:::ORANG-ORANG MANIS:::

Sunday, November 21, 2010

::Menariknya hari itu::

Yes, salam readers!

Mood bukan main lagi hyper nak update blog. Haha. Gelong~


dah lama tak main benda alah ni. aiii..~ kerinduannn

Kes semalam 19 November cukup menarik jiwa dan raga saya. Masuk kerja 730am, balik 430pm. P kerja kakak yang hantarkan sebab tayar motor pancit 3 hari lepas. Balik nak suruh dia ambilkan, pulun gila call dia, tapi tak angkat pon. Last-last decide balik naik bus. Oh, kesiannya kena naik bus. Huh~

Sampai rumah, kecewa gila bila nampak padlock besar kat pintu dapur. Oh, tidak! Tanya maksu, ada simpan tak kunci rumah ini. Dia geleng kepala je. Huu..nasib kunci motor ada kat dalam beg ni. Cadangnya nak bawa motor AEA tu p workshop sementara tunggu family balik. Sekali p, workshop lak tutup. How come u. hUuu..at last terpaksa call member untuk minta tolong. Nasib dia sudi tolong dan datang ke rumah. Call kak ipar, rupanya family sume ada kat rumah mak long. Bijaknya mereka pergi sana tanpa bagitau ai! Haii~

Penat berlegar depan rumah, tunggu mak balik, tunggu kawan datang. Do nothing. Masa tu baru la nak perasan dekat halaman ada pokok bunga yang menarik, kak long tanam. Selama ni tak pernah nak belek pon. Hoh.dasat kan. At last, mak yang sampai dulu. Lepas tu, kawan datang. Thanks yer. Sampai berpeluh-peluh kawan tolong bukakan tayar dan pergi ke kedai beli yang baru. Really appreciate it~

Now everything has been settled~ Syukur alhamdulillah. Saja la nak buat summary cerita atas apa yang berlaku pada 19 November lalu. Haha. Takde keje je kan..ya ya .. blog yang tidak berilmiah. Hanya banyak bebelan kosong! :D

P/S : Rasa macam dah takde keyakinan nak sambung belajar bulan 12 ni. Huuu..direct to the point :D

Saturday, November 20, 2010

::25 Facts::

Salam,

Hye readers...long time no story here. Haha. Sibuk! Sibuk!

Now dengan senang hatinya nak jawab tag from Mr Aswad. 25 facts about me :

1. Anak bongsu kepada En Ramlee dan Puan Sharifah. :)

2. Sudah kehilangan ayah sejak form 5. But i still have my mum. Syukur :)

3. Sangat suka makan aiskrim! Baskin Robin, La Cremeria, New Zealand Natural...ohh..  Lagi suka kalau ada yang belanja ai :)

4. Baru ada seorang anak...........saudara. Zaquan Naim in my heart! ;)

5. Tak suka menunggu orang dan tak suka ditunggu oleh orang. Hoo..hate it!

6. Sangat cepat marah, tapi cepat sejuk. Merajuk tak lama la konon :D

7. Cakap laju, jalan pun laju! Tak suka jalan belakang orang yang jalan lambat. Rasa cam ne tah..!

8. Agak kelam kabut dan cepat panik! Awat tah..

9. Suka complete kerja dengan sebaik dan sesempurnanya. So, sometimes quite take time for me to complete all my tasks. Sorry bos..:D

10. Cukup pantang kalau ada orang blame me atas kesalahan orang lain sedangkan kesalahan tu is not my fault!

11. Tak suka dileteri. Tapi , mak ai suka berleter, how? hahaha.

12. Pernah accident kat Putra Height dengan kakak. Ada orang langgar lari. Kena cuci luka. Huu..sob sob. Kenangan sume tu kini :D

13. Pernah kena saman dengan polis sebab langgar traffic light. 2 kali kena saman. Cis! RM 200 melayang free free jaaaa..hoo~

14. Sangat tak suka bau asap, Asap lori, asap kereta, asap bus and also asap rokok! hate it lahh :~

15. Dah pernah merasa nikmat konvo, baling topi, ambil skrol atas pentas dengan bergaya sekali..haha. Sweet lah!

16. Pernah mencalarkan kereta orang lain ( NAZA) kat Bangi. Kereta akak pon calar gak...hoo. Kaw-kaw kena marah bila rahsia terbongkar. Padan muka! :D

17. Sangat suka baby! Kalau tengah tension, nampak je baby mana-mana yang comel, terus hilang rasa tension. How amazing that feeling i guess..nak nak anak sendiri cepat! Haha..tak malunyer statement!!

18. Tak pandai masak yang hebat-hebat. Paling power masak pucuk paku masak lemak cili api..haha. Lama dah tak pegang senduk kuali apa bagai. P kerja, balik kerja sume mak yang masak...ouh, bahagianya!

19. Tak suka menipu dan ditipu oleh orang lain. Tambah-tambah kalau part melibatkan perasaan. Sumpah rasa macam kena zalim gitu kalau ada yang play with my heart. huh~

20. Sekarang ni amatlah suka dengar lagu Maher Zain- For the rest of my life and InsyaAllah. Lots of meaning there :)

21. Planning nak kahwin umur 25. Ada lagi 3 tahun nak kumpul duit! Berusahaaaaaaaa~

22. Sangat tak pandai nak repair motor. Buh angin pon tak pandai. Selalu p workshop je. Apa nak jadi la...dah belajar nak buh angin, tapi tak reti-reti gak! Nasib reti isi minyak...haishh :D

23. Ramai orang ingat saya ni budak lepas SPM. ouh, rasa cam nak blushing lama-lama je bila dengar orang cakap macam tu. hikkKkSss~

24.  Suka berambut panjang, tapi rambut suka gugur. 1 rumah suka bising kalau nampak rambut atas lantai. Semua tuduh tu rambut saya, Macamlah saya sorang je ada rambut dalam rumah ni..huuu~

25. Sangat tak faham dengan orang yang berwajah cantik, tapi pengotor dan berperangai buruk. Hmm..tak faham dan tak faham dan tetap tak faham la! :D

Ok. Done. take noted ya Mr Aswad :D

Eh, nak tambah lagi satu la ..

26. Ingin dicintai oleh orang yang mencintai diri ini dan diri ini mencintai orang itu juga...ahaksss~

Jangan gelak ok!

Next, nak tag mereka-mereka ini lah!

1. Zeida Comey
2. Nisah
3. Syu
4. Aida
5. Safura
6. Ain

Hambik! Sume ladies...hahaha :D. sila sila jawab kalau rajin yer....:D

P/S : Thanks for my new followers! :)

Wednesday, November 3, 2010

::muka bila comel::

Salam

Welcome November! Yes! Goodbye October. :(

Tension gila kerja today. Masuk kerja pagi. Seorang pun tak mai lagi. Tunggu bos. 2 orang je pagi tadi. Kerja yang staff buat selama ni, baru hari ni aku buat. Ha.amik sebijik. Yes! i know i have to learn that. Dugaan sangat hari ni. Masuk kul 830am, balik 730am pm. Over 2 hours. Penat sangat. Ish. tak tau la nak cakap macam mana. Kadang-kadang rasa cam nak stop je kerja, terus kahwin! Fuh..senang je fikir macam tu. Ingat kahwin tu cam beli karipap ka? :D

Sambil blogging ni, muka aku ditopengkan dengan mask dari Jepun. Jenis apa tah. Tak faham sangat. Sebab banyak bahasa jepun. Aku belasah je pakai. Baunya harum. Elok la tempek kat muka yang dah letih gila ni. Sian kat urat-urat muka aku. Selalu bekerja keras. Malam ni aku bagi less work sikit. Hehe. Sejak dah kerja, baru la pandai nak pakai segala mak nenek mask ni. Dah banyak mask aku try apply kat muka. Simply siti c bright, Garnier, Japans product and tak lupe juga Watsons punya mask.Hak hak hak.   Memang fresh rasa kulit muka pas pakai mask. So, bila aku rasa kulit muka ni cam lemahdan tak bermaya je, pakailah mask untuk 20-30 minit. Pastu peel off, no need to rinse off with water.  Tu la..bila jakun pakai mask, mulalah kan..:D


P/S : Simpati pada mangsa banjir. Rindu kan si Zaquan jugakk. Hazim yang comel dah selamat jumpa kelmarin. aaa. bahagia rasa bila dapat tengok telatah baby :)
Related Posts with Thumbnails