:::ORANG-ORANG MANIS:::

Wednesday, June 30, 2010

::R.I.N.D.U pada SEMUA::

Salam semua,

Alhamdulillah. Masih ada orang yang sudi baca blog ni walaupun dah lama gila-gila tak updated. Huhu. After UPIC programme, aku dan family pergi mengerjakan umrah dari 5 Jun till 19 Jun 2010. Alhamdulillah. Segalanya selamat dan sihat walafiat. Lots of stories there. I went to Istanbul first, then Madinah and lastly Mekah. Just a short story for each places.

ISTANBUL

Tempat-tempat yang menarik here like Blue Mosque, Topkapi Palace, Bosphorus Cruise, Camlica Hill, Grand Bazaar and Spice Bazaar. 1st day and 2nd day boleh la survive menghadap food at Istanbul, but masuk hari ketiga, keempat dan seterusnya..masyaAllah..jenuh nak telan. Quite bad here. Not like Malaysian food. Most of them makan roti, sayur like tomato, timun, carrot plus cuka masam, sup rempah and lastly nasi yang seakan macam pulut rupanya. Uh. Kadang-kadang tengok food diorang pon, kite dah rasa kenyang. Hehe. Itu dari segi food. If dari segi orang-orang Istanbul ni, boys hensem-hensem belaka. Even pakguard sekalipon. Wowow. Kening lebat, hidung mancung, mata biru, kulit putih, uhh..sangat hensem. Tapi mujur takde sape yang ku TERbawa balik ke Malaysia. Hehehe. Girls sume segak-segak. Kulit cerah putih gebu and hidung mancung. But, kalau nak diceritakan tentang ISLAM di sana, from 97% muslims, only 67% yang really muslim. (This fact based on our tourist guide there). I stayed here for 5days.


with Pilot from Ataturk Airport, Istanbul.


sup yang sangat meloyakan tekak. sorry to say, tapi tak lalu. uwu..

foods at Istanbul, sayur belambak-lambak.



at Bosphorus cruise, tudung kerdut 1000 gila-gila.

MADINAH

1st time sampai Madinah, sangat seronok! Dari segi keadaan and facilities there, Madinah sangat selesa. I just stayed for 3 days only here. Sempat masuk Raudah, alhamdulillah. But, now nak masuk Raudah agak sukar sedikit sebab ada pengawal yang jaga di setiap pintu di sana. Terharu and sayu bila sampai di Masjid Nabawi. Masih ingat lagi macam mana keadaan di sana tiap kali nak bersolat. Ada aja ibu-ibu yang berpakaian hitam akan jaga di setiap pintu. Mereka akan cek tiap beg kita. Either bawa handphone or camera, they will take it out. But alhamdulillah segalanya selamat di sana. Cuma my shoes almost lost when i was there. Mujur sempat nampak and orang tu pun letak balik my shoes at rak when she saw me. (ayat tunggang terbalik daa). Then at Madinah also, kami sempat pergi Bukit Terbakar, Bukit Magnet and Kilang Percetakan Al-Quran and ladang kurma [ but this place ku tak sempat pergi sebab kena tinggal..huhu..;(]


at Masjid Nabawi

 
Bukit Terbakar : bukit ni terbakar dengan kuasa Allah. Now apa yang tinggal di sana adalah serpihan batu-batu. Ku sempat memegang beberapa batu di situ. Ada yang ringan and ada yang berat sedikit.

at Bukit Terbakar with my mum


Bukit Magnet : SubhanAllah. Tempat ni sangat menarik perhatianku. Bayangkan bus boleh bergerak sendiri tanpa menekan pedal minyak dan boleh mencapai kelajuan sehingga 130km/j. MasyaAllah. Aku benar-benar kagum. Bayangkan betapa kuatnya tarikan magnet tersebut. Driver hanya perlu control stereng and brek. Tapi jarak perjalanan yang benar-benar kuat tarikan magnet adalah sepanjang 8km.


environment sekeliling Bukit Magnet

Kilang Percetakan AL-Quran : Di sini pulak, ku hanya duduk dalam bus. Sebab orang perempuan tak dibenarkan masuk ke dalam kilang tersebut. Sekadar dapat masuk kedainya sahaja. Tapi kebetulan pada masa tersebut, kedai tu tutup. Si aku just stay dalam bus sahaja. Orang laki yang turun ke kilang tersebut akan mendapat Al-Quran percuma seorang satu. Bestnyer...

MEKAH

Pertama kali ku sampai depan Kaabah. Melihat dengan mata sendiri. Suatu kenangan yang tak dapat dilupakan. Macam tak percaya pon ada. Sebelum ni ku hanya lihat di gambar dan tv, but alhamdulillah aku dapat melihat Kaabah dengan mataku sendiri akhirnya. Syukur sangat. Sampai di Mekah, terus mengerjakan umrah setelah bermiqat di Masjid Bir Ali. Ku tinggal di Mekah selama 7 hari 6 malam. Seronok sangat dapat masuk Masjidil Haram. Macam-macam pengalamanku di sini. Kasut hilang, jumpa ramai kanak-kanak comel, dapat lihat Kaabah dari pandangan atas. Orang sentiasa ramai di sana. Cuaca agak panas di Mekah masa itu. Walaupun kulit jadi kering, tapi itu tak menghalang aku untuk beribadah. Farmasi banyak di sana. Shopping complex pon ada and also KFC. Hohoo.

KFC..see there? surprising sikit plak.

Di Mekah, ku sempat menziarahi Perkuburan Saidatina Maimunah r.a, Maqam Siti Khadijah r.a, Jabal Thur, Jabal Rahmah, Ladang Tenusu Unta and Muzium Purba. Di ladang tenusu unta, aku berpeluang minum susu unta yang fresh gila without heat first. Huhu. Seriau gak nak minum, but tawakal je la. Bayangkan susu yang baru diperah tu kita terus minum. Huhu. Kalau ikut cara yang sepatutnya, susu perlu heat untuk matikan bakteria terlebih dahulu. Di sana, orang Arab Badwi yang mengembala unta. Mereka tak faham English. Hanya tahu Arab. Tapi ku pulak tak pandai sangat cakap Arab. So, serupa ayam itik la kami bercakap. Hoho.

at Jabal Rahmah ;)

susu unta fresh sampai berbuih-buih

Sampai hari terakhir, alhamdulillah aku berpeluang mengerjakan tawaf wida' dengan sempurna. Syukur sangat-sangat. Tapi ditakdirkan ALLAH, di hari terakhir ku di sana, aku terserempak dengan 3 orang jenazah yang sedang diusung. Innalillah..insaf..

Then, back to Malaysia. Kenangan dari awal perjalanan till the end sangat banyak memories. Ramai kenalan yang ku jumpa tak kira tua or muda. Benar kata sesetengah orang, better pergi ke sana sementara masih muda. Percayalah..seronok beribadah dalam keadaan yang sihat. Kalau mampu, ayuh ke sana. InsyaALLAH..doakan yang terbaik supaya ALLAH buka hati dan murahkan rezeki kita untuk ke sana. ;)

P/S : Malas nak upload banyak-banyak. Ada 800+ keping gambar. yuyuyuyu~ (dalam facebook pun ada 40 pics sahaja..ngee)

9 comments:

fathiadha said...

wah...that great dpt bt umrah.. next come for ibadah haji.. insyaAllah..

:)

nurulsyuhaida :) said...

bestnyaaaa dpt p umrah ! nak p jugak nanti.inshaAllah +)

cik.pija said...

bestny

Beruwang said...

welkam back my dear...

aydan said...

wahh..jeleznye dgn cik sizuka...hu

::SizuKa:: said...

fathi :

yup...alhamdulillah...seronok sangat. azam nak p haji pulak kalau diizinkan Allah SWT..amin..;)

::SizuKa:: said...

syu :

insyaAllah syu...doa banyak2 semoga ada peluang nak p sana kelak..seronok...;)

::SizuKa:: said...

ejaa : memang best...;)

uncle : thanks uncle....dah lama tak jenguk blog uncle...sorry...;(

nadya : alhamdulillah..rezeki dari Allah...mudah mudahan cik nadya pun dapat ke sana kelak..;)

cik izars said...

lama x menjenguk sini.
wow,what a great experience.
tingin jugak,,huhu

Related Posts with Thumbnails