang bro manual tu pesal? hg ingat dia gear manual? wakakakaka

::SizuKa:: said...

@ apex ong : ahaks! walaweyh...mn aku taw ak TERpegang dia..aku bajet ak dah pegang gear..mn taw bnda lain aku pgg..hoho..bukan slh aku..;p

ini q i L L said...

kne repeat test jpj gk
bengang gle
duit duit. ishk

::SizuKa:: said...

@ inQill : ngeh2..mmg pon..duit lagi...masa lagi..perasaan lagi..malu lagi...ahah..tapi, xpe,,,now dah dpt lesen dah..lega!

awieadawiyah said...

memang da agak ko pon..
sbab ko kn memang tgh ad lesen agung skang..
ahhahaha..
xpe2..
ko bedal bawak kt u nih puas2..
nt balik umah knag mak ko x bagi..


p.s: ketua JPJ suh budak pecut gler2 potong sume lori, bas keta dn sbagai nye kalo nak lulus.
apekah??? hahahha

::SizuKa:: said...

@ awie : eh..mn ko tau statemnet tu?? sunggo ke JPJ skg cenggitu...huh..terrible..

bagus la ko dpt predict awal2 sape minah tu..ahaks~

MentaRi MaLaM said...

aku pun da agak dr awal..
sebab ko betul2 menjiwai minah tu..
aku pulak failed kt bukit..
tension aku..
gerak ke belakang sikit je..
skema tu..
aku lesen auto gak..
ahaks..
manual tlah aku lupakan..

::SizuKa:: said...

@ Mentari mlm : ahaks!..pandai ko predict minah tu..hee..

bukit yg fail? huh..mujur aku lulus.heeee...xpe2..jnji now kita berdua dah brjaya dpt lesen AGUNG...agagga~

Related Posts with Thumbnails