:::ORANG-ORANG MANIS:::

Wednesday, October 14, 2009

::Buah Hati Baru::

Salam,

Semalam pukul 4 lebih baru aku dapat tidur. Mungkin ni kali kedua atau ketiga kot. Dalam sejarah hidup. Maklumlah, aku ni selalunya tidur awal. Sangat awal. Bila tertidur lambat tu, seolah-olah macam cipta rekod baru lak. Hee. Bangun pagi ni mata aku dah tersepet-sepet. Penat aku membulatkan mata untuk nampak macam biasa, tapi tersepet jugak. Geram kan bila badan terasa sangat penat, tapi tak dapat tidur. Aishh~

Semalam, Allah temukan aku dengan sekumpulan GENG CEKAK. Semuanya lelaki. Dalam 5 orang. Badan besar-besar. Mostly kaki smoking. MasyaAllah..sesak nafas aku bila study dekat area 'pakcik-pakcik' ni. Not really pakcik la. Tapi, aku memang suka gelar laki camni 'PAkCIK'. Tak boleh tahan betul la. Mereka ni sesuka hati hembus sana sini asap rokok. Berkecamuk peparu aku bila TERsedut asap rokok ni. Nampak diorang memang sedap gila hisap rokok ni. Mungkin jenis DUNHILL kot. Takpun, WINSTON. Takpun GUDANG GARAM. Takpun MALBORO. Takpun, BENSON n HEDGES. Takpun, PETER. Takpun paling murah rokok SAAT. Tahle, dah lupa jenama rokok ni. Dulu sokmo aku hafal masa kerja part time.

By the way, aku memang anti smoker. Sangat-sangat!.Aku selalu fikir, kalau aku tak tahan bau asap rokok, camna la smoker boleh tahan. Hairan juga ya. Mungkin peparu diorang dah really imun dengan asap tu kan? Huh. Akibat tak tahan sangat bau asap rokok, aku decide nak balik terus. Sampai bilik, kepala aku sakit dan terasa macam peparu ni kena hiris sikit-sikit dengan asap rokok. Sunggo tak cukup nafas! Cenggitu sekali effectnya kat aku. At last, aku tertido terus sampai dibuai mimpi pergi ke Sunway Lagoon bersama rakan tersayang. Giler betul! Mimpi merapu alam~ Haha.

Ok la. Taknak cite panjang-panjang. Kalau nak tau lebih detail bab-bab rokok ni, klik kat blogger ni. FAKHRUS dan AZEEM. Diorang ni baru je buat entry bab rokok. Kelmarin juga, aku sempat menjengah ke pasar shell untuk cari rubik 5x5 dan akhirnya....



['Buah Hati' baru..agaga]

Hati berbunga riang betul bila dah dapat jumpa rubik 5x5 ni. Sabtu ni nak cari lagi rubik yang lain. Gigih gila beli. Hoho. Takpe, buat isi masa lapang pas exam nanti.[ sedapkan hati sendiri] Agaga~

P/S : Lately, aku seringkali hampir 'bermasalah' bila berada di jalan raya. Cuak! Ouh~

15 comments:

nizamsani said...

bestnya reti main rubik2 ni.

zeiDa said...

waa..
da jmpa dah..
bgs3..;p
mcm mana ko ley stdy dkt ngn pakcik3 2..
nape x stdy kat dlm library je..;p

Fakhrul Islami said...

hoho... tgh ngantuk2 bley gak siap satu post... dashat betui cik sizuka ni... haha..

opop said...

sian kepada perokok...x pasai2 ada org benci...hehe

Cikgu Adham said...

salam... game menda ni? x tau pun namanya.. tp pernah lihat..

merokok? erm entah la.... xdak masa nk laye

CaHaya said...

jom study same2.
kak wani dh xde study partner utk ke lib...huhu...
geng cekak namenye?
diorg pkai cekak?
nmpk rubik tu cm bling2 bercahaya bau kedai.
=)

::SizuKa:: said...

nizam : yup. memang seronok kalau reti main..clap clap clap! (^_^)

zeida : yup. dah jumpa. library skrg full malam2..so,study kat PPSm. PAKCIK2 tu bukan budak PPSM. nyibuk dtg tumpang n tak respect org lain langsung yg study situ.~

fakhrus : aaa? ngantuk tapi takleh tido. so blogging apa yang patut.. heee~


opop : bukan BENCI, tapi ANTI. tau kan apa effect pada orang yg berada di sekeliling smoker? memang tak dapat trima smoker dalam hidup. suka menjauhi mereka.

cikgu Adham : game rubik la..pusing2 bagi susun sama colour. more detail, search kat google. (^-^). good. Tak layan rokok.


kak wani : pandai pon akak. Geng CEKAK sbb most of them pakai cekak. bukan geng SILAT CEKAK HANAFI tu. agaga...dah takde la geng dia g lib sesama ea sejak si dia dah mula kerja..hee~
ada la sikit sikit bau kedai...hahah~

~kotak pensil biru koyak~ said...

tu dia la nor najiha~
gila rubik nooo.....
huih... ganas2... ak yg 3x3 pon pengsan xjadik lagi~ ayok gha....

::SizuKa:: said...

kema : heee....hobi baru..tangan gatal nak men rubik ja keja...agagga...nanti lama2 konfem aku dah bosan dgn rubik n there is no more entry bout rubic...hhohoho~

syahbandar87 said...

dlu prnh jgk maen rubik ni.cme klu yg 5X5 x lg..awk pndi ke bwt yg 5X5 ni..dlu minat sngt maen bnda ni..tp tu la sy ni jns mdh bosan..lps minat bnda ni beralih arah plak minat blaja magic..snggp beli brng2 magic yg agak mahal jgk la..pastu beli buku2 magic la..cr kt internt la.jd magician kjp..rmi jgk yg terpegun n suh sy trskn bidang ni.tp cam biasa la..minat sentiasa berubah.hehe..skrng xde minat sngt sbb sibok nga kelas..biasa mnt leh wujud time cuti sem jerk.hehe

::SizuKa:: said...

syahbandar87: yup2..minat sangat main rubik lately! mungkin sbb dah nak cuti dah pas exam nnt...so tetiba hobi ni timbul..heee~

5x5 ni tgh belajar..agaga..susah kit nak buat yg tepi...4x4 n 3x3 agak mudah kit...sy pon sanggup cari rubik ni merata-rata tempat sampaikan hampir nak accident masa cari rubik punya pasal..hoho~

rasa skrg nak kumpul semua rubik buat koleksi...~ lepas ni tak tau pulak minat ke arah mana..magic kot?? heee~

tedy guard said...

ak ad jmpa rubik 6x6
lupa bg tau ko

::SizuKa:: said...

yani :: really?? nipu aku ea yani..penat kalut2 aku mesej budak ni..hhooho~

~kotak pensil biru koyak~ said...

cadangan tajuk entry bila hg dah dah buhsan ngn rubik...

~bila cik jiha dah buhsan~ nak maen apa lagi ek... congkak n ting-ting lah plak...

ekekekeke

::SizuKa:: said...

kema : erk..congkak n ting ting?? kurang berminat la...heee...~

Related Posts with Thumbnails