Salam,
Musim persekolahan sudah kembali. Rasa lucu bila tengok telatah budak-budak tahun satu masuk sekolah. Ada yang lari peluk tiang, main kejar-kejar dengan cikgu dan nangis ingat nak balik rumah. Haha. Dulu aku pun macam tu gak. Erk. Masa aku masuk tahun dua. Ini lagi teruk. Hee. Rilex beb. Baru nak start cita ni.
Dulu masa aku tahun satu, aku sekolah di Butterworth Penang. Di sana, persekolahan bermula dari hari Isnin till hari Jumaat. Sabtu Ahad cuti. Hampir setahun aku bersekolah di sana dan aku rasa seronok sangat p sekolah. Sebab ramai kawan dan aku duk sebelah budak laki. Comel! Nama dia Adam. Sampai sekarang aku ingat nama dia sebab dia selalu bagi aku tiru jawapan dia masa exam. Tambah-tambah Matematik. Dia sangat genius math! Hehe. Masuk tahun dua, aku pindah ke Kedah. Di sini, persekolahan pula berbeza dengan Penang. Bermula dari hari Ahad till Khamis manakala Jumaat dan Sabtu cuti. Aku cukup tak suka p sekolah tambah-tambah hari Ahad sebab dulu masa tahun satu Ahad cuti. Duk rumah. Boleh tengok kartun. Sekarang tahun dua, kena p sekolah. So, masuk je hari Ahad, aku mesti buat perangai. Buat-buat bangun lambat, bersiap lambat, dengan harapan aku dapat ponteng. Tapi, hampa. Mak dan abah paksa juga aku p sekolah. So, aku request kalau nak suh p sekolah, kena hantar naik kereta. Takmo naik bus. Ok. Ini mengada tahap 5 ye. Jangan kata 'yek'.
Sampai di pintu pagar sekolah, abah suruh aku turun. Aku diam je. Buat degil takmo turun. Abah ambil beg sekolah dan cuba tarik aku keluar. Tapi aku lari. Hee. Abah datang ke kiri kereta, aku lari ke kanan. Abah datang ke kanan, aku lari pulak ke kiri. Ini mengada tahap 10 sudah. Boleh kata 'yek'. (Diizinkan.) Masa tu, ramai budak-budak lain keliling tengok aku. Aku lagi kuat nangis. Haha. Last-last, abah dah penat. Lantas, hantar aku pulang ke rumah. Yes. Misi berjaya! Tak yah p sekolah. Suka!
Tapikan, yang sebenarnya, sebab-sebab UTAMA aku tak nak ke sekolah pada hari Ahad adalah...:
---> Hari Ahad aku kena bertugas sapu sampah kat kelas. Aku tak suka. Sebab masa tu nak pegang penyapu pun aku rasa berat. Nanti kalau tak sapu, kena marah. Dahla cikgu garang.
---> Ada sorang budak laki kelas aku ni. Dia tu nakal. Masa hari pertama aku masuk kelas tu, dia kejar nak peluk aku time rehat. Gila. Penat aku lari. Lagi sakan aku lari, lagi laju dia kejar aku. Bila aku nangis kuat-kuat, baru dia stop kejar aku. Mengong.
Pasal kartun tu, selingan je. Aku bukan minat sangat kartun sebenarnya. Ekeke. Hampir sebulan aku buat perangai. Last-last aku jadi minat nak ke sekolah sebab cikgu dah tak marah kalau aku tak bertugas. Plus, budak laki tu pun dah tak kacau aku. Plus, mak abah bawa aku p 'berubat'. Hehe. Rekod kehadiran pun bagus-bagus setiap tahun. Syukur;)
P/S : Masa aku mula-mula masuk hostel dulu pon, aku nangis! Tapi takde la buat perangai macam aku tahun dua dulu. Hehe. Kelakar bila flashback zaman sekolah dulu. ;););););)
Peluang Bisnis Paling Menjanjikan di Tahun ini
5 weeks ago
12 comments:
salam...
haha... hebat jugak cik jiha nih... ;p
wohoo.. kecik2 da ada laki nak kat die. hehe.
kecik2 mmg sememeh. haha... ;p
sekolah hari isnin-jumaat lg besh dari ahad-khamis..sbb hari jumaat tu bleh balik awal..wuwu..
(^.^)
apa2 pun setiap yang berlaku ada hikmahnya...
suke sy katakan bahawa masa waktu sekolah sy dlu pun ahad-khamis jugak (Kelate & Terengganu) dan tak penah belajar di selain dari 2 negeri tu).
flashback adalah satu sejarah silam..
Fakhrul : HEBAT? dalam maknanya tu. ;p
ini Qill : Budak laki memang suka kacau+buli budak baru. kecik-kecik hingus lagi ;p
Ain : ya. betul. bila masuk tgh hri, dah kalut-kalut nak balik. haha.
Fathi : everything happened has the own reason. ;)..masing-masing ada pendapat masing2. saya lebih suka kelas isnin-jumaat. ;)
ms zmn sekolah x pernah lg kan masuk kls isnin-jumaat? ni dah masuk UKM ni, jadinya dah pernahlah masuk kelas isnin till jumaat. hehe.
aku plak masuk asrama dok hostel sejak form 1..
so sudah imun kot..
tp kan aku plik gak..
nape dok ukm lagi aku homesick dari aku dok hostel yg bertahun3 2..
amat pelik...heee..;p
salam...
kenangan di alam persekolahan satu kenangan yg sungguh manis...
Misz Seroja :
sebab perubahan hormon kot. menyebabkan ko jadi lebih manja bila tinggal di UKM. wahahhahaha~
Anak laut :
salam, ya. BUkan setakat manis, masam masam pahit pun ada jua. ;p
haha..klakar la cite ko ni jiha..
penat ak gelak...
adeh..
;p
Yani :
erk. ini kisah benar tau. bukan rekaan. hehe. dulu kecik-kecik memang kelakar. budak hingus katakan. merap lebih. ;p
Post a Comment